5 Tip: Amalan Awal Muharram Untuk Hidup Lebih Tenang

Awal Muharram bermaksud, bulan pertama mengikut tahun Islam (Hijrah). Awal Muharram, atau Maal Hijrah, adalah bulan di mana kita memperingati peristiwa penting dalam sejarah Islam: penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah, yang berlaku pada tahun 633 Masihi.

Awal Muharram juga merupakan cuti umum bagi semua rakyat Malaysia.

Menurut kalendar Islam, tarikh Awal Muharram 2024, atau Maal Hijrah 1446H di Malaysia adalah pada 7 Julai 2024 (Ahad).

Selain daripada membaca Doa Awal Muharram dan berpuasa sunat, amatlah bagus sekiranya kita dapat menggunakan Awal Muharram ini sebagai pembangkit semangat, untuk 6 bulan terakhir tahun 2024 yang lebih baik.

Ada 3 langkah untuk menjadikan Awal Muharram sebagai permulaan separuh kedua 2024 yang lebih tenang dan bermakna:

1. Betulkan niat dan fikiran

Terapkanlah kefahaman dalam diri, bahawa dunia ini hanyalah sementara. Akhirat juga tempat kita pulang dan kekal abadi. Dengan memahami hakikat ini, segala masalah, emosi, kejayaan, kesilapan atau kegagalan yang menimpa kita dapat dihadapi dengan tenang.

Jalanilah hidup dengan sederhana. Raikan kesedihan, kemudian teruskanlah kehidupan.

2. Susunlah fikiran anda

Ada banyak hal yang menuntut perhatian kita sehari-hari. Yang jika tidak diuruskan, ia akan mengusutkan fikiran kita.

Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk menguruskan pemikiran kita:

Brain Dumping (Penyisihan fikiran)

Sekiranya tidak diuruskan, minda kita mampu menjadi stor yang berselerak dengan barang yang penuh. Berikut merupakan cara untuk melakukan brain dumping:

  • Cari tempat yang tenang upaya anda boleh fokus menulis apa yang mengganggu fikiran anda.
  • Agar lebih fokus, gunakan teknik Pomodoro ketika sesi brain dumping (Teknik Pomodoro adalah di mana anda fokus berkerja selama 25 minit, dan berehat selama 5 minit)
  • Catat semua dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara

Eisenhower Matrix

Ini adalah teknik untuk menguruskan masa mengikut prioriti, yang ditentukan berdasarkan 2 faktor utama: kesegeraan (urgency) dan kepentingan (importance)

BACA JUGA  5 Tips Untuk Berkomunikasi Supaya Kawan Selesa Nak Berkongsi Dengan Kita

Teknik Eisenhower Matrix ini ada diceritakan dengan lebih mendalam dalam buku Duduk Sebentar, karya Fakhrul Islam.

3. Hiduplah untuk hari ini dan masa sekarang

Usahlah terlalu memberatkan fikiran dengan hal yang berlaku di masa lalu. Tidak perlu gelisah juga dengan masa hadapan yang belum pasti. Cukup sekadar kita berusaha sebaik mungkin, sedaya kita, dan berdoalah semoga Tuhan mempermudahkan urusan kita.

Sebaliknya, hayati dan nikmatilah apa yang sedang berlaku, sedang dirasa dan dialami sekarang.

Sesungguhnya bahagia itu ada di sekeliling kita.

Berikut pula merupakan

5 tip: amalan di Awal Muharram ini, yang jika dipraktikkan, dapat membantu kita hidup lebih tenang (berdasarkan buku Duduk Sebentar karya Fakhrul Islam:

1. Menyedari bahawa masa lalu tidak akan akan dapat diulang lagi

Kita hanya miliki masa sekarang. Sebab itulah, masa sekarang dinamakan sebagai “hadiah” (present).

2. Kawal penggunaan media sosial

Kerap menggunakan media sosial dan melihat kehidupan orang lain, boleh membuat kita cepat berasa tidak yakin (insecure) dengan diri sendiri. Jika ini yang anda rasakan, berehatlah sebentar daripada media sosial. Sebaliknya, gunalah masa terluang itu untuk melakukan refleksi diri seperti menulis jurnal, supaya kita yakin dengan identiti sendiri.

3. Luangkan masa dengan ahli keluarga

Hidup kita tidak hanya berkisar daripada apa yang terlihat di media sosial sahaja. Jagalah perhubungan yang kita ada, di luar media sosial, terutamanya dengan ahli keluarga dan sahabat handai.

Nilai yang semakin hilang pada hari ini adalah, ramai daripada kita yang lebih pandai bersembang di media sosial, tetapi kekok apabila berdepan.

Petikan daripada buku “Duduk Sebentar” karya Fakhrul Islam

4. Banyakkan membuat aktiviti fizikal

Sesibuk mana pun kita dengan kehidupan, janganlah lupa meluangkan masa untuk mengambil angin dan merehatkan diri, berjalan di bawah sinaran mentari. Ini membuatkan fizikal kita lebih sihat dan fikiran lebih tenang.

5. Senaraikan 3 perkara yang anda syukuri

Setiap hari, cuba pastikan diri kita mencatat 3 perkara baik yang berlaku pada diri kita, yang kita syukuri. Sekecil-kecil perkara, jika kita hayati dan syukuri, dapat memberi kebahagiaan kepada diri kita.

BACA JUGA  Ramadan Reset | Pelancaran 4 buku terbaru peneman Ramadan anda

Contohnya, tulislah tentang kucing yang anda jumpa di tepi jalan, senyuman yang diterima daripada orang lain, dan banyak lagi kebahagiaan-kebahagiaan kecil yang anda akan sedari, jika lebih memberi perhatian kepada apa yang berlaku di sekeliling kita.


Kesimpulan

Dengan melakukan perkara ini, nescaya kita dapat merasa lebih tenang dan jelas dengan tujuan hidup.

Banyak lagi perkongsian daripada penulis Fakhrul Islam, untuk membantu kita hidup pada masa kini (live in the present moment).

Buku Duduk Sebentar ini sangat bagus untuk dijadikan bacaan Awal Muharam, sebagai mindsetting dan meningkatkan semangat kita untuk separuh kedua 2024 yang lebih baik.

Dapatkan buku Duduk Sebentar karya Fakhrul Islam DI SINI

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *