Tinggal beberapa hari lagi sebelum #KLAB2024. Kak Iman dah tak sabar nak jumpa kawan-kawan di Pasar Seni!
Mungkin ada yang tertanya-tanya,
“Hmm… Apa yang istimewanya KLAB 2024 kali ni?”
Sempena KLAB 2024, IMAN akan melancarkan dua buah buku fiksyen terbaharu!

Table of Contents
Senyum Yang Tersembunyi karya Melni
“Kalau kau asyik fikir nak bahagiakan orang lain, siapa akan bahagiakan kau?”
***
Sejak kecil, Adlina tahu dia hanyalah pilihan kedua semua orang – termasuklah ibunya sendiri. Adlina sanggup buat apa saja supaya ibu berbangga dengannya.
Namun, dunia Adlina runtuh apabila impian yang dah lama dipendam, dibangkang ibunya. Lebih luluh, Adlina cuba dijodohkan dengan seseorang yang dia benci. Serabut, Adlina memendam dan menjauhkan diri.
Hinggalah Raymond, crush masa kecil muncul semula.
Masih menaruh hati, Raymond cuba mendekati Adlina, namun Adlina makin menjauh. Raymond terlalu baik untuknya! Kalau ibu sendiri tak pernah menerima anaknya, apatah lagi orang luar.
“Are you even listening to yourself, Adlina?”
“When I finally found you again, you told me to go away?”
Tanpa sedar, Adlina lelah memuaskan hati orang yang tidak pernah menghargainya; dalam masa yang sama, melukai diri sendiri dan orang sekelilingnya.
Tersentak dalam dilema – mampukah Adlina memilih kebahagiaan diri tapa menderhakai ibunya?
Jangan Kacau Aku Boleh Tak? karya Aidil Ghazali
“Eh, perempuan senget! Jangan kacau hidup aku boleh tak?”
“Perempuan senget kau panggil aku?”
***
Ehsan memang pantang bertemu Dahlia; seterunya dalam pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar. Asal jumpa saja mesti bergaduh. Macam anjing dan kucing!
Sebagai atlet Muay Thai, Ehsan berlatih bersungguh-sungguh mahu mendapatkan pingat emas agar dapat membanggakan ibunya. Namun, tragedi berlaku hingga hati Ehsan luluh – sinar hidupnya bagai hilang, dunia terasa gelap.
Ehsan mula mengurung diri. Hari-harinya dihabiskan dengan merenung siling kosong. Dia tidak lagi pergi ke kelas mahupun keluar rumah.
Sampailah suatu hari, tingkap bilik Ehsan diketuk oleh seseorang – Dahlia! Apa yang dia buat di sini?
“Aku nak tolong kau, faham tak?”
“Aku tak perlukan bantuan perempuan muka tempelan macam kau!”
“Sedar diri yang kau tu muka diskaun!”
Ketika peluang terakhir sekali lagi menjadi taruhan, Ehsan terpaksa membuat pilihan – sama ada kekal terpuruk dalam kegelapan, atau cuba meraih kebahagiaan diri untuk sekali lagi.

Dua buku hebat ni boleh didapati di reruai IMAN, di reruai 24 dan 25, Pasar Seni.
Oh ya, bukan sahaja buku baru.
Khas buat 5 orang terawal yang datang ke booth IMAN dan berbelanja minima RM 80, Kak Iman ada hadiah istimewa.
Kak Iman nak bagi book bouquet!
Ada juga Kod Diskaun istimewa, khas untuk yang berkunjung ke reruai IMAN nanti.
Jangan lupa temu janji kita.

Tempat
Central Market (Pasar Seni), Kuala Lumpur
Tarikh
22-25 Februari 2024
Masa
10 am- 10 pm

Apa Yang Menarik di Reruai IMAN, di KLAB 2024 ini?
- 10% diskaun untuk SEMUA BUKU
- Dapat harga lebih murah dengan pembelian Kombo IMAN di KLAB 2024
- PERCUMA book bouquet untuk 5 pengunjung terawal, dengan pembelian minima RM 80
- Sesi bertemu penulis
- Kod Diskaun istimewa, khas untuk yang datang ke reruai IMAN di KLAB 2024.
Jangan lupa kongsikan momen gembira di media sosial dengan #KLAB2024 dan #PestaBukuIman