Pernah tak tertanya, “Tuhan, kenapa aku diuji?”
Semua manusia yang beriman pastinya tidak lepas daripada ujian. Cuma terkadang, ia datang terlalu dahsyat sehingga buat kita mempersoalkan, “Adakah aku cukup kuat untuk menempuh ujian ini?”
Ada 5 jenis ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Tapi sebelum itu, ayuhlah kita renungkan, apa sebab sebenar kita diuji.
Table of Contents
Ada 4 sebab kenapa Allah memberi ujian
Pertama, sebab Allah tahu bahawa kita cukup kuat untuk menghadapinya.
Kedua, kerana setiap ujian dan sengsara yang kita lalui di dunia ini bukanlah semata-mata kerana Allah SWT murka kepada kita.
Ketiga, sebab Allah nak uji kadar keimanan kita — Adakah kita betul-betul beriman dengan qada’ (ketetapan) dan qadar (ketentuan) Allah SWT di dunia ini.
Keempat, sebab Allah SWT uji kita kerana Dia nak masukkan kita ke dalam syurga. Ada kenikmatan yang Dia janjikan buat kita yang sabar menempuh ujian dan cabaran di dunia ini.
Ujian yang kita sedang hadapi inilah sebenarnya PALING SESUAI untuk kita, sesuai dengan kemampuan dan kapasiti kita, demi meningkatkan pencapaian dan darjat kita di sisi Allah SWT.
5 jenis ujian yang Allah tetapkan di dunia
Dalam Al-Qur’an lagi Allah dah beritahu bahawa dunia ini sememangnya tempat ujian dan bala bagi orang beriman.
Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155, Allah berpesan:

Ketakutan
Ada banyak hal yang boleh ditakutkan di dunia ini. Kita diberi ujian rasa takut terhadap musuh atau orang yang boleh mengancam keselamatan kita.
Mungkin juga kita takut kalau orang yang kita sayang hilang, ditimpa musibah atau meninggal dunia.
Ketakutan-ketakutan inilah yang boleh membuatkan kita lelah melalui kehidupan.

Kelaparan
Tambah-tambah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak baik zaman sekarang, tidak sedikit yang diduga dengan ujian kelaparan. Nak beli barangan makanan dan keperluan asas pun, kena mencatu duit.
Lapar juga boleh buat manusia jadi gila dan buat hal-hal yang membahayakan diri sendiri serta orang di sekelilingnya.

Harta
Kalau hati kita memilih harta, senang-senang saja kita boleh pilih harta yang haram.
Sebab itulah ramai yang gelap mata dan pilih untuk mendapatkan harta dengan jalan yang mudah dan cepat — dengan menjual maruah diri.
Tidak sedikit juga lelaki yang sanggup mendapatkan harta dengan cara yang haram seperti rasuah dan sumber yang haram (seperti menjual dadah dan sebagainya).
Memang mudah mendapatkan duit dengan cara yang haram. Semua ini adalah ujian untuk kita.

Jiwa
Sesungguhnya inilah ujian yang paling perit — Bila kita kehilangan jiwa sendiri, atau dilanda dengan perasaan-perasaan yang memberatkan mental kita.
Ada orang yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang. Ada juga yang berhadapan dengan ujian, merosakkan dirinya sebagai ‘coping mechanism’ yang tidak bagus untuk menghadapi ujian, dan memudaratkan diri sendiri.

Buah-buahan
‘Buah-buahan’ yang dimaksudkan di sini adalah ANAK, ZURIAT, atau AHLI KELUARGA = buah hati ibu bapa.
Ada yang diberi ujian susah untuk mendapatkan zuriat. Bertahun-tahun berusaha untuk dapatkan anak tapi masih tidak berjaya.
Ada juga yang diberi ujian kehilangan atau kematian anak.

Penutup
Cuba lihat kembali. Apa jenis ujian yang Allah telah atau sedang timpakan kepada kita sekarang? Ambillah masa untuk refleksi dan bertenang. Serahkan semuanya pada Allah. Tiada ujian kita tempuhi adalah sia-sia, sebaliknya, setiap daripada itu merupakan pengalaman yang membentuk versi diri kita yang lebih baik. Ujian juga Tuhan beri sebagai peringatan untuk kita tidak memperlakukan orang lain dengan buruk sepertimana layanan yang kita telah terima.
4 jenis ujian ini ada diterangkan dalam buku terbaru Irfhan Fitri – Redha: Memaknai Rasa Berserah Kepada Tuhan Tatkala Takdir Di Luar Kawalan

Dapatkan buku REDHA di www.imanshoppe.com
Pingback: Seminar Maulidurrasul: Andai Rasulullah Bersama Kita