Sedekad IMAN

10 tahun dahulu…
­
Saya, dan beberapa rakan yang baru pulang ke tanah air mempunyai aspirasi untuk membantu pencari ilmu mudah mendapatkan bahan bacaan buku yang baik seterusnya memberi peluang pekerjaan buat rakan saya yang tidak mempunyai pekerjaan bila pulang dari luar negara.

Dari fondasi itu, IMAN terus bertumbuh sehingga sekarang, menjadi platform bagi penyaluran bahan bacaan yang baik menerusi IMAN Shoppe dan terbitnya bahan bacaan yang diperlukan melalui IMAN Publication. Terkini, kelas online di IMAN Plus (IMAN+) dan podcast di Spotify IMAN.

Sedekad lalu, IMAN lahir dari sebuah mimpi untuk melihat kebaikan tersebar luas melalui bahan bacaan yang baik kepada komuniti IMAN, kini IMAN beraspirasi agar kebaikan itu melimpah kepada masyarakat yang lebih besar di Malaysia. Bagi menjadikan Malaysia negara yang maju dan bertamadun, masyarakatnya perlu membaca bahan bacaan yang membina corak fikir dan jati diri mereka.

Jujurnya 10 tahun lalu yang banyak mengajarkan kami. Bagi yang mengenali dari dekat, sudah tentu kalian juga melihat jatuh bangunnya IMAN dalam industri buku ini. Industri ini mudah dimasuki, tetapi amat sukar bertahan lama apatah lagi berkembang. 

Agak mustahil difikirkan, tanpa ahli pasukan terawal, para penulis yang sanggup menulis walaupun IMAN masih tidak dikenali, juga pembaca yang tidak pernah jemu menyokong, barangkali IMAN sukar untuk bertahan pada hari ini.

Apabila melihatkan hampir 5.5 juta rakyat Malaysia belum berminat membaca, rasa terpanggil untuk menerbitkan buku-buku yang akhirnya mahu dibaca oleh mereka. Rata-rata pembaca IMAN yang terawal bukanlah pembaca tegar. Namun, setelah berkenalan dengan buku IMAN, akhirnya mereka makin teruja untuk berkenalan dengan buku-buku yang lain. Menjadi kebahagiaan buat kami apabila melihatkan buku-buku IMAN tersergam kemas di perpustakaan kalian yang dikongsi lewat Instagram mahupun Twitter.

BACA JUGA  #MyMalaysiaStory

Alhamdulillah… Jika ada sesuatu yang kami boleh tinggalkan di dunia, berbentuk amal jariah dan legasi, barangkali inilah usaha kami – menjadi sebahagian dari kehidupan kalian. Misi untuk mengkayakan komuniti IMAN dengan bahan yang berkualiti tinggi.

Kerana kami percaya, untuk mengubah negara, bermula dari perubahan individu dan keluarga itu sendiri.

­
“You are our inspiration to create better content and more relevant services.”

­
IMAN bermula dengan hanya sebuah kedai buku di Jalan Dagang pada tahun 2012. Penutupan kedai buku IMAN Shoppe pada tahun 2021 selepas 9 tahun beroperasi sudah tentu meninggalkan kesan yang mendalam.

Namun, perkara ini tidak mematahkan semangat kami untuk menghasilkan yang terbaik buat kalian.
­
Sudah tentu pandemik Covid-19 memberi kesan buat kita semua. Jika IMAN terkesan, apatah lagi kalian. Walaupun demikian, kalian tidak pernah berhenti menyokong walaupun menghadapi cabaran yang pelbagai sepanjang pandemik ini terjadi. Dengan ucapan paling dalam, kami amat berterima kasih.

Akhir kata, apa yang dapat saya simpulkan pembelajaran IMAN sepanjang sedekad ini adalah:

  • Konsistem dalam amal, walaupun sedikit.
  • Sentiasa bertambah baik dan bertumbuh setiap hari

Di IMAN, setiap hari adalah hari pembelajaran dan eksplorasi. Biar sedikit tapi berterusan. Biar tak cepat seperti orang lain, tetapi berterusan bertumbuh. Di IMAN, kami amat mementingkan perubahan dan pertumbuhan walaupun 1% setiap hari.

Kerana kami sedari bahawa, jika kami tidak bertumbuh dan konsisten dalam pembelajaran, bagaimana kami dapat limpahkan nilai yang sama kepada kalian.
­
“We enjoy and learn a lot from the past 10 years of journey because of you. Thank you!”
­

Moga kita sama-sama dapat terus bertumbuh pada dekad-dekad seterusnya sehinggalah detik akhir kehidupan kita.

BACA JUGA  Kelah Buku: Tempat peminat buku bertemu!

Yours truly,

Dr Nur Aisyah Zainordin

Pengasas IMAN Media Group

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *