Projek #BukuUntukMalaysia oleh IMANbudi x Untuk Malaysia

Pada 20 September 2021 sehingga 24 September 2021 yang lepas IMANbudi bersama #UntukMalaysia telah melancarkan projek #BukuUntukMalaysia yang telah berjaya mengutip sebanyak RM10,814 hasil sumbangan daripada orang ramai. 

Apa itu  IMANbudi ?

Sebuah unit khas di bawah IMAN Media Group yang fokus kepada kerja-kerja ‘Corporate Social Responsibility’ atau CSR. Menjadi harapan kami di IMAN untuk konten-konten kami sampai kepada semua lapisan masyarakat.

IMANbudi membawa misi ingin menyediakan akses kepada pendidikan untuk mejamin kualiti hidup yang lebih lestari. Sebagai sebuah syarikat konten, peluang untuk menjuarai segmen ini terbentang luas.

Penutupan sekolah yang disebabkan oleh pandemik telah memberi kesan yang membimbangkan terhadap pembelajaran dan kesejahteraan kanak-kanak kita di Malaysia. Oleh itu, ratusan juta mereka yang terdiri dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mengalami keciciran dalam pembelajaran akibat dari limitasi kepada akses pendidikan.

Dengan itu, IMANbudi mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan pelbagai projek berteraskan buku dan pendidikan bagi mengatasi masalah keciciran ini.

Bagi melaksanakan usaha ini, kami telah memilih Untuk Malaysia yang telah tertubuh pada 11 November 2020 dengan motto ‘Ubah pendidikan, Ubah masa depan’. sebagai rakan strategik. Untuk Malaysia membawa misi  untuk menyelesaikan masalah pendidikan negara merentas ideologi dan perbezaan. Sangat bertepatan dengan misi yang ingin IMANbudi bawakan.

Projek #BukuUntukMalaysia ini merupakan sebuah kempen kebajikan bagi meningkatkan akses pelajaran terhadap golongan anak muda yang memerlukan. Kempen ini dijalankan kerana kami percaya bahawa tidak semua orang mampu untuk membeli buku serta mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti.

Justeru itu IMANbudi bersama #UntukMalaysia menjalankan kempen #BukuUntukMalaysia ini untuk golongan anak muda yang memerlukan. 

BACA JUGA  Cover Buku 'Barbie', Isi Buku Oppenheimer?

Seramai 360 orang pelajar dan mahasiswa telah menerima manfaat daripada projek ini. Sejumlah RM10,814 telah diedarkan dalam bentuk baucar buku RM30 Shopeepay serta lebih 3000 buah buku keluaran IMAN Publication telah diedarkan kepada semua penerima di seluruh Malaysia.

Banyak respon positif dan menyentuh hati yang kami terima. Semoga dengan inisiatif ini memberi peluang kepada lebih ramai anak muda mendapatkan bahan bacaan yang baik dan seterusnya membentuk generasi yang lebih berilmu. Kerana akhirnya ilmulah yang mengangkat darjat manusia. 

Kami mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang yang telah menyumbang dalam projek #BukuUntukMalaysia ini.

Kami percaya kalian telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan anak muda-anak muda ini menuju Malaysia yang lebih gemilang kelak. 

Pendidikan kunci ketamadunan. 

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai IMANBudi, layari https://imanmedia.com.my/imanbudi/

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Aqil Junaidi | Social media
Brand Executive

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *