Istiqamah dalam beribadah | Reading Journey with SoulSisters: When You Think You’re Falling

Pada 15 hingga 19 January 2025 yang lepas, sebuah program ‘online gathering’ telah diadakan di Telegram Group IMAN yang rasmi untuk buku non-fiksyen berbahasa Inggeris: SoulSisters by IMAN. Kali ini, sesi ini dipandu oleh saudari Hikmah Reads untuk buku When You Think You’re Falling by Ameera Aslam. Alhamdulillah, ramai ‘soulsisters’ yang engaged dalam sesi ini. Banyak sangat ilmu yang kita dapat.

Berikut merupakan perkongsian refleksi Hikmah Reads selepas membaca buku When You Think You’re Falling by Ameera Aslam:

Perkongsian bermula pada hari pertama dengan ‘mindsetting’. Ada beberapa tips yang telah dikongsikan oleh saudari Hikmah Reads untuk membaca buku non-fiksyen dengan lebih berkesan dan menarik:

Tips Membaca Buku Non-Fiksyen

  1. Set niat, tanya persoalan
    • Tanya pada diri, “kenapa saya nak baca buku ni?”, atau “saya nak tahu lebih mendalam tentang topik ini dan ini, agaknya apa yang penulis nak sampaikan dalam buku ni?”
  2. Engage dengan penulisan
    • Highlight ayat yang terkesan atau tulis nota (annotate).
    • Setiap kali habis baca satu bab atau bahagian, tanya balik, “apa point utama dia ya?” dan ringkaskan dengan kata-kata kita sendiri. Sekadar buat ayat dalam kepala pun boleh.
  3. Pause and reflect
    • Tanya “so what?” atau “so what’s in it for me?”. Reflect apa yang kita baru baca dengan kehidupan kita. Macam mana kita nak apply dalam situasi kita?

Apa maksud istiqamah sebenarnya?

“Menarik definisi yang penulis kongsikan.

English: steadfastness, persistence

BM: keteguhan, konsisten, komited

Kalau nak mudah faham: istiqamah itu macam jalan lurus yang kita perlu ikut tanpa tersasar

Bayangkan sisters sedang melalui satu jalan menuju sebuah taman. Kalau sisters belok-belok, mungkin sesat dan tak sampai destinasi.

Jadi istiqamah maksudnya terus ikut jalan itu dengan betul, tanpa berhenti, supaya kita boleh sampai ke destinasi yang diinginkan.”

Dapatkan buku ini di imanshoppe.com

“Jom kita selami kisah penulis dalam Part 1 buku When You Think You’re Falling.

Hidup penulis baik-baik saja sampailah penulis menjumpai buku The Remembrance of Death and the Afterlife oleh Imam Al-Ghazali.

Penulis merasai pengalaman membaca yang tak dapat digambarkan. Kesedaran tentang kematian dan hari akhirat benar-benar memberi impak yang besar buat penulis.

Sejak itu, penulis berazam menjadi Muslim yang lebih baik, sebagai persediaan menghadap Ilahi.

Tapi bukan mudah, sisters. Penulis rasa susah sangat. Macam-macam perkara jadi.

BACA JUGA  Bagaimana Memupuk Budaya Membaca Dalam Keluarga

Sampai penulis rasa, berbaloi ke semua ni?

Saudari Hikmah Reads melontarkan satu persoalan menarik buat semua ahli Group Telegram Soul Sister:

“Sisters pernah tak jumpa buku yang life-changing buat sisters? Macam mana pengalaman sisters?”

Berikut merupakan responds yang menarik telah dikongsikan:

Cakap pasal buku yg beri impak, saya teringat saya penah baca buku You are Loved by Mizi Wahid.. ada satu quotes tu saya suka sgt.. ‘You are beautiful on your own way’.. ayat ni sgt meaningful even sepatah shj.. 

klu ikut kefahaman saya, ayat ini mengingatkan saya bahawa setiap orang mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri💕 ayat ni juga mengingatkan sy untuk tidak membuat perbandingan diri kita dgn org lain✨ — Hana

Dapatkan buku ini di imanshoppe.com

Ayat-ayat ‘Istiqamah’ dalam Al-Qur’an

“Ini saya senaraikan ayat untuk sisters cari.

Perhatikan kalimah yang menggambarkan istiqamah dalam setiap ayat, seperti “fastaqim” dan sebagainya.

Luangkan masa untuk tadabbur dan hayati apa yang Allah nak sampaikan melalui ayat tersebut.

Refleksi diri, dan biarkan ayat-ayat itu meresap ke dalam hati.

1️⃣ Surah Hud (11:112)

Arahan kepada Rasulullah SAW dan umatnya agar tetap teguh dalam kebenaran meskipun menghadapi ujian.

2️⃣ Surah Fussilat (41:30)

Ganjaran bagi mereka yang istiqamah dalam akidah dan amal soleh.

3️⃣ Surah Al-Ahqaf (46:13)

Penegasan janji Allah kepada mereka yang teguh berpegang kepada iman.

4️⃣ Surah Asy-Syura (42:15)

Perintah kepada Rasulullah SAW untuk menyeru manusia kepada kebenaran dan tidak terpengaruh oleh keinginan mereka.

5️⃣ Surah Al-Jinn (72:16)

Allah menjanjikan rahmat dan rezeki kepada mereka yang istiqamah di jalan Islam.

“Selain itu, kalimah yang kita selalu sebut tapi tak perasan ia bersangkut paut dengan istiqamah 

= siratal mustaqim.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus.” (Al-Fatihah: 6)

Sama kan macam definisi yang kita bincangkan di atas?

Ada banyak ayat Quran yang menyebut siratal mustaqim ini. Yang itu, mungkin sisters boleh cari pada waktu lain pula.”

Istiqamah bukan tentang kesempurnaan

Dapatkan buku ini di imanshoppe.com

“Dalam Chapter 2, saya suka bila dapat perspektif baru tentang istiqamah. Sebelum ini, mungkin kita salah faham tentang apa itu istiqamah.

Kita sebagai manusia, tak sempurna, sisters.

Allah kan Pencipta kita?

Dah tentu Dia tahu kelemahan dan ketidaksempurnaan kita.

Jadi, kenapa kita kadang-kadang letakkan standard yang terlalu tinggi pada diri sendiri, sampai kita rasa tak mampu capai? Akhirnya, kita kecewa.

Istiqamah bukan tentang kesempurnaan.

Istiqamah adalah tentang konsistensi—tentang usaha yang berterusan walaupun kecil.

Dan walaupun kita jatuh, yang Allah nilai adalah bagaimana kita bangkit semula dan terus kembali kepada-Nya. ❤️‍🩹”

Bagaimana untuk menjaga hubungan dengan Allah?

Dapatkan buku ini di imanshoppe.com

“Saya tertarik dengan kupasan penulis dalam Chapter 3 tentang Rituals of Connection. 

BACA JUGA  Suka Membaca Self-Help? 6 Penerbit Anda Wajib Tahu

Apa amal kita untuk jaga hubungan dengan Allah?

“I had a relationship with Allah but I was not invested in it nor was I aware that I was responsible for my part in that relationship.” – page 66

Kata-kata ini menyedarkan kita bahawa hubungan dengan Allah memerlukan usaha dan kesungguhan daripada pihak kita juga. 

Sejauh mana kita benar-benar berusaha untuk menjaga dan memperkuat hubungan itu?”

Sometimes you need to engage in a different kind of ibadah to motivate yourself to keep investing in your relationship with God.” – page 69

Menarik cadangan penulis ini: to engage in a different kind of ibadah.

Sisters, kalau kita rasa sukar nak konsisten dalam semua amal, cuba mulakan dengan ibadah yang paling kita suka atau rasa mudah untuk dilakukan.

Setiap orang mesti ada amal yang dekat di hati, kan? Favourite ibadah gitu.

Penulis juga ada berkongsi beberapa cadangan amal menarik dalam page ini. Mungkin ada yang boleh kita jadikan inspirasi untuk menambah baik hubungan kita dengan Allah.”

Penutup

🌌 Rahmat Allah itu seluas langit dan bumi—lebih luas daripada gambaran angkasa dalam cover buku When You Think You’re Falling.

🪁 Kalau kita rasa seperti paper plane dalam cover buku, tertarik oleh graviti dosa atau kelemahan diri, ingatlah: rahmat Allah sentiasa ada untuk mengangkat kita semula. 

Tak kira sejauh mana kita jatuh, Allah tak pernah meninggalkan kita.

🌬️ Ramadan yang akan datang ini adalah peluang terbaik untuk kita menyesuaikan arah perjalanan.

Anggaplah ia sebagai angin rahmat yang akan membantu paper plane kehidupan sisters terbang lebih tinggi, lebih dekat kepada Allah.

🛤️ Semoga paper plane kehidupan sisters terbang menuju angkasa rahmat-Nya yang luas, meskipun jalannya mungkin berliku, penuh cabaran.

Yang penting, jangan pernah berhenti meminta Allah memandu kita ke jalan yang lurus, siratal mustaqim.

🛫 Istiqamah bukanlah tentang perjalanan yang sempurna, tapi tentang terus berusaha walaupun terasa berat. 

Semoga Ramadan ini menjadi permulaan untuk kita memperkukuh langkah dan membawa kita lebih dekat kepada-Nya.

Keep soaring, soul sisters. 🌸


Mahu dapatkan buku ‘When You Think You’re Falling by Ameera Aslam’? Boleh dapatkan di imanshoppe.com

Minat buku-buku English non-fiksyen?

Boleh sertai Telegram Group: SoulSisters by IMAN untuk sertai perkongsian ilmiah dari semua soulsisters kita di sana!

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *