5 Rahsia Hidup Kekal Tenang

Nak hidup tenang, bahagia dan tak lagi serabut dengan masalah hidup? Ada 5 aspek hidup yang selalu kita terlepas pandang. Dan 5 aspek ini, jika tidak diseimbangkan, itulah puncanya asyik lesu dan lemah semangat.

Jom, saya ceritakan 5 aspek dan rahsia itu:

Hubungan dengan manusia lain

Yang dikatakan berhubungan dengan manusia, tidak sah kalau tak pernah bergaduh. Ada sahaja salah faham, pertelingkahan, terasa hati… Terus, bagaimana kita nak pelihara hubungan yang kita ada?

Pelihara hubungan yang kita ada dan siapa yang kita benarkan masuk dalam circle kita

IMAN ada dua buah buku yang menceritakan tentang hubungan sesama manusia: Nabi Juga Disakiti Manusia karya Khubaib Akhi dan Susahnya Hidup Dengan Manusia karya Akif Basri dan Asim Hatta.

Kesihatan spiritual / hati kita

Bila kali terakhir kita betul-betul mengenali emosi kita? Kita mudah-mudah menafikan emosi kita, dan kita rasa ia tidak penting sama sekali. Inilah sebabnya kita lose touch, sehingga merasa jauh dengan diri sendiri.

Baiki hubungan kita dengan Tuhan, bermula dengan menerima setiap emosi kita

Suka untuk saya kongsikan satu quote kegemaran saya dalam buku Letters for the Fragile Heart karya Norhafsah Hamid:

“In the midst of tears and pain, sadness can teach us to seek solace within ourselves, to sit with our own emotions, and to hold our broken pieces with tenderness. “

Norhafsah Hamid, from book Letters for the Fragile Heart

Keseimbangan hidup dan kerjaya

Tahun lepas mungkin kita selalu terperangkap dalam rat race. Apa kata 2024 ini, kita improve kerjaya kita, dan pada masa yang sama, tidak burnout.

BACA JUGA  Tips Elak Bosan Baca Buku Di Musim COVID-19

Bahagikan antara ruang kerja dan ruang rehat

Dalam buku ‘Kenapa Kerja tak Habis-habis’ ada menekankan kepentingan untuk tidak membawa pulang urusan kerja ke rumah. Elakkan melihat mesej kerja dan menampakkan diri kita sentiasa available sehingga kita turut diganggu di luar waktu kerja.

Kesihatan Mental

Peluklah sisi kanak-kanak kita dan katakan, “It’s okay.”

Begitu banyak luka masa kecil kita yang belum diubati, yang memberi kesan kepada hubungan kita sekarang.

Kita meletakkan benteng tinggi, jauh daripada semua orang. Tanpa sedar, sudah terlalu lama kita tidak mempedulikan kesihatan mental kita.

Kombo Belajar Mendewasa ini sesuai sangat untuk kita mula sembuh dan survive dalam kehidupan yang penuh dengan konflik ini.

Kewangan

Aware dengan keluar masuk duit kita, bagaimana untuk menambah dan mengurusnya

“Tak semua hal boleh dibeli dengan duit…. tapi banyak hal memerlukan duit.”

Setuju tak dengan ayat ni?

Ramai orang masih terperangkap dalam masalah, tak tahu cara yang tepat untuk menguruskan kewangan.

Di tahun 2024, apa kata kita pastikan kewangan kita lebih terjaga?

Di sinilah datangnya buku Bergaji dan Pokai. Supaya kita sentiasa ‘aware’ dengan keluar masuk duit kita, bagaimana untuk menambah dan menjaganya. Banyak tips pengurusan kewangan kita boleh belajar untuk mengelakkan kita daripada boros dan kesilapan menguruskan duit.

Semua buku ini boleh didapati di imanshoppe.com, dengan harga kombo atau satu buku.

Layari imanshoppe.com untuk pelbagai promosi berbaloi sekarang!

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *