Menjadi seorang bibliophile pasti membuatkan kita banyak membaca buku dari pelbagai penerbit. Membaca bermacam genre menjadikan seseorang itu lebih terbuka pemikirannya. Mari kita lihat beberapa penerbit dalam Malaysia yang ada di imanshoppe.com:
Table of Contents
1. Karya Bestari
Karya Bestari aktif menerbitkan buku, khususnya buku akademik. Bagaimanapun, mereka mula aktif menerbitkan akhbar dan majalah serta memberi tumpuan terhadap penerbitan tersebut melalui Kumpulan Karangkraf.
Kesannya, penerbitan buku menjadi aktiviti sampingan dan Karya Bestari hanya berperanan menerbitkan buku secara kecil-kecilan. Malah, entitinya juga menjadi kecil yang dikenali sebagai Bahagian Buku di Kumpulan Karangkraf.

Namun, segala-galanya berubah pada penghujung 1990-an, apabila pihak pengurusan syarikat mengatur semula hala tuju syarikat. Bagi menyambut minat masyarakat yang sudah mula minat membaca bahan-bahan dalam bentuk buku, maka Karya Bestari diaktifkan kembali. Entiti fizikalnya juga dipisahkan dari syarikat induk. Maka bermulalah Karya Bestari menerbitkan kitab-kitab rumi mengenai asas agama. Kitab-kitab terjemahan dan persoalan-persoalan semasa juga dikupas dengan lebih mendalam
Antara buku-buku menarik dari penerbit ini yang boleh kalian dapatkan bukunya, serta naskhah Al-Quran adalah dari judul:
- Nota My #QuranTime Juz 1
- Al-Quran Al-Karim The Noble Quran Word-by-Word Translation A5
- Al-Quran Al-Karim Terjemahan & Tajwid Berwarna Multazam A6
- 200 Soal Jawab Hadis by Kamilin Jamilin
- Nota Hati Seorang Lelaki by Pahrol Mohd Juoi
2. KUBE

KUBE merupakan sebuah rumah penerbitan yang mengeluarkan buku-buku berkenaan isu umum, akademik dan juga buku kanak-kanak yang berlandaskan Islam dan buku-buku dari mereka yang berpengalaman.
Berinspirasikan buku yang Islamik, KUBE komited untuk menyumbang kepada komuniti Muslim seluruh dunia melalui inovasi penerbitannya, relevan dan buku yang original kontennya.
Dengan pengalaman bertahun-tahun bersama komuniti Muslim yag bertutur dalam Bahasa Inggeris, KUBE juga bergerak sebagai pengedar kepada penerbit-penerbit lain seluruh dunia dan pemborong untuk penerbit mainstream bagi memastikan buku-buku mereka ada di kedai buku Muslim yang lain.
Antara buku-buku mereka yang bestseller adalah:
- The Kingdom of God A Fully Illustrated Commentary On Surah Al-Mulk By Asim Khan
- Turning The Tide Reawakening the Woman’s Heart and Soul by Suma Din
- Big Little Steps A Woman’s Guide To Embracing Islam by Mathilde Loujayne
- The Qur’an A Translation For The 21st Century by Adil Salahi
- My First Book About Allah Teachings for Toddlers and Young Children by Sara Khan
3. Tertib

Tertib Publishing menghasilkan buku-buku Islamik kontemporari dan produk-produk bagi orang dewasa dan kanak-kanak.
Antara buku-buku bestseller yang boleh didapati di IMAN adalah:
- A Heart of Jannah The Secrets to a Calm and Peaceful Mind by Mizi Wahid
- Shattered Glass Healing a Broken Heart by Yasmin Mogahed
- Healing The Emptiness by Yasmin Mogahed
- I Lost My Way Finding Happiness after Despair by Yasmin Mogahed
- Reclaim Your Heart Personal Insights on Breaking Free from Life’s Shackles by Yasmin Mogahed
4. Dakwah Corner

Dakwah Corner banyak mengeluarkan buku-buku Islamik, multimedia dan penerbitan bagi Muslim di dalam dan luar negara. Dengan mengenalkan produk yang bermutu tinggi disamping menjaga keaslian Islam. Kelebihan mereka juga ialah menjualnya dengan harga yang mampu milik dari pelbagai jenis Bahasa.
Antara buku-buku yang boleh didapati di IMAN adalah:
- The Ideal Muslim by Dr Muhammad Ali Al-Hashimi
- 30 Ways To Attain Happiness (3rd Edition) by Muhammad Bin Abdilaah Ash Shaayi’
- Great Women Of Islam Who Were Given The Good News Of Paradise by Mahmood Ahmad Ghadanfar
- This Is Love by Dr. Ali Albarghouthi
- Animals In The Quran! by Athirah Zainal
5. Kawah Media

Sebuah penerbit dari Indonesia ini menyajikan buku-buku yang targetnya anak muda dan lebih bersifat moden. Ia merupakan sebuah distributor terbesar yang mana jalur edarannya menyeluruh ke seluruh negara.
Buku-buku dari penerbit ini yang bestseller:
- Insecurity is My Middle Name by Alvin Syahrin
- What’s Wrong About Your Self Healing by Ardhi Mohamad
- Beauty of Trauma by Jung Yeoul
- How To love by Yoon Hong Gyun
- How To Respect Myself: Seni Menghargai Diri Sendiri by Yoon Hong Gyun
6. IMAN Publication

Dan akhir sekali, IMAN Publication yang merupakan rumah penerbitan buku utama bagi IMAN Shoppe. Sebuah rumah penerbitan yang bermula sejak tahun 2013 ini baru sahaja meraikan #SedekadIMAN mereka pada bulan Mac yang lalu.
Antara buku-buku bestseller mereka:
- Mawaddah Ilmi Ingin Pulang by Auni Zainal
- Dudel Tarbiah Kitab Grafik Tauhid Zindani Jilid 2 by Iffah Nizar
- Unshakeable How To Be Confident When You’re Nervous By Aiman Azlan
- Signature Jalanan By Teme Abdullah
- Rehatkan Hati Dengan Solat By Pahrol Mohd Juoi
Buku-buku baru IMAN juga ada promosi menarik! Ayuh cepat-cepat sambil lihat wishlist masing-masing hari ini! Kalian boleh mendapatkan buku-buku bestseller mereka di imanshoppe.com atau terus datang ke Warehouse Sale IMAN yang bermula pada 29 September, jam 12 tengah hari di IMAN Media sehingga 2 Oktober ini.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir, jangan lepaskan peluang untuk menyertakan order buku kalian kepada yang berdaftar di IMAN! Jumpa anda di sana!