Pelancaran Novel RUMAA di KLAB 2026

Tarikh: 1 Februari 2026, Ahad
Masa: 11.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Exhibition Gallery, Central Market, Kuala Lumpur
Penulis: Aman Wan, Aidil Ghazali, Alia Husna

Pendahuluan

Pelancaran novel RUMAA di KLAB 2026 menjadi antara acara paling dinanti oleh peminat buku tempatan. Seramai 60 peserta berjaya mendaftar dan hadir untuk menyaksikan sendiri pelancaran trio novel terbaru RUMAA dalam suasana yang santai, interaktif dan penuh kejutan.

Acara ini bukan sekadar majlis memperkenalkan buku baharu. Ia menjadi ruang pertemuan antara penulis dan pembaca dalam suasana yang lebih dekat dan bermakna.

Suasana Awal Pelancaran Novel RUMAA di KLAB 2026

Sesi Poke Gift bersama salah seorang peserta Pelancaran Novel RUMAA di KLAB 2026

Seawal sesi pendaftaran, suasana sudah terasa meriah. Para peserta menerima ‘Poke Gift’ misteri yang mengandungi salah satu daripada:

  • Petikan eksklusif novel
  • Keychain edisi khas
  • Hadiah novel percuma

Konsep ini mencipta elemen kejutan dan menjadikan pengalaman hadir lebih menyeronokkan.

Trio Novel Terbaru RUMAA Diperkenalkan

Sesi pembacaan petikan daripada 3 novel terbaru RUMAA

Sesi diteruskan dengan bacaan petikan terpilih daripada tiga novel terbaru RUMAA:

  • Operasi Memikat Hati Bakal Mentua oleh Aman Wan
  • Nasib Cikgu Sam Masuk Kampung oleh Aidil Ghazali
  • Bila Cinta Dikhianati Keluarga oleh Alia Husna

Setiap novel membawa tema yang berbeza. Ada kisah percintaan yang diuji, konflik keluarga yang menyentuh emosi dan cabaran hidup di pedalaman.

BACA JUGA  5 Tip: Amalan Awal Muharram Untuk Hidup Lebih Tenang

Kepelbagaian ini memperlihatkan komitmen RUMAA dalam menghasilkan karya yang dekat dengan realiti pembaca.

Book Yapping: Sesi Interaktif Bersama Penulis

Antara segmen paling mencuri perhatian dalam pelancaran novel RUMAA di KLAB 2026 ialah sesi Book Yapping.

Peserta membaling dadu gergasi untuk menentukan soalan yang akan diajukan kepada penulis. Soalan merangkumi inspirasi cerita, cabaran menyiapkan manuskrip dan trivia menarik di sebalik watak.

Sesi ini menjadikan majlis lebih hidup. Interaksi berlaku secara spontan dan santai.

Q&A dan Perkongsian Proses Kreatif

Sesi soal jawab dan perkongsian berkenaan buku bersama penulis IMAN (Dari kiri: Alia Husna, Aman Wan, Aidil Ghazali)

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama ketiga-tiga penulis. Mereka berkongsi tentang:

  • Idea asal novel
  • Proses membina watak
  • Cabaran ketika menyiapkan manuskrip

Perkongsian ini memberi peluang kepada pembaca untuk memahami dunia penulisan dengan lebih mendalam.

Kemuncak Pelancaran Novel RUMAA di KLAB 2026

Fatin Syamimy (kiri), CEO IMAN, menyampaikan hadiah kepada penulis Aidil Ghazali (kanan)

Kemuncak acara menyaksikan ketiga-tiga penulis mencantumkan puzzle simbolik yang melambangkan penyatuan trio novel terbaru ini.

Sesi penyampaian hadiah kepada penulis disempurnakan oleh Fatin Syamimy sebagai tanda penghargaan terhadap usaha mereka.

Majlis diakhiri dengan sesi temu mesra dan bergambar bersama penulis. Suasana penuh senyuman dan keterujaan jelas terpancar daripada para peserta.

Mengapa Pelancaran Ini Berbeza?

Sesi bergambar bersama tiga penulis dan semua krew IMAN, pada penghujung majlis

Pelancaran novel RUMAA di KLAB 2026 membuktikan bahawa acara buku boleh dianjurkan dengan konsep lebih interaktif dan dekat dengan komuniti pembaca.

Dengan elemen seperti ‘Poke Gift’, Book Yapping dan sesi Q&A, pengalaman yang diberikan jauh lebih bermakna berbanding majlis pelancaran konvensional.

BACA JUGA  #MyMalaysiaStory

Bagi yang tidak sempat hadir, trio novel terbaru RUMAA kini boleh didapati melalui platform rasmi IMAN dan kedai buku terpilih.

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *