Awal Muharram: 3 Cara Membuka Lembaran Baru Kita

Mungkin ada yang tertanya, apa maksud ‘Awal Muharram’?

Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Bulan yang Allah Taala muliakan. Pada tahun 2023 ini, tarikh Awal Muharram adalah pada 19 Julai 2023 (Rabu), 1445H. Awal Muharram juga adalah cuti umum untuk seluruh Malaysia

Doa amalan para sahabat Nabi ketika Awal Muharram:

Di Malaysia, awal Muharram ialah peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Muharram adalah satu peralihan daripada tahun yang lepas kepada tahun baru.

Kebiasaan tahun baru, kita semua semangat nak tetapkan azam baru, terutamanya dari sudut spiritual: ibadah dan produktiviti dalam kerja atau belajar.

Muharram menandakan titik permulaan yang baru – perubahan mindset kita. Persoalannya, “Macam mana kita nak mula lakukan perubahan untuk JADI BAIK?

Penulis buku Al-Qur’an Untuk Kita, Muzuza ada berkongsi dalam Space Twitter yang pernah dijalankan menjelang Awal Muharram:

3 Cara Membuka Lembaran Baru Kita – Jadi Lebih Baik

1. Betulkan Mindset

Kawan-kawan pernah dengar tak, bahawa mindset mengandungi 3 elemen: Pertama, data. Kedua, akal iaitu cara mengurus data. Ketiga, hati.

Kena faham, bahawa Allah menerima segala usaha kebaikan.

Ada 3 jenis akal manusia:

  1. Akal yang membangun
  2. Akal yang statik
  3. Akal yang meruntuhkan

“Apa maksud ‘akal yang statik’ tu?”

Apabila kita hanya memegang konsep ‘follow the flow’. Sejenis tak kisah, apa pun yang berlaku dalam kehidupan.

Atau lagi dahsyat, akal yang meruntuhkan? Ini bila mana kita meruntuhkan semangat diri DAN semangat orang lain.

BACA JUGA  Nilai Kejayaan Bukan Pada Habuan, tetapi Pengorbanan

Ketika ini mungkin terkeluar anggapan, “Kau usaha teruk-teruk ni, tak semestinya menjadi.” Aduhai… dari awal sudah putus harapan.

Allah ada berfirman dalam Al-Qur’an:

“La taqnatu min rahmatillah, Innallaha yaghfiru zunuuba jamii’a.”

Yang bermaksud, “Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah kerana sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar 29:53)

2. Perlu ada sistem = KONSISTEN

Pernah dengar ayat, ‘Consistency is the key’?

Penulis Muzuza mengingatkan lagi bahawa, sesungguhnya amalan yang paling Allah cintai adalah amalan yang berterusan, walaupun sedikit. Ini lebih ampuh daripada melakukan perubahan besar, kemudian penat lalu berhenti.

3. Tentukan target

Sudah sampai masanya kita berfikir, “Destinasi kita yang akhir itu di mana? Adakah terhenti setakat penghargaan manusia… atau demi merebut syurga Allah?”

Sebaiknya dalam hijrah diri kita, letakkanlah target pada yang tetap dan paling jauh: Syurga Allah.

Bukankah lebih baik kalau kita berniat untuk jadi orang baik, berhijrah, kerana mengejar redha Allah dan nak masuk syurga?

Kerana matlamat yang dunia ini, seindah manapun di hadapan mata kita, apa yang ada di dunia ini hanyalah kaca.

Permata? Hanya di syurga sana.

Nak mula berhijrah dan baiki hubungan dengan Al-Qur’an?

Buku Al-Qur’an untuk Kita karya Muzuza ini ditulis sebagai buku yang menjadi jambatan kepada buku tadabur dan tafsir.

Membaca buku ini bakal mengubah mindset dan perspektif kita terhadap Al-Qur’an.

Dapatkan di SINI.

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *