Pelancaran Box Kit Little IMAN | Istimewa SIBF 2024

Pada 31 November 2024 yang lepas, pelancaran Box Kit Little IMAN telah dilakukan di bahagian Pentas Kanak-kanak, berhampiran Pentas Utama, Selangor International Book Fair (SIBF 2024)

Seramai 15 orang kanak-kanak berserta ibu bapa datang berkumpul dan memeriahkan sesi pelancaran sehingga penuh tempat duduk!

Program bermula dengan sesi memperkenalkan imprint Little IMAN, sebuah imprint buku kanak-kanak di bawah penerbit IMAN Publication. Penerbit Little IMAN telah menerbitkan 2 kategori buku: Buku Kanak-kanak & Komik. Yang paling mendapat tempat di hati ramai pembaca adalah Siri Komik Gaza Mini, yang turut boleh didapatkan di SIBF 2024.

Setiap siri yang Little IMAN terbitkan mempunyai objektifnya tersendiri:

Buku Kanak-kanak (Untuk bacaan 4 hingga 5 tahun)

Buku-buku yang diterbitkan adalah tertumpu kepada cerita dan nilai-nilai baik yang boleh ditiru dalam kehidupan seharian, dan membantu perkembangan anak.

Antara siri yang telah berada dalam kategori buku Kanak-kanak Little IMAN adalah:

1. Buku Cerita: Siri Contohi Nabi

Dapatkan Siri Contohi Nabi di sini

Mahu mengajar anak untuk mencontohi sifat baik nabi-nabi yang disebut dalam Al-Qur’an? Buku ini terbaik untuk dijadikan koleksi di rak rumah.

Buku aktiviti juga ada dijual dalam siri ini.

BACA JUGA  KLAB 2022 Mengubat Hati Peminat Buku

2. Qaf Squad

Dapatkan buku Qaf Squad di sini

Buku bersiri dalam Bahasa Inggeris, untuk mengajar anak mencintai Al-Qur’an sedari kecil.

3. Siri Mengenal Emosi

Dapatkan Siri Mengenal Emosi

Mahu mengajar anak mengenali emosi sendiri? Perkenalkan anak kepada jenis-jenis emosi dalam diri, dan bagaimana menguruskan emosi anak melalui siri ini.

Siri Komik (Untuk bacaan 7 hingga 12 tahun)

1. Komik Siri Gaza Mini & Adik-Beradik Gaza

Dapatkan Kombo Komik Gaza di sini

Cerita dengan mudah kepada anak tentang kronologi peristiwa, bagaimana boleh berlakunya pergolakan di Palestin. Semai kesedaran dalam diri anak-anak tentang sahabat kita di Palestin, melalui siri Komik Gaza Mini!

Atas permintaan ramai peminat Komik Gaza, Little IMAN bawakan Siri Adik-beradik Gaza. Dalam siri ini menunjukkan bagaimana cara hidup dan budaya rakyat Palestin, sebelum peperangan berlaku.

2. Komik Siri ASIL

Dapatkan Komik ASIL di sini

Bantu anak belajar tentang sejarah Turki Uthmaniyah.

3. Komik Siri Modifight

Dapatkan Kombo Komik Modifight di sini

Nak didik anak rajin menolong? Beri anak baca Komik aksi Siri Modifight ini untuk menyemai sifat suka membantu orang dalam kehidupan.

4. Komik Aichan

Dapatkan Komik Aichan di sini

Ikuti watak si comel, Aichan, dalam perjalanannya belajar tentang Islam. Ajar anak solat, puasa, haji, sedekah, mengaji & berdoa melalui keletah Aichan yang comel dalam Siri Komik Aichan.

Siri Komik Karier (Untuk bacaan 7 tahun ke atas sehingga sekolah menengah)

Dapatkan Komik Karier di sini

Siri Komik Karier memberi gambaran awal tentang karier / kerjaya, dalam kehidupan sebenar, untuk membantu remaja memilih kerjaya yang sesuai dengan dirinya.

Komik-komik yang telah diterbitkan dalam Siri Komik Karier adalah:

  1. Komik Karier: Psikologis Imran Ketakutan Influencer Muda Menghadapi Tanggapan Followers by Lembayung
  2. Komik Karier: Cikgu Akbar Semangat Setiakawan Menghadapi Kes Buli by Hasif Rayyan
  3. Komik Karier: Doktor Johari Kecekalan Pasukan Perubatan Menghadapi Krisis Banjir Besar by Aizat Z
  4. Komik Karier: Chef Sufi by Anas Miras, Ayman Adny & Zyll Fathe
  5. Komik Karier: Gamer Aimer by Atok Shah & Zyll Fathe
  6. Komik Karier: Veterinar Delia by Nuaibira & Nafisah Hisam
BACA JUGA  Tarikh Pesta Buku Negeri-Negeri di Malaysia Tahun 2022

Pelancaran Box Kit Little IMAN

Sesi Pelancaran Box Kit Little IMAN menggunakan surprise box di pentas kanak-kanak, Selangor International Book Fair (SIBF 2024).

Pelancaran Box Kit Little IMAN bermula daripada pengenalan Little IMAN sebagai sebuah imprint buku kanak-kanak dan komik di bawah payung penerbit IMAN Publication.

Majlis pelancaran diteruskan dengan sesi menyanyi bersama-sama, lagu 25 kisah nabi. Seterusnya, sesi penceritaan (storytelling) diadakan, diikuti dengan tayangan montaj video rasmi pelancaran Box Kit Little IMAN.

Majlis ditutup dengan sesi penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang bertuah untuk menerima Box Kit Little IMAN secara percuma.

Adik kita yang gembira menerima hadiah Box Kit Little IMAN secara percuma di atas pentas.

Box Kit Little IMAN ini menggabungkan permainan, aktiviti dan buku dalam satu kotak kit yang mudah dibawa ke mana-mana.

Dengan Box Kit Little IMAN ini, ibu bapa bakal menerapkan sifat suka tiru akhlak nabi, dengan 3 langkah mudah:

  1. Langkah 1: Kenal nama-nama 25 nabi
    • Anak kenal 25 nama nabi mengikut urutan melalui permainan ‘Kenali 25 Nabi’.
  2. Langkah 2: Tahu kisah nabi
    • Anak ingat kisah 25 nabi melalui teknik pengulangan dengan ‘Poster Akhlak 25 Nabi’
  3. Langkah 3: Contohi akhlak 25 nabi
    • Anak lebih mudah untuk mempraktikkan akhlak nabi yang dipelajari, dalam kehidupan seharian, melalui buku Siri Contohi Nabi.

Box Kit Little IMAN ini mengandungi:

  • 1 kotak krayon
  • 25 Sticker
  • Poster 25 nabi: Poster permainan interaktif untuk kenali 25 nabi
  • 2 Buku Cerita: Siri Contohi Nabi
  • 1 Buku Aktiviti: Haiwan yang disebut dalam Al-Qur’an

Lepas ni dah tak ada alasan lagi susah nak ajar kisah nabi pada anak.

Si ibu tidak melepaskan peluang mendapatkan Box Kit Little IMAN secara terus dengan berkunjung ke booth IMAN di SIBF 2024

Dapatkan Box Kit Little IMAN edisi TERHAD ini di imanshoppe.com, selagi stok masih ada.

Lihat semua koleksi buku-buku terbitan Little IMAN di sini: https://www.imanshoppe.com/collections/buku-terbaru-little-iman

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *