Planner Istimewa IMAN : Growth Journal



Kita catat banyak perkara dalam hidup kita. Kita rekod belanjawan kita, duit kelur dan masuk, keluar sebab apa. Kita rekod peristiwa yang berlaku dalam hidup kita, apa yang terjadi pada hari tersebut, siapa yang kita jumpa, apa yang kita pelajari. Kita rekod masa tidur kita, untuk tengok berapa jam kita tidur pada malam itu. Semua ini kita lakukan untuk memastikan segalanya dalam kawalan kita. Supaya kita tahu apa yang sedang berlaku pada diri kita.

Begitu juga dengan ‘content consuming’ kita. Video apa kita tengok, filem apa kita tonton, podcast apa kita dengar, influencer mana yang kita follow. Apa yang kita tengok setiap hari akan mencorakkan pemikiran dan prinsip hidup kita. Jika baik yang kita tengok dan dengar setiap hari, yang baik jugalah yang akan keluar dari kita. 

Ada pelbagai medium yang kita gunakan setiap hari untuk mendapat ilmu dan informasi baru. Ada yang suka belajar sesuatu yang baru melalui pembacaan buku atau artikel, ada yang melalui video ceramah Youtube, ada yang melalui audio podcast, ada yang melalui social media influencer atau tokoh.

Growth Journal IMAN ini dicipta bagi membantu kita dalam perjalanan menambah baik diri setiap hari. Ia direka khas untuk dua kegunaan utama.

Pertama, untuk kita merancang ‘content’ yang kita ingin tengok dan dengar. Misalnya minggu pertama kita nak dengar podcast tentang Live With Anxiety, minggu seterusnya kita ingin mendengar online course bersama Aiman Azlan tentang Membina Komunikasi & Kepercayaan Dalam Perkahwinan dan untuk minggu-minggu seterusnya. Growth journal ini membantu kita untuk lebih teratur dan tersusun.

Kedua, untuk kita membuat ringkasan atau catatan daripada content tersebut. Hal ini penting bagi memastikan perjalanan menuntut ilmu kita menjadi lebih terancang dan tersusun. Melalui catatan itu juga akan memudahkan kita mengulangkaji dan mempraktikkan ilmu tersebut dalam kehidupan. 

BACA JUGA  Individu Kreatif Perlukan Rakan untuk Faham Idea Mereka Sendiri

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Hidayah Hamid | Social media
Content Writer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *