Seminar Maulidurrasul: Andai Rasulullah Bersama Kita

Tarikh: Sabtu, 27 September 2025
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah Vanda, Fakulti Sains Universiti Malaya
Penceramah:

  • Ustaz Khubaib Akhi
  • Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
  • Ustaz Syaari Ab Rahman

Suasana Seminar Maulidurrasul 2025

Pagi itu, Dewan Kuliah Vanda dipenuhi peserta dari pelbagai latar belakang. Ada mahasiswa, keluarga muda, juga orang awam yang hadir seorang diri. Semuanya berkongsi tujuan yang sama — untuk merasai makna Andai Rasulullah Bersama Kita, dengan menyelami sirah dan teladan baginda.

Suasana seminar ini memberi rasa hangat dan penuh keberkatan, seolah-olah kita sedang duduk dalam majlis yang diberkati.

Para peserta mendengar penerangan daripada asatizah jemputan.

Slot 1: Gejolak Emosi Nabi SAW — Ustaz Khubaib Akhi

Rasulullah SAW Juga Manusia

Ustaz Khubaib membuka bicara dengan mengingatkan bahawa Nabi SAW juga manusia — baginda punya perasaan, pernah diuji dengan trauma dan kesedihan. Bezanya, baginda maksum.

Empati Sebagai Uswah Hasanah Rasulullah

Beliau menekankan, hubungan yang paling dalam adalah empati. Kita mengenal Nabi bukan sekadar membaca sirah, tetapi cuba memahami baginda dengan hati.

“Kalau Nabi ada di depan kita, soalan paling indah ialah: How are you, ya Rasulullah?”

BACA JUGA  Nilai Kejayaan Bukan Pada Habuan, tetapi Pengorbanan

Inilah antara cara kita memahami uswah hasanah Rasulullah — menjadikan baginda teladan bukan sekadar simbol, tetapi teman jiwa.

Ustaz Khubaib Akhi dalam Slot 2

Ujian & Trauma Rasulullah

  1. Kehilangan Hamzah & Mus’ab di Uhud
  2. Tahun dukacita selepas pemergian Abu Talib & Khadijah
  3. Penolakan di Thaif

Semua ini membentuk ketabahan dan kekuatan emosi Rasulullah. Malah, baginda juga pernah mengalami krisis rumahtangga — tanda bahawa cabaran rumah tangga adalah fitrah manusia.

Slot 2: Disiplin Hidup Nabi SAW — Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Slot kedua mengangkat tema praktikal: bagaimana disiplin hidup Nabi SAW membentuk keperibadian baginda.

Silibus Hidup Berpandukan Al-Qur’an & Sunnah

Menurut Ustaz Dr. Zaharuddin, manusia moden sering keliru kerana enggan ikut “silibus Allah”. Disiplin tanpa Al-Qur’an dan hadis akan kacau-bilau.

Ustaz Dr Zaharuddin menerangkan tentang disiplin dan rutin Nabi Muhammad SAW

Rutin Rasulullah yang Menjadi Panduan

  • Qailulah (tidur sekejap sebelum Zuhur) — rehat sebentar yang memberi pahala bila diniatkan kerana Allah.
  • Qiyamullail — waktu malam adalah saat paling indah untuk bacaan Al-Qur’an.
  • Istiqamah — amal yang sedikit tapi konsisten lebih dicintai Allah.

Kekuatan Mengawal Emosi

Ustaz Zaharuddin mengingatkan:

“Kuat itu bila kita mampu kawal marah.”

Rahsia hati kental Rasulullah SAW ialah istiqamah dalam ibadah, menjaga hubungan dengan Allah, dan sentiasa menyeimbangkan jasmani serta rohani.

Ustaz Dr Zaharuddin bergambar bersama pembaca semasa sesi tandatangan

Slot 3: Tadabbur Surah al-Ahzab — Ustaz Syaari Ab Rahman

Slot terakhir adalah tadabbur penuh jiwa. Ustaz Syaari membawa para peserta menyelami maksud uswah dalam Islam melalui Surah al-Ahzab.

Uswah Hasanah: Teladan Sempurna Rasulullah SAW

  • Uswah hasanah Rasulullah bukan sekadar qudwah (contoh dalam satu aspek), tetapi teladan menyeluruh dalam keluarga, masyarakat, kepimpinan, dan ibadah.
  • Surah al-Ahzab melukiskan keperibadian Rasulullah SAW yang seimbang — pemimpin di medan perang, tetapi tetap penuh kasih di rumah.
BACA JUGA  Betulkah Cara Kita Menyambut Maulidur Rasul Selama Ini?
Ustaz Syaari Ab Rahman menceritakan tentang mengapa topik perang dan keluarga selalu berkaitan.

Hikmah Surah al-Ahzab

  • Ujian keluarga (perkahwinan Zaid & Zainab) mengajar syariat baru tentang perkahwinan anak angkat.
  • Ujian peperangan Ahzab menunjukkan semakin besar cabaran luar, semakin penting ketenangan rumahtangga.
  • Nabi SAW mengurus ketakutan dengan penuh tenang — teladan bahawa kita tak mampu ubah semua orang, tapi kita boleh fokus pada tugas dan amanah.

Intipati Seminar Andai Rasulullah Bersama Kita

  1. Keperibadian Rasulullah SAW ialah gabungan kekuatan emosi, disiplin hidup, dan kasih sayang keluarga.
  2. Maksud uswah dalam Islam bukan sekadar mencontohi ibadah Nabi, tetapi cara baginda mengurus emosi, kerja, dan keluarga.
  3. Disiplin hidup Nabi SAW menjadi panduan: qailulah, istiqamah, qiyamullail, serta mengawal emosi.
  4. Sirah Nabi SAW mengajar bahawa ujian adalah rahmat Allah untuk mendidik hati.

Penutup

Sesi bergambar bersama para peserta dan Ustaz Khubaib Akhi

Seminar Maulidurrasul 2025: Andai Rasulullah Bersama Kita bukan sekadar majlis ilmu. Ia adalah perjalanan rohani yang membuka mata — bahawa Rasulullah sentiasa dekat dengan kita melalui doa, sunnah, dan teladan.

Orang yang benar-benar menghargai Rasulullah ialah orang yang sentiasa mendahulukan Allah dalam setiap perkara.

Dapatkan buku terbaru Ustaz Khubaib Akhi, Ustaz Dr Zaharuddin dan Ustaz Syaari di imanshoppe.com

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter / Email Marketer IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *