Tips Menulis Novel: Kenapa Nak Jadi Penulis?

Kawan-kawan pernah terfikir nak menulis novel? Ramai yang bercita-cita menjadi penulis. Lalu mereka banyakkan membaca buku, mencari tips penulisan di internet dan mengkaji struktur penulisan novel mengikut formula-formula popular seperti Save The Cat, Hero’s Journey, dan banyak lagi.

Teknik penulisan memang boleh dipelajari. Tapi tidak ramai yang tahu hakikat sebenar tentang penulisan — Bahawa untuk menjadi penulis yang baik, penulisan itu haruslah JUJUR.

Pada 2 Ogos 2023 yang lalu, IMAN telah mengadakan sesi Space di laman Twitter (@imanpublication), di mana Rahmah Pauzi, Head of Content | Editor in Chief IMAN dan Syahira Hozami, Editor Perolehan IMAN, sendiri memberi tips penulisan!

Baca artikel ini sampai habis untuk ketahui, rahsia penulisan yang tidak ramai tahu SERTA kriteria-kriteria novel sedang dicari oleh pihak IMAN sempena Sayembara Novel IMAN 2023: Mencipta Magis Cerita 2.0!

“Cerita yang baik mestilah relatable.”

“Sebuah cerita yang baik mestilah relatable kepada pembaca, speaks with people, ada emosi, ada cabaran, ada konfliknya. Dan bermula dengan sesuatu yang begitu rapuh (fragile).”

Penulis perlu jujur, dia sebenarnya mahu menulis cerita yang bagaimana?

Ketika menulis, latih diri untuk berfikir, “Bagaimana aku mahu berdamai dengan diriku, masa laluku, melalui cerita yang dikarang ini?”

BACA JUGA  Idea Dan Kreativiti Tidak Datang Bergolek

3 soalan penting setiap penulis harus tanya pada diri sendiri

  1. “Adakah ini kisah saya?”
  2. “Tapi kenapa saya berkeras untuk menulis buku ini?”
  3. “Kenapa cerita ini sangat bermakna kepada saya?”

Fokus kepada impak perasaan yang ditinggalkan selepas pembacaan

What we take with us forever (when reading) is the FEELINGS that evoked in that story. What’s in it (this story) for you. This happens when the writer is authentic to his feelings first.

Tanya diri, apa yang anda cuba untuk lepaskan, sebagai seorang penulis.

Rahmah Pauzi, Head of Content | Editor in Chief IMAN

Menulis untuk melepaskan. Menulis dengan jujur, tulus dari hati. Menulis dengan memproses segala perasaan, dan berdamai dengan perasaan serta masa lalu tersebut.

Fokus kepada dua perkara: 1) tulis cerita yang bagus, 2) emosi dalam penulisan

Pada peringkat awal penulisan, kita tidak boleh terlalu memikirkan tentang target pembaca. Boleh menyekat kreativiti ya? Soal target pembaca, serahkan sahaja kepada pihak editor dan marketing penerbit.

Cuma fokus kepada dua:

1) Tulis cerita yang paling bagus, yang boleh anda tulis

2) Emosi mesti menyerlah dalam penulisan.

Apa kriteria novel yang IMAN cari?

Perkembangan watak yang menarik

Berikan satu konflik yang cukup besar untuk menghuru-harakan hidup watak utama yang sedia tenang. Tunjukkan bagaimana watak berubah, sehinggalah menjadi versi dirinya yang baru pada akhir cerita.

Mempunyai bahasa yang baik iaitu tulisan yang mudah faham

Menurut Editor Perolehan IMAN, Syahira Hozami, tidak mudah untuk menulis cerita yang mudah difahami. Benar, memang ramai yang rasa hebat jika mampu menulis cerita yang kompleks.

Tetapi hakikatnya, novel yang baik adalah novel yang mampu menyampaikan sesuatu yang kompleks dengan cara yang pembaca mudah faham. Tidak terhenti kepada penulis sahaja.

BACA JUGA  Individu Kreatif Perlukan Rakan untuk Faham Idea Mereka Sendiri

Jadi, IMAN mencari penulis yang mampu menulis dengan laras bahasa yang baik, mudah dibaca, dan mudah difahami.

Sebelum menulis, bayangkan terlebih dahulu, “Siapa yang akan membaca karya saya?” Lalu tulislah mengikut laras bahasa jenis pembaca yang kita tujukan.

Novel yang memberi kelegaan pada jiwa (catharsis)

Novel yang bagus tidak semestinya berakhir dengan tangisan sahaja. Boleh jadi, pembaca rasa lega dan tergelak sedikit selepas membaca. Dan karya itu adalah karya yang paling diingati oleh pembaca.

Tidak semestinya kisah cinta

Memang indah dapat berangan seperti dilamun cinta ketika membaca, tetapi novel boleh menjadi lebih daripada itu. Tulislah novel yang kena dengan konflik yang dihadapi oleh pembaca kita. Dan mengikut data, kebanyakan pembaca novel sekarang adalah daripada remaja, sehinggalah awal 20-an.

Perhatikan, apakah konflik yang dialami oleh mereka yang dalam lingkungan umur ini?

Antaranya, susah untuk melepaskan masa lalu, people pleaser, rasa tidak disayangi, tidak dilihat, dan banyak lagi.

Tulislah dan buatlah pembaca rasa seperti keluh kesah mereka didengari.

Berminat untuk menulis novel dengan IMAN?

Hanya perlukan 30 000 hingga 40 000 patah perkataan sahaja. Hantar manuskrip anda mengikut syarat-syarat di bawah sebelum 15 Oktober 2023.

Tak sabar nak baca karya hebat dari kawan-kawan!

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

2 thoughts on “Tips Menulis Novel: Kenapa Nak Jadi Penulis?”

  1. assalamualaikum, saya mahu bertanya tentang buku novel adakah saya boleh membuat menghantar karya saya sendiri , maaf saya hanya mahu bertanya saja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *