Pasar Seni merupakan lokasi yang tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia dan juga menjadi satu destinasi pasti untuk pelancong luar negara lawati di Kuala Lumpur apabila bercuti di Malaysia.
Pasar Seni merupakan tapak bersejarah tanah air yang dahulunya merupakan pasar basah di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan telah wujud sejak tahun 1888 lagi. Ini bermaksud hari ini Pasar Seni sudah berusia 134 tahun! Waw!
Kini Pasar Seni telah menjadi hub seni tanah air dengan terdapat lebih daripada 300 gerai dan kedai untuk anda lawati di sini.
Namun tahukah anda cara-cara mudah untuk ke Pasar Seni ini dengan menggunakan pengangkutan awam? Mari kami kongsikan bersama anda.

Table of Contents
1. KTM
Jika anda menaiki KTM daripada laluan Sungai Gadut serta Batu Caves, anda boleh berhenti dan turun di Stesen KTM Kuala Lumpur dan berjalan kaki melalui jejantas yang menghubungkan Stesen KTM Kuala Lumpur dan Stesen LRT Pasar Seni dan seterusnya ke Pasar Seni yang hanya ambil masa 14 minit sahaja.

2. LRT
Jika anda menaiki LRT pula daripada laluan Gombak serta Kelana Jaya, anda boleh berhenti dan turun di Stesen LRT Pasar Seni dan anda boleh berjalan kaki ke Pasar Seni yang hanya ambil masa 6 minit sahaja.

3. MRT
Jika anda menaiki MRT pula daripada laluan Sungai Buloh-Kajang serta Putrajaya, anda boleh berhenti dan turun di Stesen MRT Pasar Seni dan anda boleh berjalan kaki ke Pasar Seni yang hanya ambil masa 5 minit sahaja.

4. BAS RAPIDKL
Untuk pilihan bas ini pula agak panjang sedikit kerana terdapat banyak laluan bas sekitar Selangor – Kuala Lumpur. Mari kami kongsikan satu-persatu;
Laluan Cheras : 821 dan 822
Laluan Ipoh : 180
Laluan Jalan Klang Lama : 600, 640, 172, 641, 650, 652
Laluan Lebuhraya Persekutuan : 780, 750, 751, 770, 772, 782, BET3, BET4
Kesemua nombor bas ini anda boleh naiki dan bas akan berhenti di Hub Bas Pasar Seni dan anda cuma perlu berjalan kaki 5 minit sahaja untuk ke Pasar Seni.
Jika anda tidak mahu menaiki kenderaan awam dan mahu memandu sendiri ke Pasar Seni, poin nombor 5 ini adalah untuk anda.

5. KERETA
Yang terakhir sekali jika anda menaiki kereta anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta Pasar Seni dengan hanya cuma perlu membayar RM3.00 untuk sejam yang pertama dan RM2.00 untuk jam-jam yang seterusnya. Namun jika anda datang selepas jam 5 petang, anda cuma perlu membayar RM5.00 untuk sekali masuk.
Namun jika anda ingin meletakkan kenderaan anda di luar Pasar Seni anda boleh pergi ke tempat letak kereta milik swasta yang berdekatan.
Setelah anda tiba di Pasar Seni anda boleh lah terokai lebih 300 kedai dan gerai yang terdapat di Pasar Seni dengan pelbagai hasil-hasil seni yang menarik. Pasar Seni juga selain terdapat pelbagai jenis gerai dan kedai, di sini juga sering pelbagai pihak anjurkan aktiviti serta program yang menarik untuk pengunjung.
Bonus: Gunakan RapidKL MyCity Pass

Jika anda akan menaiki beberapa mod pengangkutan seperti MRT, LRT & Monorail untuk ke Pasar Seni, anda juga boleh mendapatkan RapidKL MyCity Pass seperti 1 Day Pass. Tiada had perjalanan.
Pas ini boleh didapati di mana-mana stesen LRT, MRT dan monorail.
Program yang terbaru berlaku baru-baru ini ialah Bazar Tahun Baru Cina dan Pesta Kopi pada bulan Disember yang lepas. Program seterusnya pula yang akan berlangsung di Pasar Seni ini ialah Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB).

KLAB 2022 telah dianjurkan sebagai alternatif kepada penangguhan PBAKL 2022 yang telah ditangguhkan oleh pihak penganjur.
Menyambung tradisi lalu, sebanyak 49 pempamer akan terlibat dalam KLAB 2024 kali ini.
Seramai 50 000 ribu pengunjung pula dijangka akan hadir ke KLAB 2024.

Anda rindu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)? Kami juga. Tapi jangan risau! KLAB kan ada sementara menunggu PBAKL. Jom kita beramai-ramai serbu KLAB. Bukan hanya ada buku sahaja, terdapat pelbagai lagi aktiviti dan slot menarik yang penganjur sediakan untuk para pengunjung. Di samping itu juga anda boleh berjalan-jalan melihat gerai dan kedai di Pasar Seni.
Jumpa di sana!