Table of Contents
Sekitar SIBF 2024
Masih ingat kenangan kita di Selangor International Book Fair 2024?
Buat kali pertama, SIBF 2024 dilakukan di Setia City Convention Centre 2 (SCCC 2), Shah Alam, di Hall 1 & 2. Ini demi memenuhi permintaan pembaca buku yang mahukan tempat yang lebih luas dan selesa untuk melihat-lihat buku, serta dapat menampung ramai pengunjung. Sebelum ini SIBF diadakan di MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan SACC (Shah Alam Convention Centre), dengan jumlah hari sebanyak 10 hingga 11 hari.
Acara ini berlangsung pada 27 November hingga 3 Disember 2024, pada 9 pagi hingga 10 malam. Pengunjungnya lebih ramai daripada kalangan pelajar sekolah, memandangkan penganjur SIBF 2024 sendiri, PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) banyak memasarkan acara ini di sekolah-sekolah.
Bangunan SCCC 2 ini memuatkan sebanyak 244 pempamer, daripada kategori penerbit buku, penerbit buku universiti dan kedai buku. Pelbagai pilihan disediakan untuk para pengunjung dari segi buku kanak-kanak, buku motivasi agama, self-help, bahasa Inggeris, malah buku-buku yang dibawa khas daripada luar negara dan negara jiran kita di Indonesia.
Menariknya, ini kali pertama ada reruai yang dibuka khas buat pencinta buku — reruai mengandungi ‘book supplies’ di booth Grid Grad. Meriah betul tengok ramai berebut-rebut dapatkan book sleeve, cover buku, penanda buku, totebag, dan banyak lagi barang-barang comel untuk pencinta buku.

Seawal jam 10 pagi lagi, booth IMAN sudah meriah dengan pengunjung. Jumlah pengunjung lebih kurang pada sebelah malam, selepas 6 pm sehingga 10 malam. Jadi sebelah malam adalah masa yang paling tepat untuk bersantai melihat-lihat buku bersama kawan dan keluarga.
Selain bayaran secara tunai dan e-wallet, pengunjung juga boleh membeli buku menggunakan voucher MySiswa atau Kota Buku.
Rata-rata yang datang daripada booth IMAN adalah daripada mereka yang mengenali penerbit IMAN daripada kalangan ibu bapa, anak, dan kawan-kawan. Di sebelah petang pula SIBF 2024 banyak menerima pengunjung daripada kalangan dewasa dan keluarga.
Di booth IMAN sendiri, rak-rak buku bahagian novel dikerumuni oleh pelajar sekolah. Ramai yang datang secara berkumpulan dan bertanyakan buku-buku laku laris yang trending di platform TikTok.
Berdasarkan data jualan IMAN juga, yang mendapat tempat di hati pengunjung kebanyakannya adalah buku kategori novel, diikuti oleh self-help, motivasi agama dan komik.
Berikut merupakan Top 10 Bestseller IMAN di SIBF 2024:

Bayang Sofea

Kali pertama Teme Abdullah menulis novel bertemakan misteri! Novel ‘Bayang Sofea’ begitu laku keras sehinggalah habis stok pada petang hari pertama! Kak Iman sampai kena selalu ‘monitor’ dan menambah stok buku di rak. Sesiapa yang rasa terinspirasi dengan penulisan Teme Abdullah daripada Siri Jalanan, Bayang Sofea ini wajib masuk dalam koleksi anda.
Semesta Terakhir Untuk Kita

Ada peminat Ainulfarihah di sini? Di SIBF 2024, Ainulfarihah betul-betul ‘all-out’ sehingga keluar buku daripada 3 buah penerbit. Beliau keluar dengan Trilogi Box Set: Vehaen, karya bersama Manes Woodwork, Semesta Terakhir Untuk Kita, karya bersama IMAN Publication dan Yang Paling Patah Antara Kita, karya bersama JIWA.

Kita Cuma Kawan Kan?

Buku terbaru penulis Auni Zainal ini juga kerap kali disambar di SIBF 2024! Sepanjang Auni Zainal berada di booth IMAN, ramai yang datang secara konsisten untuk dapatkan tandatangan dan tak lepaskan peluang untuk bergambar buat kenangan. Buku ‘Kita Cuma Kawan, Kan?’ ini pula, kali pertama penulis Auni Zainal mencuba menulis romantik komedi, daripada POV watak seorang artis!
Saksikan keletah dan kisah cinta antara seorang pemandu Grab dan seorang penyanyi terkenal dalam buku ini.
Jangan Kacau Aku Boleh Tak?

Sukakn cerita dengan ‘trope’ ‘enemy to lover?’. Buku Jangan Kacau Aku Boleh Tak? ini konsisten menjadi pilihan ramai dan asyik bestseller secara online, mahupun di SIBF 2024. Boleh tahan ramai juga adik sekolah kita yang bertanyakan tentang buku ini gara-gara melihat buku ini asyik viral di TikTok!
Buku Aidil Ghazali yang terbaru ini mengisahkan perhubungan antara Ehsan, seorang ahli tinju yang kehilangan semangat dan minatnya setelah melalui satu tragedi kehilangan. Ikuti ‘banter’ antara Ehsan dan Dahlia dalam buku ini!
Thinking of Loving You

Sebelum ini setiap kali pesta buku, mesti ada yang tanya Kak Iman, “IMAN tak ada novel English lain ke… selain novel Norhafsah Hamid?”
Ha… kali ni di SIBF 2024, kami bawakan novel English terbaru, novel debut daripada penulis Ain Nabilah. Bayangkan, bagaimana kalau orang yang kita sayang, yang kita percaya, itulah yang mengkhianati kita? Ketahui perjalanan cinta antara dua watak ini dalam buku English terbaru IMAN, Thinking of Loving You!
Kenapa Hidup Makin Sunyi?

Dah miliki buku peneman jalan dewasa yang sunyi ini?
Buku ini juga antara rebutan di SIBF 2024 dan baru kita launch Oktober lepas. Buku ini menggabungkan tulisan tangan daripada 2 profesional – penulis Dr Norul Madihah (doktor gigi dan content creator) dan Dr Rozanizam Zakaria (doktor psikiatris klinikal). Membaca buku ini buat kita lebih menghargai sisi kesunyian, dan mencadangkan cara bagaimana kita boleh menggunakan momen sendiri itu untuk membina diri yang lebih baik.
Pada Masa Yang Terhenti

Novel yang selalu dipuji di #Booktok, karya pertama penulis Osman Deen dengan IMAN Publication. Novel ini selalu mendapat pujian kerana penulisannya yang menyentuh hati dan boleh buat anda menangis! Buku ini diceritakan daripada sudut pandang watak utama yang merupakan seorang ‘caretaker’ (penjaga) untuk ayahnya yang menghidap penyakit kanser tahap kronik.
Novel ini mengisahkan tentang watak utama, Malik, yang kusut kerana mengenangkan masa ayahnya yang sudah singkat di dunia, dan mengutus surat kepada malaikat maut. Surat itu sampai pada tangan Kuntum, seorang gadis yang hidup di masa lalu. Berjayakah Kuntum menyelamatkan Malik? Jawapannya ada dalam buku ini.
Rahmah

Jika ditanya, inilah buku kegemaran Kak Iman untuk 2024! Buku ini mengupas isu self-love (swacinta), dengan membawa perspektif daripada Al-Qur’an dan hadis. Ini adalah buku kedua Ustaz Muzuza bersama IMAN, selepas Al-Qur’an Untuk Kita.
Dalam buku ini, penulis bercerita secara rinci tentang bagaimana kita boleh mencintai diri sendiri dan bagaimana berhadapan dengan ujian dengan sabar. Tidak hanya berbicara sekitar ‘sabar’, bahkan penulisan Ustaz Muzuza juga meraikan rasa sedih sebagai salah satu perasaan yang menjadikan kita manusia, di samping mengingatkan kita untuk melihat ujian sebagai rahmat Allah, dan sebahagian daripada perancangan Tuhan.
Siapa Sangka Terjatuh Cinta

Novel Siapa Sangka Terjatuh Cinta ini konsisten menjadi bestseller dan pilihan pembaca, termasuklah di SIBF yang lepas.
Novel pemenang Sayembara Novel IMAN karya Violetfasha ini mengisahkan tentang Mawarti yang membawa diri di tempat baharu, berkenalan dengan jiran baharunya, Arif yang terlihat penyibuk dan ‘busy body’. Bermula dari benci, hubungan mereka bertukar menjadi suka. Mereka semakin rapat berkawan, dan saling memahami luka silam. Tanpa disangka, ada rasa cinta yang berputik dalam hati mereka. Kalau nak tengok celoteh Arif dan Mawarti, kenalah baca novel ni!
Redha

Ustaz Irfhan Fitri antara yang rajin datang ke booth, mempromosikan buku beliau sendiri – REDHA. Selain daripada ilutrasinya yang lebih dekat dengan Gen Z, penulisan beliau juga lebih memahami ‘struggle’ anak muda. Dalam buku ini beliau ada berkongsi kisah sebenar daripada pengalaman hidupnya sendiri, dan bagaimana beliau mencapai redha, tanpa menafikan emosi yang bergelumang dalam diri.
Gambar sepanjang SIBF 2024










Nantikan IMAN di SIBF 2025!
Berminat menyokong usaha IMAN dalam menyebarkan ‘great contents’?
Dapatkan buku-buku terbaik yang kami dah curate khas untuk keperluan mental dan spiritual anda di imanshoppe.com