Cover Buku ‘Barbie’, Isi Buku Oppenheimer?

“Cover novel IMAN semua comel, banyak yang warna merah jambu. Ingatkan cerita happy go lucky. Rupanya….” *menangis

Pembaca novel IMAN mesti faham kan?

Ramai yang jatuh cinta dengan kecomelan kulit buku novel IMAN. Bila baca, berbunga-bunga hati! Tergelak ketawa, tersipu malu, bertepuk tampar. Tapi sedar-sedar dah mengalir air mata.

Bukanlah novel IMAN ini semuanya sedih. Banyak juga novel santai, happy-happy. Cuma novel IMAN dibentuk mengikut struggle yang dialami oleh kehidupan sebenar pembaca. Kerana itu di sebalik tawa itu, diselit juga pahitnya realiti.

Hiburan dapat. Pengajaran, ilmu dan teladan hidup pun dapat. Indah kan?

Ini novel-novel IMAN dengan cover warna merah jambu, comel bak Barbie, dengan isi dalam yang boleh buat kalian termenung panjang seperti filem Oppenheimer:

Siapa Sangka Terjatuh Cinta karya Violetfasha

Ikuti kisah cinta antara Mawarti yang pendiam (introvert), dan Arif yang terlebih peramah (ekstrovert)!

Rimas dengan sikap abang-abang yang over-protective, Mawarti memutuskan untuk berpindah rumah supaya hidupnya lebih aman. Arif pula, curiga apabila melihat ramai jejaka keluar masuk rumah jiran barunya — Sah, jirannya ada sugar-daddies! 

Sangkaan Arif meleset apabila mengetahui jejaka-jejaka itu sebenarnya abang-abang Mawarti. Sejak itu, Arif menjadi runner tak rasmi Mawarti untuk beli barang-barang dapur sebagai tanda meminta maaf.

Pertemuan mereka akhirnya membawa mereka saling memahami luka lalu yang dipendam. Tanpa sedar, ada sekelumit perasan sayang timbul dalam diri masing-masing, namun mereka berdua, masih ragu.

Introverts are not depressed but they are just human beings who like to be alone.

Definisi bahagia aku mudah, dan aku tenang bila dapat buat benda yang aku suka. Untuk apa gapai bintang setinggi langit kalau akhirnya kita dapat buat pun benda yang kita suka. Bahagiakah itu?

Will You Love Me karya Norhafsah Hamid

Warna krim cerah, rama-rama ungu dan hijau lembut juga bertepatan dengan warna Barbie. Dengan kulit buku secomel ini, siapa sangka novel Will You Love Me ini mampu buat kawan-kawan menitiskan air mata? Tak percaya? Boleh tonton sendiri review kawan-kawan pembaca kita di TikTok!

In this book, award-winning author Norhafsah Hamid takes the reader on a heartwarming journey of struggles, loneliness, and heartbreak before finding hope and love amidst it all.


Struggling to fit in all her life, Nieza, a cardiologist, decided that it was time for her to move back home to Malaysia. With one of her best friends leaving and the other busy with oncologist training, she felt that there was nothing left for her in Liverpool. Then, a man from her past unexpectedly appeared and stirred up new, unfamiliar emotions within her. He awakened a feeling she never knew existed. As fate threw them in each other’s path, they found out that they share similar struggles – isolation and loneliness. However, they soon realised that while a life designed by God is beautiful, it is not without obstacles. Just as Nieza began to feel like she belonged, her faith was put to the test. Will she be able to weather the storm and open herself up to love again?

Some people are meant to stay in her life, and some people are only meant to pass through.

Mengejar Mimpi Sempurna karya Auni Zainal

Kulit buku Mengejar Mimpi Sempurna di mana designer IMAN bereksperimen dengan tona merah jambu, merah, ungu dan biru yang berbeza-beza ‘shades’. Sinonim dengan Barbie. Setiap bayang pada rimbun pohon, silhouette pada jalan raya dan garisan putus-putus. Semuanya memberi bayangan kepada tema cerita ini. Kalau disusun di rak buku, seperti melihat terus ke arah lukisan cat air!

BACA JUGA  3 Tips Rumah Tangga Bahagia Daripada Para Nabi

Nadiah mahu mengubah takdirnya. Khalis mahu mengawal hidupnya. Kedua-duanya mahukan kesempurnaan.

Nadiah mengabaikan Khalis ketika mereka kehilangan anak. Saat tersedar, semuanya sudah terlewat. Bergelut dengan rindu dan sesal, diari merah seolah-olah menawarkan harapan. Tidak semena-mena, Nadiah terlontar ke ‘masa lalu’.

Nadiah bingung sehinggalah dia menyedari bahawa dia masih berpeluang menyelamatkan hubungan dengan khalis. Namun, keadaan menjadi lebih teruk apabila orang lain pula yang menerima padah.

Khalis pula terhimpit dengan masalah keluarga. Berbapakan lelaki tidak bertanggungjawab, dialah yang terpaksa menyara mereka. Khalis percaya bahawa nasibnya hanya akan berubah dengan usaha keras.

Pada takdir kali ini, mengapa Nadiah harus kehilangan lagi? Dan adakah usaha Khalis mampu melindungi?

“Kalau kehilangan dan ujian itu yang kita perlukan, maka mungkin itulah keadilan untuk kita. Itu yang Dia mahukan untuk kita. Jadi, jangan kesal, Khalis….” – Diari Nadiah

“Berbahagia dengan yang masih ada, walau kehilangan segala.”

‘…apabila ada dua orang yang sedang bersedih, salah seorang harus kuat untuk memujuk yang lain.’

‘Adil itu tidak bermaksud kita dapat segala apa yang dimahukan. Ia lebih kepada kita dapat apa yang diperlukan. Kalau kehilangan dan ujian itu yang kita perlukan, maka mungkin itulah keadilan untuk kita.’

Biar Sembuh Luka Semalam karya Aidil Ghazali

Tengok buku ni, mesti perut berkeroncong kan? Haha. Kak Iman pun masih terbayang-bayang pastri croissant, roti, dan kek yang diceritakan dengan penuh menggiurkan dalam novel Biar Sembuh Luka Semalam ini. Ini karya Aidil Ghazali yang pertama bersama IMAN. Dan semestinya, sinonim dengan tema cerita yang membawa vibe ‘heartwarming’ seperti Barbie, vibe selesa dan kedai bakeri, buku ini mengambil latar belakang warna merah jambu lembut.


Satu keputusan yang dibuat oleh Nita mengakibatkan ayahnya lumpuh seumur hidup. Sejak itu, Nita enggan memutuskan apa-apa. Urusan bisnes Bakeri Jalan Tiung bulat-bulat diserahkan kepada pembantu, walaupun dialah pemilik bakeri. Sekecil-kecil urusan pun membuatkan Nita teragak-agak.

BACA JUGA  Apakah itu PODCAST dan apa kelebihannya?

Nita, gadis lincah dan pemberani langsung berubah penakut.

Tanpa sedar, sikapnya mengundang satu per satu masalah. Bakeri makin merugi. Pekerja pula membuat onar. Lebih membingungkan apabila sebuah bakeri baharu yang gah muncul sebagai pesaing.

Ketika semakin buntu, Haris, seorang cef pastri dari Perancis cuba menawarkan bantuan. Kemunculannya memberi sinar harapan kepada Bakeri Jalan Tiung. Namun tidak pada Nita, kerana kepulangan Haris hanyalah menoreh luka lama.

Semakin dia cuba menghindar, semakin itulah dia harus memutuskan. Sehinggalah dia tersedar bahawa kesilapan bukan untuk ditakuti, tetapi didepani dengan berani.

“Setiap orang ada sebab masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua.”

“Tiada siapa pilih untuk jatuh, tetapi kita boleh pilih untuk bangun.” 

Rumah Tak Mesti Bahagia karya Arif Zulkifli

Dan terakhir, semestinya buku terbaru IMAN, Rumah Tak Mesti Bahagia. Ini karya kedua daripada penulis Arif Zulkifli, di bawah IMAN, selepas buku sebelumnya, Hijrah. Masa mula-mula desain kulit buku ini ditayangkan kepada semua Kak dan Bro Iman, kami semua suka sangat! Begitu indah dan comel lukisannya, dengan lukisan ros putih pada meja, telefon bimbit yang sedang berdering (terpapar naama ‘Abi’, dan lakaran seorang tua di atas kerusi roda bersama seorang lelaki. Ha… semua ini adalah klu kepada cerita ni tau? Termasuklah origami gajah di tingkap. Nampak biasa, tapi bila dah mula baca, bahagian origami gajah ini yang ramai menitiskan air mata terharu.


Abi Umi ni tak pernah faham Ain!

Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Namun setiap kali Ain suarakan keinginannya, semuanya ditentang.

Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat.

“Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain.”

Jika mereka tidak pernah mendengar, mampukah mereka faham?

Keadaan berubah apabila Ain berada di Laman Harmoni sebagai penjaga orang-orang tua. Pertemuan dengan Pak Yazid, yang bersikap misteri, perongos, dan cerewet, membuatkan Ain ingin mengenalinya.

Rupa-rupanya, mereka berkongsi duka yang hampir sama; Ain takut dibenci, Pak Yazid takut ditinggalkan. Andai rumah bukan lagi tempat pulang, mampukah mereka berjumpa ruang damai itu?

Esok masih ada. Walau ada banyak benda buruk terjadi pada kita, nantikanlah hari esok, kerana kita ada peluang untuk cuba lagi sekali.

“Sungguh, kadangkala tempat pulang kita, suaka kita itu bukanlah terletak pada darah daging kita sendiri.”


via GIPHY

Ada antara buku-buku ni yang kawan-kawan dah baca? Janganlah segan tinggalkan review ya di Goodreads dan social media. Makin bersemangat penulis kalau baca luahan perasaan dari kawan-kawan.

Atau koleksi novel IMAN belum lengkap?

Jangan lupa dapatkan di www.imanshoppe.com !

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *