5 Buku Bukan Fiksyen Terbaru Ogos Ini!

Sudah bulan Ogos. Sedar tak sedar, kita dah nak sampai ke penghujung tahun 2023 (alamak!). Bagaimana dengan buku-buku yang dibeli di Pesta Buku Antarabangsa 2023, April lepas? Sudah habiskah baca kesemuanya?

Mungkin ada juga yang sedang berada dalam reading slump sekarang. Di mana kita susah nak habiskan pembacaan dan move on pada buku seterusnya. Antara penawar untuk reading slump adalah – menerokai buku-buku baru, di luar daripada buku yang selalu kita baca. Contohnya, mungkin minda telah tepu setelah menghadam banyak kisah fiksyen, novel, dan dalam diam, mendambakan bahan bacaan ilmiah, bukan fiksyen dan bersifat self help.

Ini 5 Buku Bukan Fiksyen Terbaru yang boleh didapati di imanshoppe.com pada bulan Ogos ini. Siapa tahu ada di kalangan buku ini dapat menyembuhkan reading slump kawan-kawan?

Healing With Quran by Farhatul Fairuzah

Buat sesiapa yang belum mengenali, penulis buku ini adalah Johan Qariah Tilawah Al-Qur’an Antarabangsa & Tokoh Belia Negara. Bab-bab dalam buku ini dibahagikan berdasarkan pengalaman hidup penulis, serta ibrah yang diperoleh daripada tadabur ayat Al-Qur’an.

Jom Kak Iman kongsikan quote best daripada bab kegemaran Kak Iman: Dunia Hanya Sementara:

Di dunia ini, tiada apa yang kekal. Semuanya akan berlalu

Hujan yang turun akan berhenti. Panas yang terik akan teduh. Angin yang bertiup akan berhenti dan ribut yang melanda akan reda.

Maka begitulah juga ujian dan dugaan yang kita hadapi. Semuanya bersifat sementara.

Namun tanpa sedar, kita diperdaya oleh syaitan agar menjadi sibuk dengan urusan dunia sehingga kita lalai terhadap tugas dan tanggungjawab kita yang hakiki, iaitu menyembah Ilahi.

Petikan daripada buku: Healing With Qur’an karya Farhatul Fairuzah.

BACA JUGA  5 Tips Pilih Buku Kanak-kanak

Love Notes for the Soul by Sharifah Nadirah

Suka baca buku dengan nota-nota hati yang menginspirasikan? Buku ini penulis tulis khas buat jiwa-jiwa yang sedang mencari harapan. Kak Iman suka sangat gaya bahasa penulis yang sangat menyentuh hati, deep dan vulnerable. Ini quote kegemaran Kak Iman:

Note 78: A part of the process

Sometimes everything makes us feel tired. We tend to just want to lie on our bed all day long in order to breathe and make space for ourselves. Everything seems so frustrating for us. We just want peace and to feel at ease.

It’s not wrong to be alone while making sense of everything, because that is a part of the process of healing and recovering.

Petikan daripada buku: Love Notes For The Soul by Sharifah Nadirah

Pesan-pesan Mendalam Daripada Surah al-Qalam by Syaari Ab Rahman

Satu lagi buku buat penggemar karya Ust Syaari Ab Rahman. Sesiapa yang mencari buku tadabur yang mengandungi ulasan yang detail, tadabur ayat demi ayat dan kisah-kisah nabi dalam Al-Qur’an, pastinya akan memasukkan buku Ustaz Syaari dalam koleksi.

Dalam buku ini, Ustaz Syaari merungkai pesan-pesan mendalam daripada Surah Al-Qalam, terbitan Tadabur Centre. 3 persoalan yang dijawab dalam Surah Al-Qalam:

1) Mengapa dalam al-Quran ada surah-surah bermula dengan huruf-huruf seperti huruf Nun yang tidak diketahui makna-maknanya?
2) Apa kena mengena nama surah mengenai pena dengan Nabi diiktiraf paling berakhlak dalam surah ini dan al-Walid bin al-Mughirah pula dipaparkan mempunyai 10 sikap buruk?
3) Dalam banyak-banyak Nabi, kenapa kisah Nabi Yunus yang dibawa Allah masuk ke dalam surah ini dan menutupnya?

BACA JUGA  5 Novel Untuk Belajar Sembuh

Jom ketahui jawapannya dari buku Pesan-Pesan Mendalam Daripada Surah Al-Qalam

Perempuan Yang Membaca dan Bahagia by Nursuhada

Ha… pencinta buku wajib ada buku ni! Buku ni merupakan catatan pengalaman daripada lensa mata seorang pembaca wanita. Buku ini bakal membawa kawan-kawan merenung dan melihat jejak kehidupan, sebagai seorang perempuan yang membaca.

Bait-bait dalam buku ni indah sangat. Buat Kak Iman rindu bau buku, rindu nak menjenguk kedai-kedai buku, balut dan catat nota pada buku.

Realitinya, kadangkala rak buku saya dipenuhi dengan buku-buku yang tidak berbalut, tidak terbaca, tidak tersusun atur. Semakin dewasa, buku membuatkan saya memahami, bahawa kita tidak perlu terlihat sempurna untuk bahagia.

Petikan daripada buku Perempuan Yang Membaca dan Bahagia karya Nursuhada

Tidur by Prof Madya Dr Muhamed Faisal Dr Nurul Yaqeen

Kawan-kawan kerap terjaga malam? Selalu tak cukup tidur, sampai badan rasa lemah dan asyik mengantuk?

Ketahui segalanya berkaitan tidur: fasa-fasa tidur, circadian rhythm, 10 tip menangani masalah insomnia, mitos tidur, berkenaan kafein & tidur, dan banyak lagi! Buku ini bakal jadi titik pemula kawan-kawan untuk cakna dan membetulkan rutin tidur kita.

Nak tengok banyak lagi buku terbaru di IMAN? Terus ke imanshoppe.com

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *