Bukit Bintang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar negara. Kedudukannya yang berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur membuatkan ianya menjadi lokasi wajib untuk dilawati.
Mari kita lihat apakah tempat-tempat menarik yang berada di sana:
Table of Contents
1. Jalan Alor
Jalan Alor adalah syurga bagi para food hunting di luar sana! Masakan tidak, makanan yang bakal kalian temui di sini tidak hanya tertumpu pada makanan dari Malaysia sahaja, tetapi juga makanan dari negara lain seperti Thailand, Vietnam serta banyak lagi.
Antara gerai makanan yang popular adalah Sangkaya Coconut Ice Cream dan Oyster. Wah terasa lapar pula bercakap tentang makanan ini.
2. Berjaya Times Square
Sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Malaysia ini betul-betul terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan dengan ketinggian 203 meter ini mempunyai 48 tingkat dan mempunyai gabungan hotel, kondominium dan pusat membeli belah.
Berjaya Times Square ini mempunyai 2,260 premis yang menjadikannya antara pusat tawar menawar paling mesra pelanggan dengan pelbagai pilihan produk. Bukan itu sahaja, di sini kalian berpeluang menikmati ‘The First Largest Indoor Theme Park’ yang merupakan taman tema indoor yang dilengkapi penghawa dingin dan tidak terganggu oleh faktor cuaca walaupun hari hujan.
3. Menara Kuala Lumpur (KL Tower)

Menara KL atau dikenali juga sebagai Kuala Lumpur Tower ini terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas. Ia merupakan menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan yang ke-7 tertinggi di dunia. Antara tarikan menarik di sini adalah pengalaman melihat 360-darjah pemandangan Kuala Lumpur secara keseluruhannya. Di sini juga terkenal dengan Restoran Berputar Atmosphere 360 di bahagian atas menaranya.
Kalian berpeluang melihat pemandangan Kuala Lumpur secara keseluruhan jika berada di atas menara ini!
4. Pasar Seni

Pasar Seni merupakan sebuah lokasi pasar yang kaya dengan hasil kraftangan. Terdapat banyak kedai yang menjual barangan lokal dan koleksi cenderamata. Pada awalnya, Pasar Seni ini lebih dikenali sebagai pasar basah dan kemudian diangkat menjadi tapak bersejarah oleh Jabatan Warisan Negara. Dekorasinya yang menarik serta penuh dengan warisan seni dan budaya ini disusun mengikut gaya gerai-gerai tahun 80-an yang berkonsepkan budaya Malaysia.
Di bahagian atasnya lengkap dengan dataran makanan dan surau. Di sini juga kalian berpeluang memakai inai bercorak dan mendapatkan karikatur lukisan sendiri! Oleh itu, tidak kurang yang menjadikan tempat ini sebagai lokasi wajib untuk mengambil gambar dan tempat bertemu kawan-kawan! Bagi peminat bunga segar, lokasi Kedai Bunga Lee Wah dengan harga mampu milik juga ada berdekatan Pasar Seni. Klik pautan ini untuk tahu cara mudah ke sini!
5. Museum Illusion Kuala Lumpur
Bagi mereka yang suka pergi ke muzium, kalian boleh singgah untuk berjalan-jalan di Muzium Ilusi. Harga tiket untuk masuk ke sini adalah RM35 (dewasa). Kalian berpeluang meneroka sebuah dunia ilusi sepanjang berada di sini.
Muzium ini berkonsepkan abad ke-21 yang menawarkan pengalaman muzium interaktif dan akan membuat kalian berasa teruja. Walaupun muzium ini agak kecil saiznya, namun ramai yang merasakan pengalaman berada di dalamnya amat menarik dan ‘cool’.
6. Sungei Wang
Sungei Wang merupakan pusat membeli belah yang terpanjang di Kuala Lumpur. Ia dibuka untuk perniagaan sejak tahun 1977 dengan keluasan 1.2 juta kaki persegi. Wah kalian boleh bayangkan betapa luasnya tempat ini. Ia turut memiliki 3 pecahan ruang parking bawah tanah yang luas.
Ada terdapat banyak pilihan barang dan makanan dengan harga murah boleh kalian temui di sini. Baru-baru ini juga tular berkenaan daging wagyu viral. Ada yang sudah mencuba?

Istimewa pada bulan kemerdekaan ini, sebuah Pesta Buku Merdeka bakal dijalankan di sini! Waaaah wahai peminat buku sekalian, marilah menyelam sambil minum air. Masa inilah peluang untuk berjalan ke sana dan melawati pelbagai tarikan menarik di kota raya ini. Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir secara fizikal, kalian masih boleh membeli belah di imanshoppe.com dan dapatkan tawaran menarik sepanjang bulan Kemerdekaan.