7 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah!

Seronoknya tengok anak atau adik kecil kita cepat membaca, kan? Bahkan, antara momen paling berharga bagi ibu bapa adalah, mendengar perkataan pertama si anak.

Ada caranya untuk memupuk tabiat membaca ini dalam diri anak kecil.

Ini 7 cara untuk didik anak agar boleh membaca dengan mudah!

Ajar anak membaca seawal mungkin

Walaupun masih bayi, kita sudah boleh mula menanam minat anak-anak terhadap membaca. Bila kita selalu pegang buku, anak juga ikut tertarik dan melihat aktiviti membaca buku sebagai hiburan di masa lapang.

Mulakan dengan bahan bacaan yang melatih deria anak seperti pop-up book, buku bertulisan cetak timbul, bergambar dan berwarna-warni untuk menarik minat anak.

Bacakan buku untuk anak

Sediakan masa untuk sesi membaca buku pada setiap minggu. Contohnya, bacakan anak buku cerita 10 minit sebelum mereka masuk tidur. Selain memupuk minat anak terhadap aktiviti membaca, ini juga masa yang terbaik untuk ibu bapa bonding dengan anak.

Gunakan 5 deria

Semasa membacakan buku kepada anak, gunakan 5 deria untuk meningkatkan daya imaginasi anak. 5 deria tersebut adalah: deria lihat, dengar, rasa, sentuh dan bau.

Contohnya, ketika membacakan Komik Aichan, bantu anak ikut sama

Lebih mudah untuk anak ingat apabila ibu bapa engage atau berinteraksi dengan buku yang dibaca.

Lakonkan semula

Lakonkan apa yang dibaca untuk menarik perhatian anak. Contohnya, boleh pelbagaikan mimik muka, tukar suara mengikut watak, dan gerakkan tangan seolah-olah mereka sedang menonton cerita yang dibaca itu bersama-sama anda. Teknik storytelling ini banyak digunakan di perpustakaan kanak-kanak.

BACA JUGA  5 Keistimewaan Kitab Al-Quran Yang Orang Islam Patut Tahu Pada Tahun 2024

Bunyikan huruf dengan jelas

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah fonetik. Biasakan anak mendengar bunyi sebutan huruf yang betul, dimulakan dengan perkataan-perkataan pendek. Contoh: i-b-u, ibu. s-a -y-a, ‘saya’. Ini memudahkan anak mengenalpasti perkataan dengan mudah.

Tunjukkan contoh teladan yang baik

Anak-anak di waktu kecil sangat cepat belajar dan ‘menyerap’ maklumat, berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Pendidikan pertama mereka bermula di rumah. Jadi kalau mahu anak rajin membaca, ibu bapa juga haruslah menjadikan hobi membaca sebahagian besar daripada aktiviti seharian mereka.

Pilih bahan bacaan yang sesuai

Semasa memilih bacaan untuk anak, perhatikan, adakah ia mempunyai ciri-ciri ini:

  • Mempunyai ilutrasi. Membuatkan anak rasa bersemangat untuk baca muka surat seterusnya
  • Menggunakan bahasa yang sopan
  • Mempunyai elemen drama seperti lucu, menghiburkan, tangis, refleksi dan sebagainya. warna.
  • Menyelitkan info dalam bentuk yang mudah difahami oleh anak
  • Menyampaikan ilmu dengan cara yang seronok – kena dengan citarasa anak. Lagi bagus kalau ada infografik!

Ha, IMAN ada keluarkan 3 komik baru yang menepati semua ciri ini.

Jangan lupa masukkan Komik Aichan dalam koleksi bacaan anak-anak di rumah!

Dengan lukisan kartun yang comel, watak lincah dan ceria, disertai tauladan, anak boleh sertai Aichan dalam mengenali Allah, solat, haji, dan misi mengenali Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupan.

Dapatkan 3 Komik Terbaru Aichan DI SINI >

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *