Bagaimana Menjadi Manusia Utuh Dengan ‘Self Love’?

Self-Love atau mencintai diri sendiri itu adalah sebuah perasaan percaya diri dan memahami nilai diri. Dari kecil kita diajar untuk berbuat baik dengan semua orang. Peribahasa buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali sering menjadi bualan waktu kecil. Namun, semakin meningkat dewasa kita lupa berbuat baik dengan diri kita.

Sehingga akhirnya, kita menzalimi diri dan membiarkan diri kita terus disakiti. Setiap kali kita sedih, kita cuba menolak perasaan itu. 

Belajar hidup dengan kegelisahan

Hidup ini tidak boleh lari dari rasa sedih, gelisah atau takut akan masa depan. Tapi bukankah rasa gelisah itu perkara biasa?

Sebelum itu, mari kita lihat apa itu rasa gelisah. Ia boleh dikatakan sebagai suatu hal yang mungkin terjadi di masa depan. Satu kerisauan akan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.

Tapi apa-apa yang berlebihan itu tidak baik. Jika kegelisahan yang dialami itu berlebihan, ia tidaklah baik untuk seseorang itu hidup dengannya.

Jadi mari kita lihat, dari mana sebenarnya rasa gelisah itu datang? Ia boleh jadi disebabkan seseorang itu berada di tempat baru, berjumpa orang baru atau ketika tidak diberi kepastian yang jelas. Manusia itu pelbagai. Boleh jadi, ia disebabkan oleh banyak faktor. Pengalaman-pengalaman yang tidak baik dan kejadian itu memberi kesan dalam kehidupan. Bila ada perkara yang hampir sama, ingatan itu akan mula timbul.

BACA JUGA  Mengapa Kita Bertakbir Pada 1 Syawal

Mari kita ikuti cara-cara ini untuk lebih mengenal dan fokus pada apa yang kita mampu:

1. Sedari dan terima rasa gelisah itu

Refleksi diri kita dan cari tahu mengapa rasa seperti ini. Cuba untuk keluar sebentar dan berehat sejenak. Fikirkan bahawa emosi ini hanya di fikiran kita sahaja. Apa yang kita bayangkan hanya di fikiran kita. Enjoy dengan proses bukan pada nilai akhir. Kerana itu yang kita mampu kawal. Cuba mengawal sesuatu yang bukan kuasa kita amatlah bahaya.

2. Cerita kepada orang lain. Pada kawan atau keluarga

Apabila kita bercerita, kita akan menjadi lebih lega. Saat itu kita akan jadi lebih sedar bahawa kita punya teman. Secara tidak langsung, kita akan dengar sesuatu dari perspektif yang lain. Kita dapat perspektif dan dapat kenal diri lebih dalam. Jika kita tidak selesa, carilah badan profesional seperti pskitiri untuk bercerita. Pertanyaan yang dinilai mungkin lebih profesional.

3. Evaluasi diri dan tentukan mahu ke mana

Selama ini mungkin kita tidak pernah tahu mahu menuju ke mana. Bila duduk sebentar dan berfikir akan masa depan, kita lebih sedar bagaimana untuk langkah ke depan. 

4. Bertanya pada diri apa hal paling buruk yang bakal terjadi di masa depan

Lihat semula apa sebenarnya ketakutan kita itu. Apabila kita sedar akan akibatnya, kita akan lebih bersedia. Andai kita bakal dimarahi, kita pasti akan baik-baik sahaja kan? Apakah perkara yang paling teruk bakal kita hadapi. Sekiranya perkara itu terjadi, hidup kita masih boleh diteruskan. Dengan cara ini, cuba cari tahu andai kata perkara itu terjadi lagi, kita sudah tahu bagaimana untuk berhadapan. 

BACA JUGA  5 Pelajaran Daripada Musibah COVID-19

5. Kenali diri lebih mendalam

Selama ini mungkin kita tidak sedar apa yang kita suka. Apa sebenarnya yang kita pentingkan. Setelah bercerita atau melakukan perkara yang disukai kita akan lebih mengenal diri sendiri. Selain itu, banyak ujian online bagi mengenal personaliti boleh dimanfaatkan untuk kenal diri. Sebagai cara untuk kita lebih mengenal diri. Membaca buku juga boleh menjadi cara paling berkesan untuk kita mencari tahu tentang diri kita.

Begitulah apa yang saya sendiri rasai apabila membaca buku CUAK terbitan IMAN ini. Sebuah buku Bahasa Melayu yang mengupas mengenai cara untuk memahami rasa gelisah, kebimbangan melampau dan fikiran-fikiran negatif berpanjangan. Selain lebih mengenal diri, kita juga boleh menambah ilmu untuk mengenali orang lain. Menarik bukan? Semua rasa kita itu valid. Raikan dan sayangi diri kita agar kita boleh menyebar kasih sayang pada orang lain.

Dapatkan buku ini hari ini di sini.

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nadhirah Khairudin | Social media
Marketing Executive

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *