Podcast Untuk Hati Yang Kosong

Hati yang kosong membuat kita lebih mudah untuk hilang fokus. Kini, ramai yang lebih gemar mendengar podcast apabila sedang memandu berseorangan atau sambil membuat kerja. Selain mampu menemani hari-hari kita, ia juga mampu memberi kita rasa tenang dan mengisi emosi. 

Pilihan podcast di Spotify juga semakin banyak yang dibuat dalam Bahasa Melayu. Jadi, pilihan yang ada banyak memudahkan pendengar untuk memilih top podcast mereka. Kebelakangan ini, bila bercakap mengenai rasa kosong pasti ramai yang mengaitkannya dengan emosi. Masakan tidak kita mengenepikan keperluan emosi kita ini.

Oleh itu, suka saya mahu kongsikan podcast yang banyak memberi sudut pandangan baru dalam menangani emosi bilamana kita merujuknya dengan kisah-kisah dari Al-Quran. Terasa seakan sangat dekat kehidupan ini dalam hidup seharian kita: 

1. Sehingga Kabus Berlalu

Sehingga Kabus Berlalu ialah siri podcast pertama bersama Imran Zaki, seorang penulis buku dari IMAN bertajuk Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran. Sebuah podcast yang membawa tagline “Berdukalah, kerana kita manusia” ini bagaikan sebuah selimut yang mendakap kita dengan Al-Quran. Selama ini, mungkin kita merasakan Al-Quran itu dekat apabila dibaca kalam-kalamnya, namun bilamana kita bertadabbur dan melihat isi setiap kisahnya terasa sungguh manusiawi jalan yang para anbiya’ lalui.

Misalnya saat kita membaca ayat-ayat Al-Quran dari satu ayat kepada ayat seterusnya, terdapat hikmah yang indah dan sangat dekat untuk disingkap pengajarannya. Oleh itu, dalam setiap episod dalam siri podcast ini, Imran Zaki cuba membawa kita untuk meraikan emosi dan perasaan dalam dakapan kisah-kisah Al-Quran. 

BACA JUGA  Tarikh Pesta Buku Negeri-Negeri di Malaysia Tahun 2022

Setiap episod dalam podcast ini diberi suntikan rasa untuk kita meraikan emosi dan perasaan. Ia bukan sesuatu yang lemah untuk diakui, tapi bukti kukuh bahawa kita adalah manusia. Siri podcast beliau merangkumi 7 episod:

Episod 1: Al-Quran Itu Menyembuhkan

Tuhan menurunkan Al-Quran sebagai pedoman dan penyembuh buat hamba-Nya. Namun persoalannya, jika Al-Quran adalah penyembuh, apakah ia juga berfungsi sebagai pengubat emosi kita? 

Episod 2: Berperasaan Itu Manusiawi

Apabila kita menyelak lembaran Al-Quran yang mengisahkan satu sosok hebat iaitu Nabi Yaakub AS, yang menangis sehingga buta matanya. Dek kerana kehilangan anakanda Yusuf AS, adakah Allah mengkritik dan murka dengan perbuatan menangis itu?

Episod 3: Makna Sebenar Sebuah Kesempurnaan

Apabila kita menelusuri kisah di dalam Al-Quran, kita akan sedar bahawa usaha pencarian kesempurnaan itu ialah perkara yang sia-sia. Jadi, bagaimana kita boleh letakkan makna sebenar pada sebuah kesempurnaan dalam hidup kita?

Episod 4: “Jiwa Yang Telah Beralih”

Betapa sukarnya saat hati sudah mula beralih arah. Bagi menyusun urusan hati apabila ia mula berantakan dan hilang arah, kita mudah untuk rasa kosong. Justeru, kepada sesiapa lagi kita ingin mengadu masalah jiwa jika tiada manusia yang memahaminya?

Episod 5: Kesedihan Yang Membina Diri 

Mengambil ibrah kisah Nabi Musa AS, hanya Allah yang mampu memberikan kekuatan untuk kita keluar dari kesulitan tersebut walau seberat manapun kesedihan dan ujian yang dilalui. Emosi kita juga akan mudah terusik saat sedih.

Episod 6: Menangislah dan Sembuhlah

Redha dengan kehidupan memerlukan prosesnya. Apakah yang menyebabkan seseorang itu dapat keluar daripada proses yang panjang itu?

Episod 7: Kenapa Ujian Tidak Berhenti

Setiap kisah yang diceritakan dalam Al-Quran ini menyingkap khabar gembira dari Allah buat setiap hamba-Nya. Rakaman-rakaman yang ada dalam Al-Quran ini adalah hadiah untuk kita. Justeru yakin dengan janji-Nya bahawa akan ada jalan penyelesaian bagi setiap satunya di akhir.

BACA JUGA  "Kenapa penoreh getah tidak boleh dipanggil 'Beliau'?"

Begitulah sinopsis pendek tujuh episod dari podcast Sehingga Kabus Berlalu ini. Menarik bukan setiap tajuk-tajuknya? Dengarkan podcast ini hari ini di pautan ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lebih mendalam dan miliki buku beliau, boleh dapatkan di imanshoppe.com.

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

--- Nadhirah Khairudin | Social media

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *