5 Cara Berdepan Dengan Manusia Toksik

“Macam mana kalau dalam hidup kita, kita kena berhadapan dengan orang toksik? Lagi-lagi kalau orang toksik ni datang daripada orang terdekat — keluarga kita sendiri?”

Pertama sekali, kita tidaklah boleh suka hati meletakkan label ‘toksik’ pada orang lain. Kita perlu faham, apa maksud ‘manusia toksik’ yang sebenarnya supaya mudah kita berdepan dengan masalah ini.

Komunikasi yang teruk

Pernah berjumpa dengan orang yang suka mengumpat, memperlekehkan, mengaibkan, atau suka melaga-lagakan orang sehingga menyebabkan persaingan yang tidak sihat? Apa yang kita dengar dari dia, berbeza daripada apa yang orang lain dengar? Suka berkomunikasi secara agresif dan menggunakan provokasi?

Ini antara tanda-tanda kalian sedang berhadapan dengan manusia toksik.

Mempunyai ciri-ciri ‘Narcissist’

Seperti mana ‘toksik’, kita juga tidak boleh sesuka hati melabel seseorang itu narcissist. Antara ciri-ciri individu narsissis adalah:

  • Rasa mereka ‘di atas’ orang lain dan perlu dilayan secara istimewa
  • Suka memanipulasi dan mengawal keadaan agar hanya perkara menguntungkan kepadanya sahaja yang berlaku.
  • Kurang empati. Tidak dapat meletakkan dirinya pada ‘kasut’ orang lain.
  • Mahu diri ‘dipuja’ atau dikagumi
  • Bongkak. Boleh bertindak biadab kepada orang lain jika keadaan tidak memihak kepadanya.

Suka Kak Iman nak memetik quote daripada buku terbaru IMAN, ‘Susahnya Hidup Dengan Manusia’,

‘Orang narsissistik obses untuk dihormati, disanjung dan dipuja. Dia mempunyai tahap keyakinan diri yang terlebih tinggi sehingga tahap yang tidak realistik (pencapaian sebenar tidak sehebat yang disangka). Individu seperti ini biasanya tiada celik akal yang jelas tentang bagaimana cara fikirnya, kata-katanya, dan tindakannya boleh memberi impak yang tidak baik kepada orang sekeliling. Dia tidak boleh melihat perspektif orang lain.’

Bersikap manipulatif

Orang toksik memang suka memanipulasi keadaan demi memenuhi kepentingan sendiri. Ada masanya mereka berlepas tangan dan suka menyalahkan orang lain dalam setiap perkara. Mereka juga terbiasa bermuka-muka.

BACA JUGA  Making Peace With Your Process Towards Detachment From The Dunya

Contohnya dapat dilihat dalam buku ‘Susahnya Hidup Dengan Manusia’, apabila Farid diminta mengendalikan projek sendirian, tapi atas nama kumpulan. Kemudian, pegawai atasannya menyalahkan Farid apabila keadaan tidak berlaku seperti yang diharapkan. Walhal pada dasarnya, Farid hanya melaksanakan kerja yang sebenarnya milik si pegawai atasan.

Dalam situasi ini, si manusia toksik mungkin melakukan teknik ‘gaslighting’ untuk mengelirukan kita, sepertti yang diterangkan di dalam buku:

Tiada work/life balance sehingga kerap burnout

Selalu diminta menyiapkan tugasan di luar waktu kerja? Perlu menghantar emel, membalas mesej, sehingga tidak sempat rehat dan menjejaskan kesihatan?

Mungkin kita perlu periksa semula, adakah berbaloi untuk kita terus bekerja atau kekal dalam persekitaran itu.


Baiklah, sekarang kita sudah kenalpasti ciri-ciri manusia toksik kan? Ada beberapa di atas yang kalian sangatlah boleh relate? Habis, macam mana nak selesaikan masalah ini?

Ha… berikut adalah:

5 Cara Untuk Berdepan Dengan Manusia Toksik

1. Berkomunikasi secara asertif.

Apa maksud komunikasi secara asertif? Mengikut buku ‘Susahnya Hidup Dengan Manusia,’ asertif bermaksud, kita cuba mendengar pandangan orang lain, tapi pada masa yang sama meluahkan pandangan sendiri secara tegas, tetapi masih beradab dan sopan.

Ketika ini, elakkan berkomunikasi dengan orang toksik secara pasif (contoh: mengelak daripada berjumpa, mendiamkan diri sebagai hukuman), dan agresif (disertai nada marah, herdikan…)

via GIPHY

2. Kurangkan interaksi dan tapis apa yang diperkatakan kepada kita

Kita tidak perlu untuk terus berkomunikasi dengannya, jika tiada keperluan. Elakkan bertanya soalan atau menjawab soalannya dengan panjang. Dalam situasi ini, lebih baik kalau kita diam sahaja.

Sekurang-kurangnya kita menutup ruang untuk dia menyakiti kita.

3. Dokumenkan segalanya

Pastikan catit segala kerja atau arahan yang telah dia berikan sebagai bukti. Jangan takut untuk mempertahankan diri sekiranya semua bukti sudah ada.

BACA JUGA  Melawan ketakutan dalam diri : mesej terbesar Amukan Manusia Ciptaan oleh Syeraho

Menurut penulis buku ‘Susahnya Hidup Dengan Manusia’, langkah yang baik adalah dengan menangguhkan respons kita.

Elakkan daripada memberi kata putus dan bersetuju dengan permintaan mereka, dengan cepat. Dengan ini, kita boleh mengambil masa secukupnya untuk menimbang tara dan membuat keputusan.

via GIPHY

4. Bantu urus jangkaan

Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugasan kecil (bite-size task). Bahagikan juga mengikut prioriti. Ini juga dapat menguruskan masa kita dan lebih mudah untuk menjayakan tugas.

5. Berbincang dengan ketua tentang pembahagian tugas

Jangan rasa tertekan untuk selesaikan semua tugas sendirian. Bincanglah dengan ketua untuk menguruskan tugas secara berstrategi. Bahagikan kerja yang dipecahkan kepada beberapa tugasan kecil tadi, dan sesuaikan dengan siapa yang bertanggungjawab ke atasnya.

Jika tugas sudah dibahagikan secara jelas dan didokumenkan, kita ada bukti untuk mempertahankan diri kita nanti.

via GIPHY


Banyak lagi tips praktikal dan solusi, bagaimana untuk berurusan dengan manusia toksik.

Ada dalam kombo dua buku terbaru IMAN, ‘Susahnya Hidup Dengan Manusia’ dan Mendewasa Dengan Luka

Jangan lupa dapatkan di imanshoppe.com

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *