Gaza: Mengapa Israel Merebut Palestin

Kita selalu lihat berita, apa yang berlaku di Palestin. Tapi sebenarnya, adakah kita benar-benar memahami apa yang berlaku di sana?

Konflik Arab-Israel di Palestin mempunyai sejarah yang amat panjang. Ia memakan masa kira-kira hampir 200 tahun iaitu semenjak dari zaman para nabi lagi. Ramai yang peka dengan peristiwa terkini yang berlaku di bumi anbiya’ ini tapi tidak ramai yang maklum dengan sejarah asal atau punca berlakunya konflik yang tidak berkesudahan ini.

Pertama sekali kita perlu tahu, dari mana asal usul penempatan asal Kaum Yahudi?

Asal usul penempatan asal Kaum Yahudi (Sebelum kurun ke-19)

Tahukah kita, Yahudi pada tahun sebelum kurun ke -19, mereka tidak memiliki negara sendiri!

Mereka ditindas, dihalau dan merempat di seluruh dunia kerana angkuh dan terlibat dalam konspirasi jahat. Sebahagian daripada Yahudi berada di Eropah, Rusia, Afrika, Iran dan Asia. Manakala sebahagian lain pula di negara-negara kerajaan Uthmaniyah (Mesir, Algeria, Libya, Maghribi dan Tunisia).

Istimewanya rakyat yang berada di bawah Kerajaan Uthmaniyah, mereka:

  1. Diberi hak kerakyatan
  2. Dibenarkan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan
  3. Bebas bermusafir dan menetap di mana-mana bahagian dalam empayar Uthmaniyah
  4. Sekatan hanya kepada bukan warganegara sahaja

Kaum Yahudi di Eropah (Selepas kurun ke -19)

Pada ketika ini, Kaum Yahudi di Eropah TIDAK PERNAH merasa apa-apa keistimewaan

  1. Yahudi mula menempat di Palestin untuk mendirikan negara antara Sungai Nil hingga Sungai Furat (Euprathes)
  2. Pemimpin Yahudi seperti Rotchild telah membeli tanah-tanah di Palestin
  3. Pembinaan penempatan pertanian Yahudi langkah pertama kepada perampasan tanah Palestin.
BACA JUGA  Pelancaran Box Kit Little IMAN | Istimewa SIBF 2024

Bagaimana Yahudi Berjaya Memperolehi Tanah di Palestin

Untuk pengetahuan, Kaum Yahudi telah membeli tanah-tanah Palestin daripada:

  1. Keluarga Arab Palestin bukan Islam
  2. Keluarga Palestin yang tinggal di luar Palestin
  3. Orang Yahudi warganegara empayar Uthmaniyah
  4. Membeli tanah-tanah berharga rerndah dan tiada penyewa
  5. Membeli tanah milik petani dan penternak miskin yang berhutang kepada tuan tanah

Migrasi Orang Yahudi Ke Palestin

Terdapat 2 strategi yang dilakukan untuk membawa orang Yahudi masuk ke Palestin secara beramai-ramai:

Strategi 1: Sentimen Agama Yahudi

Mereka percaya bahawa Al-Masih Penyelamat akan muncul di Jerusalem, Palestin untuk kalahkan musuh Yahudi, dan memerintah dunia berpandukan kitab Taurat. Gerakan Zionis percaya bahawa bangsa Yahudi perlu segera berhijrah ke Palestin untuk mempercepatkan kemunculan al-Masih.

Herzl meminta pendeta Yahudi memainkan sentimen agama untuk menyeru orang Yahudi bahawa idea ‘kembali ke Palestin’ adalah satu kewajipan dalam agama.

Kepulangan ke Palestin ini dianggap sebagai langkah pertama menuju syurga yang telah hilang (Palestin), salah satu rukun iman mereka. Propaganda ini telah berjaya mengumpulkan 50 ribu orang Yahudi di Palestin dalam tempoh 1 tahun sahaja (Januari 1908 M – Mac 1909 M)

Strategi 2: Rasuah

Pada tahun 1882 Masihi, Sultan Abdul Hamid mengarahkan gabenor Al-Quds untuk menghalang orang Yahudi bukan warganegara Uthmaniyah daripada memasuki Palestin, kecuali ketika haji dan ziarah Jerusalem, dengan syarat:

  1. Tidak lebih 3 bulan
  2. Pasport pelawat digantikan dengan pasport merah sementara

Sebahagian besar daripada Yahudi memasuki Palestin melalui jaalan laut (kapal).

Kawalan di pelabuhan Palestin diperketatkan. Namun, pegawai di pelabuhan Jaffa sering menerima rasuah dan menghantar laporan palsu setiap bulan kepada gabenor.

Setelah itu, Yahudi terus bebas menceroboh masuk Palestin.

BACA JUGA  Bagaimana Memenangi Hati Pasangan?

Semua kisah dan sejarah ini ada diceritakan dalam Komik Gaza Mini, terbitan IMAN Publication.

Dengan pembinaan watak daripada nama-nama tempat di Palestin, bantuan infografik, diselitkan quote daripada tokoh-tokoh dunia, dan semestinya, penceritaan yang menarik, Komik Gaza ini sangat sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur (kanak-kanak, ibu bapa mahupun orang dewasa) supaya kita lebih cakna dengan isu Palestin, dengan izin Allah.

Ayuh miliki Komik Gaza Mini Palestin sekarang di www.imanshoppe.com sebagai salah satu pendedahan awal kepada semua mengenai konflik sebenar yang berlaku di Palestin. Teruskan mengambil tahu cerita-cerita saudara kita di sana!

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *