IMAN di AWANI: Masa Depan Dunia Buku pada 2024

[LANGSUNG] AWANI Pagi — Pada 29 Disember 2023, IMAN dijemput ke studio AWANI Pagi bagi membincangkan trend pembelian dan penghasilan buku serta ramalan pergerakan industri ini pada tahun 2024 bersama Ketua Pegawai Eksekutif IMAN Publication, Fatin Syamimy. Melihat perkembangan positif dalam trend industri buku, beberapa soalan berikut telah diajukan.

“Buku apa yang menjadi pilihan pembaca sekarang?”

2023 adalah tahun yang menarik untuk buku. Peningkatan jualan online pada zaman covid dulu, kini telah mencapai fasa normalisation. Berkenaan, ‘Buku apa yang menjadi pilihan pembaca sekarang?’, kita melihat pada tahun 2022 dan awal tahun 2023, ada banyak peningkatan genre healing.

Definisi Healing

Definisi healing untuk setiap orang berbeza-beza. Ada yang mendefinisikan healing dari segi topik, kesan emosi pada pembaca (rasa tenang, puas, dipujuk). Pada satu sisi yang lain, ada juga yang mengatakan genre healing ni berdasarkan formatnya, contohnya puisi.

Pada tahun 2023 ini, kita melihat peningkatan untuk genre novel daripada awal tahun, berkekalan sehingga ke akhir tahun, sehingga 2 ke 3 tahun.

Untuk buku non-fiction, ia evergreen. Ia sentiasa akan ada pembacanya. Buku non-fiction ada 2 jenis: Keagamaan & Self help. Ada buku keagamaan di TikTok mencecah 100 000 jualan. Dari segi self help pula, peningkatan trend yang baik yang juga boleh dilihat. Audiens yang tertarik dengan topik self help di sini bererti, mereka yang ingin mendapatkan sesuatu yang memberikan skil dan perkembangan pada diri. Dan pada masa ini, kita melihat kategori buku yang meningkat trendnya adalah agama, healing, self-help.

“Apakah faktor terhadap pembelian buku agama, healing, dan self-help?”

Ada kemungkinan juga peningkatan pembelian 3 genre ini adalah disebabkan faktor PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dahulu. Dalam keadaan terperangkap dalam rumah, mereka perlukan medium untuk melepaskan perasaan mereka.

BACA JUGA  Wacana Sembang Stigma: LGBT

Pada saya, saya melihat, satu faktor peningkatan trend industri buku adalah atas faktor media sosial. Yang berbeza pada tahun-tahun sebelumnya, sekarang kita ada TikTok. Contohnya, #BooktokMalaysia mencapai 1.1B views pada masa kini. Pembaca sekarang membaca dan suka berkongsi di media sosial. Ini membuatkan orang lain pun rasa nak beli juga. Sebelum ini, budaya ini ada berlaku di laman Instagram, tapi bezanya, letusan di TikTok lebih luar biasa.

3 faktor berikut, boleh jadi kerana penggunaan TikTok yang lebih meluas, pihak Tiktok yang memberi inisiatif baik dengan industri buku untuk bekerjasama, dan anak muda yang suka berkongsi di media sosial, dan TikTok juga lebih memudahkan.

Behind the Scene: Fatin Syamimy, CEO IMAN di studio rakaman Awani Pagi

“Apakah ada perubahan trend buku sebelum berbanding selepas PKP?”

Kalau kita lihat sebelum PKP dan sekarang, orang suka membaca buku sebagai escapism atau sebagai hiburan, di mana pada saya, itu tiada masalah. 

Kenapa membaca?

Ada anak muda yang bila dia bosan dengan media sosial, dia cari buku. Kalau di IMAN, menjadi antara aktiviti di PBAKL yang kami buat adalah, survey behaviour pembaca, “Apa sebab awak beli buku?”. Rata-rata mereka menjawab, “Sebab nak rehat.” “Sebab kerap sangat tengok skrin (kurangkan screentime).”

Dari segi remaja sendiri, mereka pun dah melalui terlalu banyak pembelajaran secara dalam talian. Ia sesuatu yang matang dan intentional. Mereka mengambil ‘time off’ untuk membaca. Itu adalah satu perkembangan yang sangat baik.

“Bagaimana dengan kelahiran penulis-penulis? Adakah semakin ramai yang menulis, atau mungkin ada yang menghantar kepada IMAN utk terbitkan buku?”

Kita lihat kepada penulis sedia ada. Penulis yang bagaimana yang masih bertahan sampai sekarang? Ia penulis yang komited membuat pemasaran di TikTok atau di tempat yang lain. Contohnya, Nukilan Biruni, Iddin, Hafizul Faiz, setiap hari mereka akan buat siaran langsung (LIVE).

Penulis yang masih bertahan sampai sekarang ialah penulis yang menulis buku-buku yang sesuai dengan pembaca dan komited buat pemasaran.

BACA JUGA  Doa Membina Rasa Cukup (Qanaah)

Jika bercakap tentang penulis baru pula, kita dapati ramai pembaca buku dalam kalangan pelajar sekolah dan remaja. Di IMAN, bila kita nak keluarkan novel, kita buat Sayembara. Dan pada Sayembara IMAN kali ini, kita boleh lihat, peserta yang menghantar kebanyakannya berumur 20 tahun ke bawah. Yang bagusnya mereka ini dari kalangan pembaca, dan ada keinginan utk menjadi penulis. Itu satu perkembangan yang baik. Mungkin perlu dibimbing dan sebagainya tapi masih, ia satu perkembangan yang baik dalam industri buku.

Antara gambar kenangan yang telah dirakam untuk IMAN di Awani Pagi

“Adakah semua penulis perlu berada di media sosial?”

Dari segi marketability (kebolehpasaran), penulis yang ada di media sosial ini dilihat lebih mendapat tempat di hati pembaca. Secara keseluruhannya kita percaya, bahawa setiap buku yang baik itu ada pasarannya. Ada audiensnya. Buku yang baik adalah buku yang mengetengahkan topik yang tepat, dan penulis yang tepat untuk menuliskannya.

Penulis yang aktif tentunya adalah satu bonus tapi ia bukanlah satu-satunya penentu bahawa ia adalah buku yang baik atau boleh terjual dengan baik.

Yang utamanya sebagai penerbit, kita melihat apa yang pasaran mahu, apa yang bermanfaat utk mereka, dan apa cara yang terbaik utk kita reka konten yang baik supaya lebih dekat dengan pembaca. Bermakna, pembaca baca dan dia faham yang ‘buku tu utk aku’. Penerbit yang berjaya buat 3 benda ini, saya kira punyai lebih tinggi kemampuan untuk bertahan dalam industri.

“Apa unjuran trend pembacaan pada masa akan datang?”

Kalau di IMAN, kita cenderung untuk melihat self-help atau personal development bukan semata-mata ‘buku’, tetapi adalah penyelesaian yang sedang orang cari. Buku datang utk memberikan penyelesaian kepada mereka. 

Masalah sentiasa akan ada. Dan buku menjadi salah satu penyelesaian.

Berada di jualan tertinggi di kedai buku tentunya bagus. Bagaimanapun, setiap buku ada audiensnya sendiri. Mungkin buku itu tidak berada dalam carta yang tertinggi di pesta buku, tapi ia tetap membantu pasarannya.

IMAN berimpian besar untuk menyampaikan buku-buku yang tepat, kepada pembaca yang tepat, seramai yang boleh — Delivering relevant product to widest possible market.

Ayuh bersama-sama dalam perjalanan membangun diri, dengan menyokong buku-buku IMAN di imanshoppe.com

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *