Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada perasaan tidak cukup. Keinginan kita tidak berkesudahan. Nak baju baru, nak cuba makanan baru, nak beli itu ini.
Seperti apa yang disampaikan penulis Fakhri Fadzli dalam buku, Sedikit Tapi Cukup:
“Dunia ini seperti air laut. Kita fikir, banyaknya air laut mampu menghilangkan dahaga kita. Namun semakin diteguk air laut, semakin dahaga jadinya. Tiada air laut yang dapat melunaskan rasa dahaga yang kita alami.”
Kerana sifat dunia yang tidak pernah cukup inilah, Allah menyuruh kita menyemai rasa cukup dalam diri. Atau dalam komuniti ‘healing’, rasa ‘content’.
Maka dengan itu, moleklah kita mengamalkan doa-doa ini untuk membina rasa cukup:
Table of Contents
Doa 1

Maksudnya: Wahai Allah! Jadikanlah aku merasa cukup dengan apa yang Engkau rezekikan kepadaku. Berkatilah rezeki itu dan berilah gantian setiap yang hilang pada diriku dengan gantian yang baik
Doa 2

Maksudnya: Wahai Allah! Aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, yang beriman dengan pertemuan dengan-Mu, yang reda dengan ketentuan-Mu dan yang berasa cukup dengan pemberian-Mu
Doa 3

Maksudnya: Wahai Allah! Cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal daripada apa yang Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.
Doa-doa ini dihimpunkan dalam buku bestseller IMAN, karya Fakhri Fadzli: Sedikit, Tapi Cukup.

Boleh dapatkan buku ini di imanshoppe.com