Komunikasi adalah sesuatu yang tidak asing lagi dan kita lakukan setiap hari samaada bersemuka ataupun secara dalam talian. Tetapi, tahukah anda bahawa ramai yang masih gagal dalam berkomunikasi walaupun dengan kawan sendiri? Hari ini, mari kita huraikan 5 tips supaya kita boleh berkomunikasi dengan lebih baik bersama kawan kita,
NOTA: Anda boleh tonton video perkongsian mengenai komunikasi menerusi Instagram Video Kekok oleh Akif Basri.
Table of Contents
Memahami posisi kita
Pertama sekali, sebelum berkomunikasi dengan seseorang, kita perlulah memahami posisi kita dari pandangan individu yang berkomunikasi dengan kita. Adakah kita seseorang yang rapat dengan mereka ataupun tidak?
Tips ini sangat penting supaya kita boleh mengenal pasti pendekatan yang sesuai apabila berkomunikasi dengan mereka apabila mereka meluahkan perasaan ataupun masalah mereka kepada kita. Take note bahawa pendekatan kita dengan orang yang lebih rapat seperti kawan kita yang berada dalam inner circle (bulatan dalaman) pastinya berbeza berbanding pendekatan yang kita gunakan dengan orang yang berada dalam outer circle (bulatan luaran) kita.
Empati Vs. Simpati
Kedua, setelah anda berjaya mengenal pasti posisi anda dengan orang yang meluahkan perasaan tadi, anda perlu memilih pendekatan yang sesuai sama ada empati atau simpati. Ramai diantara kita mungkin boleh bersimpati terhadap orang lain tanpa gagal.
Namun, kita masih tidak berjaya untuk berempati terhadap orang lain. Apabila kawan yang berada dalam inner circle kita sedang berkongsi masalah mereka kepada anda, adalah lebih baik untuk anda menggunakan empati.
Empati ini adalah kemampuan seseorang untuk memahami secara emosional apa yang dirasai oleh orang lain dengan melihat sesuatu masalah atau isu dari sudut pandangan mereka. Komunikasi dengan menggunakan empati ini penting supaya anda tidak merendah-rendahkan ujian yang dihadapi oleh kawan anda.
Malah, anda sebagai pendengar boleh memahami dan memberi balasan yang tidak menyakitkan hati kawan anda.
Keberadaan (presence)
Tips seterusnya untuk berkomunikasi dengan baik, sebagai pendengar, anda haruslah menunjukkan keberadaan supaya kawan anda tahu yang anda bersedia untuk mendengar dan memberi balasan dengan kadar segera.
Keberadaan boleh dibuktikan dengan adanya eye-contact dan body language yang memainkan peranan penting untuk memberi signal yang anda sedang fokus mendengar cerita rakan anda. Sekiranya perhatian anda teralih kepada perkara lain ketika kawan anda sedang seronok bercerita, cepat-cepat fokus kembali dalam komunikasi yang sedang berlaku.
Synchronous Vs. Asynchronous
Kita dah berbincang tentang komunikasi yang boleh digunakan untuk kedua-dua situasi samaada bersemuka ataupun atas talian. Tips keempat ini pula tips khas untuk komunikasi atas talian yang dah menjadi rutin harian kita sekarang lagi-lagi selepas musim PKP.
Perbincangan secara synchronous dan asynchronous kedua-duanya merangkumi perbincangan atas talian dimana synchronous merupakan komunikasi segerak yang berlaku pada masa yang sama dan pantas. Manakala asynchronous pula komunikasi atas talian tetapi tidak berlaku serentak dan pantas atas sebab-sebab tertentu seperti salah seorang tidak online.
Komunikasi atas talian perlunya pendekatan yang berbeza kerana banyak perkara yang dihadkan terutamanya jika menggunakan mesej di aplikasi WhatsApp di mana rakan anda hanya dapat melihat gambar profil dan bukti-bukti keberadaan hanya boleh dilihat melalui petunjuk seperti, online, last seen, double tick atapun bluetick.
Tanggungjawab anda sebagai seorang yang mahu komunikasi berjalan dengan lancar, hendaklah memastikan keberadaan anda melalui signal online itu selari dengan maklum balas anda apabila rakan anda menghantar mesej.
Be attentive, not judgmental
Tips terakhir untuk komunikasi yang baik dengan rakan anda adalah dengan mengelakkan sifat-sifat suka menghukum sebelum memahami mereka.
Walaupun nilai rakan anda mungkin berbeza sedikit daripada nilai yang anda percaya selama ini, dengar dahulu dan jangan cepat menghukum.
Sentiasa beringat bahawa setiap orang dibesarkan dengan upbringing yang berbeza. Pendekatan yang terbaik adalah dengan mendengar terlebih dahulu luahan emosi mereka dengan penuh perhatian kemudian pilihlah kata-kata yang tidak menyakitkan hati kawan anda.
Penutup
Kami berharap agar tips-tips untuk berkomunikasi dengan kawan yang kami bawakan kali ini boleh membantu anda membina komunikasi yang lebih baik dengan rakan-rakan anda tidak kiralah secara bersemuka mahupun atas talian.
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang tertekan pada waktu-waktu pandemik ini dan antara cara terbaik untuk mengatasi masalah itu adalah dengan berkomunikasi dengan rakan taulan. Oleh itu, pentingnya untuk anda belajar cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan kawan anda.
Jika anda berminat untuk mempelajari lebih lanjut kemahiran berkomunikasi, anda boleh dapatkan buku Kekok tulisan Akif Basri.