5 Ayat ‘Healing’ Yang Memujuk Hatimu

Pernah tak baca satu buku dan rasa, “Ya Allah, boleh relate sangat!”

Itulah perasaan Kak Iman selepas habiskan Bacaan Julai, termasuklah buku baru IMAN. Kak Iman perasan, boleh tahan ramai juga yang menitiskan air mata selepas habis membaca 2 novel terbaru IMAN Julai lepas.

Jom, Kak Iman kongsikan kata-kata healing dari buku yang Kak Iman baca:

1. “Belajarlah untuk ketawa, tersenyum, terhibur meski dengan hal-hal sederhana.”

Belajar meraikan kesendirian; menghargai hal-hal semalam meski semuanya tak mudah,
menanam harap pada hal-hal akan datang
meski jalannya payah.

Kita semua pernah kan rasa begitu hancur sampai lupa ketawa itu rasanya bagaimana?

Sepatah apapun kita, masih ada hal-hal indah yang berjalan di sekitarnya.

— Dari buku: Tentang Dewasa karya Hafizul Faiz

2. “Mungkin yang kita mahu dengar selama ini ialah kata ‘maaf’ buat diri sendiri.”

Sering sahaja kita menyangka yang kita bisa terluka kerana orang lain.

Tapi realitinya, kita juga bisa terluka kerana diri sendiri.

Ketika kita sedang mencari-cari siapa yang telah menyakiti diri kita, kita terlupa yang kita juga harus meneliti,
boleh jadi kitalah yang menyakiti diri kita sendiri.

Ya, manusia sering sahaja menyakiti, termasuk diri sendiri yang juga ‘manusia’
sudah tentu ia juga bisa menyakiti, kan?

Mungkin yang kita mahu dengar selama ini ialah kata ‘maaf’ buat diri sendiri, bukan orang lain.

BACA JUGA  5 Tahap Kesedihan Yang Anda Kena Tahu Bila Kehilangan Orang Yang Tersayang

Dari buku: Tentang Dewasa karya Hafizul Faiz

3. “Kita perlu kuat…”

Kita kena saling memberikan semangat sebab kita perlu kuat.
Kita tidak boleh berputus asa.

Dari buku: Rumah Tak Mesti Bahagia karya Arif Zulkifli

4. “Nantikanlah hari esok…”

Walau ada banyak benda buruk terjadi pada kita, nantikanlah hari esok,
kerana kita ada peluang untuk cuba sekali lagi.

Dari buku: Rumah Tak Mesti Bahagia karya Arif Zulkifli

5. “Through all of this, we can learn…”

“You want to be a better person, right? So do I. It’s okay, we will go through it together.”

Dari buku: Sampai Masa, Benci Jadi Rindu karya Aiden Adi Shah (pemenang Sayembara Novel IMAN 2022)


Semoga quote-quote buku yang Kak Iman kongsi ini dapat memberi inspirasi dan turut dapat memujuk hati kawan-kawan.

Moga terus kuat ya?

via GIPHY

Sedang menambah koleksi buku healing?

Dapatkan lebih banyak lagi buku terbaik pilihan IMAN di imanshoppe.com

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna Mohd Rosli | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *