Ramadan Reset | Pelancaran 4 buku terbaru peneman Ramadan anda

Pada 15 Februari 2025, sebuah program persediaan Ramadan, ‘Ramadan Reset’ telah dijalankan oleh IMAN di Perbadanan Putrajaya. Di sini juga berlakunya pelancaran secara fizikal 4 buku terbaru IMAN sempena Ramadan.

Gimik pelancaran 4 buku terbaru IMAN bersama para penulis

Ini merupakan program kesinambungan daripada program Sehingga Mentari Terbit yang pernah dijalankan 2 tahun lalu. Program ini dianjurkan oleh Borak Buku IMAN, sebuah komuniti buku Non-Fiksyen IMAN (Agama & Self-Help). Alhamdulillah, semua seat penuh dengan mereka yang teruja menimba ilmu dan meraih semangat baru bagi memasuki Ramadan tahun ini.

Program Ramadan Reset dimulakan dengan sesi ‘Mindsetting’ daripada ‘Rahmah Pauzi’, Ketua Editor IMAN:

“Setiap kali Ramadan, kita sentiasa nak jadi lebih baik daripada Ramadan sebelumnya. Kita optimis. Tapi jauh di hati kita, ada ragu. Kita struggle sebab tuntutan kerja, tanggungjawab, dan sifat hidup tu sendiri yang sibuk. 

InsyaAllah, pada hari ini IMAN hadirkan asatizah-asatizah ni untuk memotivasikan kita, dan memberi spark untuk kita kekal bersemangat menuju Ramadan ini.

Umumnya kita melihat setiap Ramadan, selalu kena gandakan ibadah daripada sebelumnya. Mesti kena lebih baik daripada tahun lepas.

Tapi pernah tak kita terfikir. Sebenarnya di mata Allah, ‘lebih baik’ itu apa? 

Mungkin pada Ramadan kali ini, kita kena take a step back — Kita boleh memaknai lagi apa yang kita baca dalam solat, bersilaturrahim, dan sebagainya.”

SLOT 1: Ustaz Irfhan Fitri & Ustaz Muzuza

Program Ramadan Reset diteruskan dengan Slot 1 daripada Ustaz Irfhan Fitri dan Ust Muzuza. Dalam sesi daripada penyampai pertama, Ustaz Irfhan Fitri (penulis buku REDHA), beliau membincangkan topik Redha / Acceptance

Sesi perkongsian Irfhan Fitri tentang Redha

Definisi Redha menurut Ustaz Irfhan adalah, apabila kita menerima bahawa diri ini perlu melepaskan, atau menerima sesuatu yang berlaku kepada kita, untuk menjadi versi diri kita yang lebih baik.

Antara hadis yang dikongsikan adalah:

Wahai anak2 Adam, kalaulah dosa yang kamu lakukan itu setinggi langit sekalipun, kemudian kamu minta ampun kepadaKu, aku ampunkan kamu. Aku tak peduli pun.

Wa la ubaali = Allah takkan tanya pun apa yang kita buat sebelum ni. Allah tak kisah pun apa kamu buat. Allah maafkan kamu.

“Terimalah bahawa kita dah buat dosa. Itu diri kita yang lama. Terima bahawa kita akan kembali kepada Allah dan Allah akan ampunkan dosa kita. 

Memang Allah jadikan kita (manusia) untuk memohon keampunan kepada Allah.

Pada sepertiga malam, Allah bertanya, “Mana manusia yang ingin bertaubat kepadaKu?”

Jangan sampai rasa untuk bertaubat itu hilang. Rasa ingin bertaubat itu adalah rasa yang harus kita hargai – bila terdetik sahaja, Allah sudah mengira itu sebagai taubat

Rasa penyesalan itu sendiri ADALAH satu bentuk taubat.

Slot 1 diteruskan dengan penyampai kedua, Ustaz Muzuza dengan topik, ‘Ramadan Sebagai Ruang Kembali’

BACA JUGA  7 Kelebihan Ramadan
Sesi perkongsian Muzuza

Antara perkongsian Ustaz Muzuza:

Kemuncaknya, pada bulan Ramadan inilah kita perlu bersyukur.

Bulan Ramadan adalah sebagai bulan untuk kita bertenang menghadapi musibah.

Jangan lupa. Quran, zikir, solat ni macam ‘lampu’. 

Supaya kita dapat melihat, di mana kita berada sekarang. 

Supaya kita tahu macam mana nak uruskan diri kita supaya kita tahu, lepas ni nak buat macam mana.

“Rahmat dan kasih sayang Tuhan, bukan sahaja daripada apa yang Dia bagi, tetapi juga daripada apa yang Allah tarik.

Ramadan sendiri adalah lambang kita mengorbankan sebahagian dari kehendak nafsu untuk lebih dekat dengan Allah.

Kadang-kadang benda yang Allah tarik tu, ada benda yang dia nak bagi.”

Ramadan ini bukan berkenaan berlumba dengan orang lain. Tapi kita berlumba dengan diri sendiri (diri kita ketika Ramadan yang lepas).

Selagi mana kita usaha utk dekat dengan Tuhan, selagi itu Allah beri rahmat.

SLOT 2: Ustaz Dr. Zaharuddin

Slot 2 diteruskan dengan penyampai ketiga, Ustaz Dr. Zaharuddin dengan topik, ‘Kecilkan Beban, Besarkan Keberkatan’

Sesi perkongsian Ust. Dr. Zaharuddin

Banyak sangat komitmen kita yang kita rasa tak sempat nak penuhi. Terlalu banyak hingga merenggangkan hubungan kita dengan Pencipta. Kita tak fokus masa doa, solat pun sambil fikir komitmen.

Bulan Ramadan ini, kita rasa nak buat banyak to compensate 11 bulan yang kita tak sempat. Dan kita tak perasan, ibadah yang kita buat banyak-banyak tu buat kita lemah physically.

Di bulan Ramadan ni, sekadar niat untuk buat ibadah banyak-banyak pun, Allah dah bagi ganjaran pahala.

Jadikanlah Ramadan sebagai bulan reset.

Pada bulan ini, pintu neraka ditutup & pintu syurga dibuka dan dibuka peluang keampunan itu sepanjang Ramadan.

Ramai juga yang hadir ke Ramadan Reset bersama pasangan, kawan-kawan dan keluarga

SLOT 3: Ustaz Fakhri Fadzli & Ustaz Nazrin Nashir

Slot 3 diteruskan oleh Ustaz Fakhri Fadzli & Ustaz Nazrin Nashir

Ustaz Fakhri terlebih dahulu berkongsi tentang topik ‘Harapan’.

Menurut beliau, Ramadan adalah anugerah harapan dalam keterdesakan. Ustaz Fakhri banyak menyentuh tentang pentingnya ada keterdesakan ketika berdoa agar doa itu makbul.

Doa dimakbulkan bukan semata-mata kerana lafaz. Tapi kerana keadaan kita yang begitu menginginkannya. Ya, kita kena betul-betul teringin.

Doa juga tidak semestinya terlalu spesifik. Apa sahaja kepayahan yang Allah beri, itu adalah ruang untuk kita berdoa

“Ya Allah hari ni aku penat. Bantulah aku.” – Ini pun dikira sebagai doa

“Sebagaimana kita yakin bahawa kita akan berbuka puasa & waktunya akan tiba, walau sesakit manapun kita rasa, kita akan mampu juga utk yakin dengan janji Allah walau selama mana pun kita menanti (dalam keadaan rasa susah / sakit)”

Para peserta Ramadan Reset khusyuk mendengar perkongsian

Slot 3 diteruskan oleh Ustaz Nazrin dengan topik: Ramadan yang menawarkan harapan

Daripada banyaknya ayat Al-Qur’an, yang membezakan kita dgn orang bukan Islam; ini semua adalah harapan yang merupakan hadiah Tuhan untuk kita.

“Jadilah kehidupan kamu seperti seekor burung. Rasa cinta di kepala. Dan di kedua-dua sayapnya, harapan dan rasa takut (takut untuk buat maksiat)

Pada akhirnya, yang kita harapkan adalah rahmat Allah dan harapan itu sendiri.

BACA JUGA  Bagaimana Memenangi Hati Pasangan?

Perlu seimbang rasa harap & rasa takut ini.”

Bila seseorang itu buat salah, maka hendaklah dia berhusnuzon billah (bersangka baik kepada Allah) & berharap agar dosanya dihapuskan. Begitu juga org yang buat baik, hendaklah berharap agar amalannya diterima

SLOT 4: Ustazah Zahratur Rafiqah & Ezzah Mahmud

Dan seterusnya, Slot 4 (terakhir) berbentuk Forum yang penuh air mata daripada Ustazah Zahratur Rafiqah & Ezzah Mahmud

Ezzah Mahmud, menceritakan tentang struggle beliau menjadi seorang caretaker (penjaga) ibunya dan melepaskan impiannya

We just have to keep going and trust Allah.

I feel like I have to put other people constantly. My mom constantly tak sihat (she also has schizophrenia – can’t share sad stuff, cant be overly expressive because these things can trigger her). That’s why I use writing as a channel for my feelings.

— Ezzah Mahmud

Antara soalan yang ditanyakan oleh peserta Ramadan Reset, semuanya bersifat personal dan menyentuh hati:

SOALAN: Macam mana Izzah balancekan dgn harapan & menerima yang one day dia (mak) akan pergi?

JAWAPAN: It takes some time to internalise it. Balancing it takes a lot of effort & conscious mindsetting & awareness, that there’s still today and there might not be tomorrow. Everyone has their own way to further understand and appreciate what happen to you better.

Saudari Aini mengajukan soalan kepada panel forum pada Slot 4

Soalan buat Ustazah Zahra pula:

SOALAN: How would you reflect your Ramadan this year, given what has happened (what did you learn / how do you think it will be different this year)?

JAWAPAN: “I know that, at the end of the day, I have to be hamba yang bersyukur. That’s why I wrote the book: That’s my journey to understanding the layers of alhamdulillah.

Nak cakap alhamdulillah ketika diuji itu susah. Tak seperti ketika kita diberi nikmat.

“Allah selalu tegur saya waktu saya dah makin meningkat umur. Dan saya percaya, apa yang Allah kasi ni walaupun sakit tapi dia sebenarnya hadiah. Hadiah yang dibalut dengan penuh kesakitan.”

Dalam balutan itu, Allah sediakan satu cara untuk saya dekat dengan Allah. Sayalah anak kecil yang nangis itu. That’s how I cling to Allah SWT:

“Kau sakit Zahra, aku ada ubatnya. Takde orang boleh tolong. Hanya aku je”

“Ramadan is a reflection for all of us, that kita semua sedang diuji oleh Allah”

Boleh saya katakan, Ramadan tahun ini buat saya lebih memaknai syukur. Alhamdulilllah tu. Saya harap dalam ujian, kita sentiasa balik kepada Allah. Kita sentiasa tahu nak balik kepada siapa (Allah).”

Program Ramadan Reset diakhiri dengan Sesi Soal Jawab disusuli sesi Meet & Greet bersama para penulis.

Gambar keseluruhan peserta Ramadan Reset

Dapatkan 4 buku terbaru ini di imanshoppe.com

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *