Tarikh: Sabtu, 7 September 2025
Lokasi: Ultimatum Coffee, Bangi
Sabtu lepas, Kak Iman berpeluang hadir ke program Hearts to Gather 2.0 Rizq & Forgiveness. Dari awal hingga akhir, program ini bukan sekadar event biasa. Ia jadi ruang untuk kita sama-sama faham lebih dalam tentang maksud rezeki dalam Islam dan nilai kemaafan yang benar-benar melapangkan jiwa.
Table of Contents
Suasana Program Hearts to Gather 2.0
Pendaftaran & Kehangatan Awal Pagi
Seawal jam 10.00 pagi, peserta mula tiba. Ada yang datang dengan kawan, ada juga yang hadir seorang diri. Senyuman berbalas senyuman, buat suasana terasa hangat macam satu keluarga besar. Kak Iman terfikir—rezeki bukan sahaja harta, tapi juga peluang untuk duduk dalam majlis ilmu seperti ini.
Ucapan Pembukaan – Rezeki Bukan Sekadar Harta
Jam 11.00 pagi, program dimulakan dengan ucapan pembukaan. Penceramah mengingatkan bahawa rezeki dalam Islambukan hanya gaji atau harta. Ia boleh berupa kesihatan, masa lapang, dan peluang untuk dekat dengan Allah.
Inilah salah satu makna rezeki dalam Islam yang kadang-kadang kita lupa.
Maksud Rezeki dalam Islam Menurut Perkongsian Ayesha Syahira
Usaha Itu Ibadah, Hasil Tetap Allah yang Tentukan
Sesi perkongsian bersama Ayesha Syahira bermula jam 11.15 pagi. Kata-kata pertama beliau terus menusuk hati:
“Bukan usaha yang menyebabkan kita dapat rezeki, tapi Allah yang bagi.”
Betul lah, kadang kita terlalu sibuk kejar kerja sampai penat kerana takut rezeki tak cukup. Sedangkan maksud rezeki dalam Islam ialah: hasilnya sudah ditetapkan Allah, usaha itu hanyalah jalan ibadah.
Konsep Itqan – Buat Terbaik Kerana Allah Melihat
Ayesha menekankan konsep itqan: buat sehabis baik bukan untuk impress bos atau orang lain, tapi kerana Allah melihat.
“Everything I’m doing is constantly dicatit oleh malaikat.”
Ayat ni buat Kak Iman terfikir—ya Allah, sekecil-kecil usaha pun Allah kira.
Solat sebagai Tiang Rezeki & Ketenangan Hati
Ayesha juga ingatkan bahawa solat ialah soalan pertama di akhirat. Nabi SAW pesan, bila serabut: solatlah.
Kadang kita rasa sibuk sangat, tapi hakikatnya solat itulah sumber kekuatan, penenang hati, dan kunci keberkatan rezeki.
Dan Ayesha mengingatkan, solat ialah soalan pertama di akhirat. Bila serabut, Rasulullah SAW ajar kita: solatlah. Kata-kata yang nampak mudah tapi cukup menenangkan.
Q&A Session – Khusyu’ Dalam Solat di Tempat Kerja
Dalam sesi soal jawab, ada yang tanya: bagaimana nak khusyu’ bila solat di pejabat?
Jawapan Ayesha ringkas tapi menenangkan:
Makna Kemaafan dalam Islam Melalui Sesi Doodle Iffah Nizar
Cara Memaafkan dalam Islam untuk Tenangkan Jiwa

Slot bersama Iffah Nizar bertajuk Express & Reflect with Doodle membawa suasana santai. Dengan pensel warna dan kertas putih, peserta diajak meluahkan rasa. Dari sini, Iffah kongsi sesuatu yang mendalam:
“Allah tak suka kita tenggelam dalam rasa bersalah. Marah, sedih, kecewa – semua tu ciptaan Allah.”
Bila tersilap, berhenti sekejap, istighfar, dan taubat. Inilah salah satu cara memaafkan dalam Islam: belajar berdamai dengan diri sendiri sebelum berdamai dengan orang lain.
Kelebihan Memaafkan – Hadiah untuk Diri Sendiri
Iffah mengingatkan, ujian bukan tanda Allah benci. Ia peluang untuk darjat kita naik.
Dari sini Kak Iman sedar, kelebihan memaafkan bukan sekadar memaafkan orang lain, tapi hadiah untuk hati kita sendiri—supaya lebih ringan dan lapang.
Meet & Greet – Menutup Program dengan Kenangan Indah

Program tamat sekitar 1.30 petang dengan sesi bergambar dan ramah mesra. Semua orang tersenyum puas hati. Ada yang pulang dengan buku baru, ada yang bawa doodle masing-masing, tapi yang paling berharga ialah hati yang lebih tenang.
Intipati & Refleksi dari Hearts to Gather 2.0
Maksud dan Makna Rezeki dalam Islam yang Lebih Luas
Rezeki bukan sekadar gaji, tapi juga peluang, kesihatan, masa, dan ketenangan hati. Inilah sebenar-benarnya maksud rezeki dalam Islam.
Kemaafan Sebagai Rezeki Hati
Makna kemaafan dalam Islam mengajar kita untuk lepaskan rasa bersalah dan dendam. Bila hati ringan, doa lebih ikhlas, hubungan dengan Allah lebih rapat.
Hidup Lebih Tenang dengan Solat, Usaha & Hati Lapang
Kata Ayesha: “Rezeki tu Allah dah tetapkan. Fokus kita hanyalah buat sehabis baik sebab Allah yang nampak.”
Dan kata Iffah: “Jangan biar rasa bersalah jauhkan kita daripada Allah. Semua emosi datang daripada Dia—baliklah semula pada-Nya.”
Kesimpulan
Hari itu, Kak Iman pulang dengan hati yang penuh syukur. Program Hearts to Gather 2.0 mengajar bahawa memahami maksud rezeki dalam Islam dan mengamalkan kemaafan adalah kunci untuk hidup dengan hati yang lebih tenang, lapang, dan diberkati Allah.
Dapatkan buku tulisan Ayesha Syahira (The Beauty of Promised Rizq) , dan Iffah Nizar (For the Heart That’s Still Hurting) di imanshoppe.com