Apa khabar semua? Masih teringatkan PBAKL? Alhamdulillah PBAKL 2024 telah berlangsung dengan jayanya.
Banyak memori yang tersimpan sepanjang PBAKL. Yang paling Kak Iman tak lupa, semestinya ketika Sesi Meet & Greet Teme Abdullah. Kali terakhir Teme Abdullah turun ke PBAKL adalah semasa sesi Meet and Greet di PBAKL 2018. Ada yang masih ingat? Sejarah berulang kembali dan kali ini setelah 6 tahun berlalu, Teme Abdullah kembali menemui pembacanya di PBAKL 2024.
Sampai penuh ya Aras 5 menantikan sesi Meet & Greet Teme Abdullah bermula. Sampai memerlukan Bro Iman lah mengiringi Teme Abdullah ke sana ke mari. Alhamdulillah, IMAN telah cuba sedaya upaya menjadikan setiap proses berjalan dengan lancar.
Sesi Meet & Greet Teme bermula di PBAKL 2024, dan kemudian disambung di POPULAR IOI City Mall Putrajaya, BookXcess KL East Mall dan terakhir, di Kinokuniya.
Terima kasih kerana datang memeriahkan sesi temu mesra ini, baik kepada yang mendaftar secara online mahupun secara walk in. Terima kasih juga di atas kerjasama kalian yang membantu melancarkan sesi ini.



Table of Contents
[Gambar] Sekitar PBAKL 2024







Refleksi PBAKL 2024
Berikut merupakan refleksi daripada pengasas IMAN, Dr Aisyah Zainordin, di Facebook:
“Di IMAN, 70% produk terjual adalah novel. Banyak penerbit lain yang fokusnya novel juga mendapat penangan yang sama.
Selain dari itu, buku non fiksyen berbentuk healing juga mendapat tempat. Bahan bacaan coretan pendek dan straight to the point. Touch emotional core, mudah untuk menarik orang untuk membaca dan membeli.
Namun tidak juga dinafikan, buku non fiksyen yang berbentuk self help, spiritual dan knowledge juga mendapat tempat yang baik dari pengunjung tergantung market yang disentuh.
Namun hakikatnya, people loves story. Membaca adalah sebuah escapisme berbanding intelllectual cravingness bagi kebanyakan orang. But that still ok. Eventually anak muda akan masuk dalam dunia apabila buku diperlukan untuk penuhi keperluan fikiran dan jiwa mereka. Malah sangat penting untuk bentuk cara fikir dan karier mereka.
Saya sendiri, merasa humble dengan fenomena PBAKL tahun ini, tambahan dengan sambutan Meet and Greet Teme yang amat luar biasa. Membina nama dari sudut penulisan memerlukan consistency dan grit. Teme menulis semenjak tahun 2016 sehingga sekarang. Penulisan bersifat compounding. Apa yang dimulakan beliau tahun 2016, efeknya luar biasa setelah 8 tahun. Yang penting setiap tahun kena menulis. Setiap tahun kena rajin ada content yang engage dengan readers. Short term effort will only produces short term result.
“Books are the quietest and most constant of friends; they are the most accessible and wisest of counselors, and the most patient of teachers.”
— Charles W. Eliot”
Entri versi penuh boleh dibaca di sini: Refleksi PBAKL 2024 | Dr Aisyah Zainordin
Penutup
Semoga semangat cintakan buku ini dapat diteruskan, tidak hanya ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, malah di luar PBAKL sekalipun. Semoga buku menjadi bahagian penting dalam hidup kita.
Buat yang tidak berkesempatan ke PBAKL 2024, bolehlah mendapatkan buku-buku terbaru IMAN di imanshoppe.com