Pernah tak terdetik dalam hati, “Macam mana nak rasa bahagia ya?” Jangan risau. Kita tidak berseorangan. Mengikut Google, carian ‘How to be happy’ sahaja mempunyai hampir 7 bilion carian!
“Banyaknya, Kak Iman!”
Ya. Tersangat ramai orang di seluruh dunia mencari jawapan, bagaimana caranya untuk benar-benar healing dan jadi lebih bahagia.
Tapi sebelum kita pergi kepada ‘bagaimana’, kita kena tahu dulu, ‘Apa yang membuatkan kita tidak rasa bahagia?’
Tahu tak, majoriti daripada kita mempunyai kecederaan emosi semasa kecil. Dan sebenarnya, ramai yang belum healing dari cedera ini sehingga memberi kesan kepada hidup ketika dewasa. Ini yang banyak diceritakan dalam buku Mendewasa Dengan Luka karya Aiman Amri.
Masa sahaja tidak menyembuhkan kecederaan emosi kanak-kanak kita dahulu. Masa dan rawatan barulah proses penyembuhan boleh berlaku.
Quote daripada buku: Mendewasa Dengan Luka
Berikut adalah jenis cedera emosi semasa kecil yang diceritakan dalam buku Mendewasa Dengan Luka:
- Pengabaian emosi (Kurang atau tiada langsung sentuhan emosi dan kasih sayang oleh penjaga)
- Penderaan fizikal (Bersifat memukul, menumbuk, menyepak atau sebarang tingkah laku agresif yang memudaratkan dan memberi cedera kepada fizikal)
- Penderaan emosi (Berlakunya perkara-perkara yang memberi kesan buruk kepada emosi seperti mengugut, menjerit, mengutuk, memberikan kata-kata negatif, memalukan, menjadikan bahan ketawa dan sebagainya).

Ha, sekarang kita dah tahu jenis kecederaan emosi atau childhood trauma kita, jom kita tengok tips healing dan jadi lebih bahagia.
Table of Contents
Menghargai sekecil-kecil perkara
Sediakan waktu untuk kita refleksi diri dan berfikir, ‘Apakah sekecil-kecil perkara yang boleh kita syukuri.’ Hargai nikmat udara yang dihirup, rumah yang selamat, nikmat makan dan minum, keluarga, orang terdekat dan sebagainya.
Catat juga segala nilai dan kekuatan diri kita. Aktiviti ini membantu kita mengenali kekuatan diri yang mungkin kita tidak perasan selama ini. Malah inilah proses penting dalam self-love (swacinta) untuk menyayangi watak kanak-kanak dalaman kita (inner child).
Pastikan catat dalam buku nota (Gratitude Journal) dan tampal di tempat mudah dilihat supaya kita boleh baca di kala kita rasa sedih atau perlukan motivasi.
Pilih kawan yang baik
Pernah dengar kata-kata, ‘You are who you surround yourself with.‘? Untuk menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi kita, sangat penting untuk kita jaga, siapa yang kita selalu bergaul. Adakah mereka optimis, sentiasa mahu memperbaiki diri sendiri, baik hati, empati, mengamalkan self-love dan hal-hal yang membangunkan peribadi?
Jika ya, tahniah. Kalian sedang berada di jalan yang betul.
Latih diri bersifat empati dan memahami diri sendiri serta orang lain
Cuba tanya diri, adakah kita kenal dan dapat melabel semua emosi kita? Sebelum kita menguruskan emosi, kita mesti tahu terlebih dahulu, “Apa sebenarnya emosi yang aku sedang rasa?”
Dalam buku Mendewasa Dengan Luka, ada mengajar bagaimana untuk mengenal emosi sendiri dengan menggunakan roda emosi (emotion wheel)

Hanya sebab kita tidak sedar adanya luka-luka lama dalam emosi kita ketika kecil dahulu, maka bukanlah ia tiada dan tidak wujud di situ.
Quote daripada buku: Mendewasa Dengan Luka
Lakukan perkara yang kita suka (self-care)
Tak dinafikan kita selalu disibukkan dengan kerja / belajar = kehidupan. Pastikan setiap hari, ada senggang waktu yang disediakan khas untuk lakukan perkara yang kita suka. Contohnya mencuba resipi baru, menulis, membaca buku, jumpa kawan, beriadah, menghias diri dan sebagainya.
Cari tahu, apa aktiviti yang bila kita lakukan, kita rasa bahagia dan hidup lebih bermakna.
Belajar memaafkan diri sendiri dan orang lain
Tanya diri, ‘Sudahkah kita memaafkan diri sendiri?’ Maafkanlah diri kita untuk memaafkan diri kita di masa lalu, dan kanak-kanak dalaman (inner child) kita.
Dalam keadaan diri kita yang mengharapkan apa yang kita tak dapat semasa kecil (kasih sayang, pelukan, kata-kata semangat dari keluarga), maafkanlah diri kerana masih mengharapkan sesuatu yang tidak cukup dari masa lalu.
Seburuk mana pun kisah silam kita, ia adalah sebahagian daripada apa yang membentuk diri kita yang sekarang. Izinkan diri menerima setiap kesakitan masa lalu dan memaafkan diri dari masa lalu (past self).
Kedua, maafkanlah kedua ibu bapa kita untuk memaafkan diri sendiri. Sesungguhnya ibu bapa kita juga manusia yang penuh dengan ketidaksempurnaan. Mereka juga bahkan mungkin ada kecederaan emosi kanak-kanak yang masih belum selesai.
Nanti apabila kita sudah punya keluarga sendiri, usahakanlah untuk tidak mengulang kecederaan emosi dan menghentikan kitaran childhood trauma kepada generasi selepas kita.
Alhamdulillah, kita pun sudah dewasa.
Jom, apa kata kali ini, kita anggap diri kita sebagai pejuang (survivor), bukan sebagai mangsa.

Ada banyak lagi tips praktikal yang dikongsikan dalam buku ni.
Jom healing dan capai hidup lebih bahagia? Mula sembuh dengan buku Mendewasa Dengan Luka sekarang.