ibu bapa toksik Senyum Yang Tersembunyi

Jauhi 5 Sikap Ibu Bapa Toksik Ini!

Di masa kini, istilah ‘ibu bapa toksik’ atau ‘toxic parents’ sering sahaja berlegar di media sosial yang sering menjadi medium utama sebagai tempat meluah bagi anak muda.

Namun pernahkah kita bertanya pada diri — “Apa sebenarnya sikap ibu bapa yang boleh dikelaskan sebagai ‘toksik’?”

Berlebihan dalam mengkritik anak

Ketika anak di fasa kecil sebelum melangkah ke alam dewasa, masa anak banyak dihabiskan di rumah. Ini adalah fasa di mana anak paling cepat menyerap ilmu. Di sinilah pembentukan peribadi, personaliti dan nilai mereka terbentuk sedari kecil.

Ibu bapa pastinya sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Kerana terlalu kritis (akibat pengalaman mereka di masa lalu ketika mereka dibesarkan), ibu bapa terbawa-bawa sifat kritis orang tua mereka, dan sifat kritis mereka terhadap diri sendiri.

Dalam keadaan anak yang masih ‘fragile‘, boleh jadi kritikan ini menjadi counter-productive pada anak.

Ibu bapa fikir, kritikan adalah cara yang tepat untuk memberi motivasi. Namun sebaliknya, ia menjatuhkan mereka. Sama seperti apa yang berlaku dalam pada watak Adlina dalam novel Senyum Yang Tersembunyi karya Melni…

“Along selalu dapat markah penuh. Kenapa Angah tak boleh belajar rajin lagi, jadi macam Along?” – m/s 54

“84% je? Kenapa tak 90% ke atas? – m/s 56”

Terlalu sering mengongkong dan mengawal kehidupan anak

Ibu bapa toksik cenderung menentukan hala tuju kehidupan anak. Tidak salah untuk melibatkan diri dalam keputusan mereka. Tapi ibu bapa juga harus ingat bahawa anak mereka adalah individu tersendiri. Setiap anak sifatnya berbeza-beza. Dalam erti kata lain, “Let them be their own person and let them own their life.”

Anak yang terlalu dikongkong semestinya tidak pandai membuat keputusan sendiri kerana kurangnya pengalaman. Kalau terus dikongkong sehingga ketika membuat keputusan yang besar sebagai seorang dewasa, boleh jadi satu saat nanti, anak jadi tidak kenal diri sendiri.

BACA JUGA  5 Novel Untuk Belajar Sembuh

Dia tidak tahu apa yang dia suka, apa yang dia benci, apa yang buat dia gembira, dan apa nilai yang dia pegang kalau seluruh kehidupannya dikongkong oleh ibu bapa.

Begitulah juga yang berlaku kepada watak Adlina, yang mana ibunya sering menentukan, dengan siapa dia boleh berkawan.

“Mak tak sukalah awak berkawan dengan budak tu!” Suara keras Puan Azura memenuhi ruang memori Adlina.

Penderaan fizikal atau emosi

Kecederaan fizikal mudah dilihat pada mata kasar. Namun, adakah ibu bapa aware tentang penderaan emosi yang sedang dihadapi oleh anak mereka?

Antara penderaan emosi yang selalu ibu bapa toksik terlepas pandang adalah penderaan emosi seperti menengking anak, memaki anak, mengejek warna kulit dan bentuk badan anak, tidak mempedulikan anak, dan tidak memberi kasih sayang selayaknya daripada seorang ibu bapa.

Ini boleh membuatkan anak kecil hati dan menjauhkan diri daripada ibu bapa. Seperti yang berlaku kepada Adlina dalam Senyum Yang Tersembunyi…

Susah betul untuk dia berbual mesra dengan Puan Azura. Kalau tidak diherdik, ditengking.

Suka memanipulasi

Ibu bapa toksik biasanya tidak sedar yang mereka sedang memanipulasi emosi dan perasaan anak. Contohnya seperti dalam novel Senyum Yang Tersembunyi karya Melni, Puan Azura tidak mempedulikan isu sebenar dalam keluarga mereka. Malah, mengatakan seolah-olah semua orang sedang menyalahkannya.

“Jadi awak nak salahkan mak?” Puan Azura bertanya dengan nada dingin.

“Awak dua beranak memang suka nak buat saya macam orang jahat dalam keluarga ni!”

Suka menyalahkan anak

Ibu bapa toksik gemar menyalahkan anak sekiranya ada apa-apa masalah yang berlaku. Contohnya, mereka mengatakan, itulah akibatnya jika tidak mengikut kata mereka sebagai ibu bapa yang lebih tahu.

Sering melanggar ‘boundaries’ antara ibu bapa dan anak

Ketika kecil, wajar untuk ibu bapa terlalu mengawal anak kerana anak masih ‘fragile’. Namun sebaliknya, hal ini berlanjutan sehinggalah mereka dewasa. Ibu bapa toksik mahu kata mereka dituruti untuk keputusan besar dalam hidup (Contoh: soal perkahwinan, kerjaya, tempat tinggal, dan lain-lain)

“Saya dah banyak kali beritahu mak. Saya tak suka Haziq tu.”

Kesannya:

Menjatuhkan keyakinan diri anak

Anak mudah merasa bahawa dirinya tidak penting, jika selalu melalui penderaan emosi dan fizikal. Sama seperti yang berlaku kepada Adlina dalam Senyum Yang Tersembunyi.

“Bukan tu niat aku, Ara. Aku cuma tak nak kau rasa macam aku menyusahkan. Aku tak nak bebankan kau dengan benda-benda remeh.”

Anak tidak boleh membuat keputusan sendiri

Sekiranya anak terbiasa hanya mengikut kata ibu bapa, biasanya, mereka tidak akan berani mengambil risiko dan melakukan hal di luar comfort zone.

“Aku tak tahu apa isu kau dengan Raymond tu. But I want you to sort it out like adults. Bukannya main lari-lari macam tu. Kenapa kau anti sangat dengan dia? Raymond tu baik je aku tengok.”

Menjatuhkan potensi anak

Sekiranya jarang mendapat sokongan emosi, anak tidak akan berani mencuba benda baru.

BACA JUGA  13 Quotes to Heal Your Broken Heart this Ramadan

Anak tidak tahu bagaimana menyampaikan atau menerima emosi sendiri yang pelbagai

Jika luahan perasaan sering tidak didengari ketika mereka masih kecil, mereka mungkin banyak mendiamkan diri dan jadi seorang yang tidak pandai mengenalpasti, apa lagi menceritakan emosi sendiri. Sama seperti yang berlaku dalam buku Senyum Yang Tersembunyi karya Melni…

“Kalau saya beritahu mak apa yang saya betul-betul rasa, mak akan ambil kisah ke?”

Kesimpulan

Peranan ibu bapa sangat penting dalam tumbesaran, dan menentukan personaliti anak. Anak juga perlu melalui proses ‘unlearning’ daripada pengalaman-pengalaman baru yang mereka kumpul, dalam menempuh alam dewasa.

Berminat dengan topik ini? Atau, boleh relate dengan watak Adlina?

Dapatkan novel Senyum Yang Tersembunyi karya Melni di imanshoppe.com sekarang!

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *