Komik Gaza: Kini Dalam Bahasa Turki!

BERITA BAIK: Komik Gaza telah diterjemah ke dalam Bahasa Turki!

Komik Gaza menggunakan ilutrasi yang comel, menceritakan kisah sejarah di sebalik Gaza dan apa yang berlaku di Palestin, supaya mudah difahami. Kalau di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, pasti ramai ibu bapa bersama anak-anak berkumpul di hadapan rak yang menempatkan set lengkap Komik Gaza. Alhamdulillah, Komik Gaza banyak mendapat sambutan positif daripada rakyat Malaysia.

Terbaru, kini Komik Gaza 1 juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki untuk dijual di sana! Ini merupakan kali pertama Komik Gaza diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Malah, terjemahan bahasa Inggeris pun kita belum ada ya.

Dari Meja Penulis Komik Gaza, IF Moses

Berikut merupakan perkongsian penulis Komik Gaza, IF Moses, di akaun Instagram:

🇹🇷 KOMIK GAZA BAKAL DIJUAL DI TURKI! 🇹🇷

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah…

Akhirnya #KomikGaza telah tembus ke pasaran Antarabangsa! 😍

Komik Gaza siri pertama telah selamat diterjemah ke dalam Bahasa Turki & dicetak oleh rakan penerbit dari Turki, Hudhud Kitap.

Teringat soalan CEO IMAN, Kak Fatin Syamimy pada admin sekitar 2 tahun lepas,

“Farah, what is your biggest dream?”

Then admin jawab, “saya bercita-cita Komik Gaza satu hari nanti dapat tembus pasaran antarabangsa. Supaya capaian pembaca yang terima mesej karya saya & dapat hadam sejarah Palestin lebih ramai.”

Tup tup beberapa bulan lepas Ketua Editor IMAN, Kak Faizah Hamid break the happy news & serahkan surat hak cipta untuk admin turunkan tandatangan.

Terima kasih banyak IMAN kerana mempercayai & mengembang-luaskan potensi pada karya kami.

N ofkos, terima kasih suami admin, Abe @paehdesign yang selalu ada di sisi pada saat admin alami emotional breakdown. This is our success. We made it Alhamdulillah! ☺

BACA JUGA  Pelancaran Box Kit Little IMAN | Istimewa SIBF 2024

Sumber: IF Moses (Instagram)

Komik Gaza versi Bahasa Turki (Gambar)

Sumber: Instagram IF Moses (penulis Komik Gaza)

Penerbit Hudhud Kitap menyatakan keinginan untuk menterjemah 3 buku seterusnya. 2 daripadanya adalah Komik Gaza 2 dan Komik Gaza 3. Satunya daripada Komik Asil, juga sebuah siri komik Islam daripada IMAN.

Semoga Komik Gaza ini dapat meningkatkan kecintaan ramai terhadap sejarah Islam. Semoga manfaat Komik Gaza ini juga dapat disebarluas kepada lebih ramai orang lagi di seluruh dunia.

Komik Gaza ini sentiasa menjadi pilihan ibu bapa dan anak. Sesuai sangat dijadikan bacaan bersama ketika meluangkan sesi dengan anak (bonding).

Boleh dapatkan Komik Gaza di imanshoppe.com

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *