BANGI – Buat julung kalinya IMAN mengadakan Pelancaran Buku Siri Contohi Nabi pada 17 September yang lepas di premis Muhsin Kids. Sebuah Siri terbaru yang ditulis dan dilukis oleh 6 orang content creator dari pelbagai latar belakang ini amat istimewa. Ustaz Syaari AB Rahman juga turut terlibat dalam proses penghasilan buku ini sebagai penasihat.
Sambutan di pelancaran tersebut amat menggalakkan lagi-lagi dari anak-anak yang begitu teruja dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Antara aktivitinya adalah, sesi bercerita dari buku Farhan Meminta Maaf inspirasi Nabi Adam AS dan aktiviti membina istana menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

Sekitar 25 orang kanak-kanak yang terlibat dalam pelancaran ini bersama ibu bapa mereka yang turut sama menanti sehingga program berakhir. Majlis diserikan dengan majlis pelancaran dan gimik yang dipenuhi dengan belon-belon berwarna warni. Suka benar anak-anak bilamana mereka diberi kesempatan untuk mendapatkan tandatangan dari ketiga-tiga penulis buku ini.
Selain dari itu, anak-anak yang hadir juga turut diberi sebuah buku dari Siri Contohi Nabi dan sijil penyertaan dari Muhsin Kids.


Bagi mereka yang terlepas dengan Majlis Pelancaran kali ini, kalian masih boleh mengikutinya dengan mendaftar ke bengkel-bengkel seterusnya dalam siri ini yang bakal diadakan pada bulan Oktober dan November ini. Selain itu, IMAN juga bakal melancarkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran. Jadi jangan lupa untuk terus ikuti kami di telegram Kak IMAN dan media sosial IMAN untuk mendapatkan info terkini.
Sesiapa yang ingin mendapatkan Siri Contohi Nabi ini, boleh mendapatkannya hari ini di imanshoppe.com.
Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui tentang Siri Contohi Nabi di .