Table of Contents
Pengenalan Siri Yang Hilang
Bak kata Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah ad-Da’iyah & Hasrizal Abdul Jamil, Seni Berfikir Yang Hilang;
“3 bekalan untuk seorang da’i (Muslim); ilmu, iman dan akhlak.”
Bagi yang belum membaca lagi Siri Yang Hilang oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, ini adalah peluang terbaik untuk anda ketahui lebih lanjut tentang siri ini dan kenapa anda perlu membacanya.
Siri Yang Hilang ini bermula dengan Seni Berfikir Yang Hilang yang diterbitkan pada Januari 2020.
Buku ini merupakan saduran kepada sebuah karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berjudul Thaqafah Al-Da’iyah (Ilmu Para Pendakwah).
6 ilmu yang menjadi tunjang karangan tersebut disyarahkan semula oleh Ust Hasrizal dalam bentuk yang lebih sederhana, semasa dan bernuansakan tempatan.
Enam Ilmu yang digariskan adalah: Al-Thaqafah Al-Diniah (Ilmu Agama), Al-Thaqafah Al-Tarikhiah (Ilmu Sejarah), Al-Thaqafah Al-Adabiah Wa Al-Lughawiah (Ilmu Sastera dan Bahasa), Al-Thaqafah Al-Insaniah (Ilmu Kemanusiaan), Al-Thaqafah Al-Ilmiah (Ilmu Sains) dan Al-Thaqafah Al-Waqi’iah (Ilmu Hal Ehwal Semasa)
Persoalan utama yang dirungkaikan oleh karangan ini adalah pengintegrasian ilmu dalam menilai sesuatu kes. Sebagai contoh, menilai isu hudud pada hari ini menuntut untuk sekurang-kurangnya mempunyai asas ilmu agama, ilmu perudangan, ilmu sosiologi dan ilmu sejarah. Bukan dibahaskan semata-mata dalam kerangka ilmu agama.
Buku kedua dikeluarkan pada Januari 2021 adalah buku Erti Beragama Yang Hilang.
Buku ini merupakan saduran kepada kitab Maza Ya’ni Intima-i Lil Islam (Apa Erti Aku Menganut Islam) karangan Syeikh Fathi Yakan.
Asasnya, buku ini membawa ke hadapan persoalan kesyumulan dalam beragama khususnya buat seorang Muslim.
Ia merungkaikan sudut-sudut beragama yang biasa dilakukan oleh seorang Muslim secara ritual seperti akidah dan ibadah lalu menghubungkan sudut-sudut beragama yang kadang kala tidak dilihat sebagai suatu yang besar kepentingannya seperti akhlak dan perhubungan antara manusia dalam keluarga dan masyarakat.
Buku ini turut menekankan bahawa kita perlu yakin masa depan ketamadunan dunia ini adalah untuk Islam lalu perlu bekerja keras untuk membangungkannya.
Bab penutup buku ini juga terkandung nota yang sangat penting kerana memaparkan enabler atau pemboleh kepada segala cita-cita besar yang dinyatakan sebelumnya. Iaitu kita harus mampu mengawal dan mengendalikan diri kita.
Sebagai penutup trilogi Yang Hilang, Sisi Berakhlak Yang Hilang menyentuh aspek kualiti diri dan sikap.
Cara berfikir yang baik dan cara beragama yang baik tidak lengkap jika tidak disertai dengan sikap yang betul.
Sikap inilah ramuan akhir bagi mempastikan segala yang difahami pada dua buku sebelumnya dapat direalisasikan.
Seperti sunnah buku sebelumnya, Sisi Berakhlak Yang Hilang disusun berdasarkan kerangka 7 Habits of Highly Effective People yang dikarang oleh Stephen Covey.
Ustaz Hasrizal membedah sudut pandang agama terhadap sikap-sikap ini, bukan untuk ‘mengislamkan’, sebaliknya menyedarkan kita bahawa nilai-nilai tersebut adalah sesuatu yang mendasar dalam agama. Inilah sikap-sikap yang boleh menjayakan sesorang dalam hidupnya.
7 sikap yang dimaksudkan adalah; proaktif, mula dengan gambaran akhir, meletakkan prioriti, menang sama-sama, memahami sebelum difahami, sinergi dan asah gergaji.
Pengenalan Siri Yang Hilang dalam bentuk visual

Kenapa kena baca Siri Yang Hilang ini?
1. Kita dapat bina kehidupan yang lebih holistik
Apabila kita baca ketiga-tiga buku, kita akan menyedari bahawa Islam ini merupakan agama yang syumul (menyeluruh) merangkumi seluruh aspek kehidupan. Kita juga mahu mencari jalan tengah antara dua ekstrim; terlalu ‘keduniaan’ atau terlalu ‘keagamaan’.
Semuanya bermula dari kita. Dari cara kita berfikir, cara kita beragama dan akhirnya sikap (akhlak) kita.
2. Kita akan menjadi lebih tenang
Buku Seni Berfikir Yang Hilang (SBYH) mengajar kita bagaimana untuk merungkai keserabutan minda dalam menghadapi sesuatu isu atau permasalahan.
Buku Erti Beragama Yang Hilang (EBYH) mengajar kita bagaimana sebenarnya sepatutnya diri kita hidup sebagai orang beragama dan menjawab persoalan seperti, “Apa itu agama?” atau “Betul ke caranya begitu?”.
Buku Sisi Berakhlak Yang Hilang (SAYH) pula merungkai sudut pandang yang berbeza tentang akhlak dan sikap. Bagaimana impak sikap itu dapat memberi kesan kepada perubahan dan peningkatan diri kita.
3. Kita akan menjadi lebih ‘grow’
Bila baca ketiga-tiga karya Ustaz Hasrizal ini, banyak sebenarnya ilmu yang kita masih kena belajar dan dapat membina sikap rendah diri. Ini juga dapat memupuk kesedaran betapa pentingnya integrasi ilmu dalam memahami dan berhadapan sesuatu masalah.
Apabila kita menjadi lebih ‘grow’ maka kita pun belajar untuk menjadi Muslim yang sedia berkhidmat kepada dunia dan membangunkan tamadun Islam yang sepatutnya.

Apa kata pembaca Siri Yang Hilang lain?
Lengkapkan Koleksi Trilogi Yang “Yang Hilang”!
Bagi yang ingin mendapatkan mana-mana koleksi Siri Yang Hilang ini, dapatkan di imanshoppe.com, ejeh sah IMAN atau kedai buku berdekatan dengan anda.
