Macam mana nak tenangkan hati? | 10 Cara Urus Overthinking

“Ahh… penatnya nak overthinking!” Ha… siapa lagi macam ni. Kak Imanlah tu salah satunya. Haha.

Overthinking, “Apa yang orang fikir pasal aku?” Apa yang kita cakap siang tadi, terngiang-ngiang masa baring atas katil sampai tak boleh tidur! Padahal belum tentu apa yang kita fikir tu betul-betul berlaku. Kebanyakan keadaan lebih teruk dalam fikiran kita, berbanding daripada realiti sebenar.

Ada 10 Cara Urus Overthinking yang kita boleh aplikasikan. (Tips daripada buku Overthinking, Tapi Buat-buat OK’ tulisan Aqila Masri)

Kenal pasti punca ‘overthinking’

Barangkali overthinking ini datang daripada pengalaman lepas. Boleh jadi juga, anda kena sesuaikan keadaan mengikut keselesaan diri untuk mengurangkan kegelisahan.

Fokus kepada perkara yang kita boleh kawal

Kita tidak boleh mengawal faktor luaran (seperti cuaca, keputusan orang lain, dan kemungkinan yang boleh berlaku tapi di luar bidang kuasa kita). Fokuslah kepada apa yang kita boleh kawal — cara kita berfikir, reaksi kita dan apa-apa yang boleh diubah dalam bidang kuasa kita.

Sediakan waktu untuk refleksi diri

Jangan tunggu masa yang sesuai untuk buat refleksi. Asingkan satu masa spesifik setiap hari (atau setiap minggu) untuk mengenang semula, apa benda baru yang anda belajar pada minggu itu, apa perkara yang boleh dielakkan jika keadaan berulang lagi dan apa yang boleh ditambahbaik.

BACA JUGA  Istiqamah dalam beribadah | Reading Journey with SoulSisters: When You Think You're Falling

Tulis, apa yang terbuku di fikiran

Nak elak overthinking, jangan biarkan kata-kata itu terperangkap dalam fikiran kita. Make the thoughts tangible. Bermakna, tulislah apa yang menyerabutkan fikiran kita di atas kertas supaya nampak jelas, apa yang kita risaukan.

Bila kita nampak, kita boleh lihat di manakah yang perlu dibetulkan dan sama ada overthinking itu wajar berlaku atau tidak.

Kita tak perlu tahu semua benda

Untuk mula buat apa-apa pun, kita tak perlu tahu semua benda. Hanya fokus pada hal yang penting sahaja, berhenti menunggu dan terus bertindak.

Learn along the way. Contohnya, kalau anda ada projek penulisan, jangan overthinking dan rasa perlu mahir menulis seperti nama-nama penulis besar, sebelum anda mula menaip. Sebaliknya, kumpulkan maklumat yang perlu sahaja dan mula menulis. Nikmatilah prosesnya.

Amalkan ‘deep breathing’ & teknik ‘mindfulness’

Overthinking? Cari tempat lapang untuk duduk sebentar. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ulang berkali-kali sehingga anda rasa debar di dada mereda.

Bezakan pemikiran kita VS pemikiran orang lain

Kalau rasa ter-overthinking, pertama-tama sekali kena tanya dulu soalan: “Adakah apa yang aku risaukan ni adalah tentang apa yang aku fikir?”

Kalau kita sendiri yang risaukan terlalu banyak perkara, cuba bertenang dan redakan pemikiran anda.

Kalau kita risaukan apa yang orang fikir, kena berbalik kepada pesanan sebelum ini — Jangan risaukan apa yang kita tak boleh kawal. Tanggapan orang adalah salah satunya.

Tukar ‘overthinking’ kepada ‘self reflection’

Overthinking datang apabila ada perkara yang kita tidak pasti, menyebabkan kita berfikir secara berlebihan dan tidak terkawal.

Self-reflection pula adalah refleksi yang sihat kerana kita melihat kembali apa yang telah terjadi DAN belajar daripada setiap peristiwa itu. Bermakna, kita bukanlah berada dalam kitaran fikiran yang berputar-putar. Malah, kita ada tujuan dan merancang tindakan seterusnya.

BACA JUGA  Tips Menulis Buku Pertama

Lepaskan masa lalu

Sedalam mana pun kita berfikir, masa lalu tetap sifatnya tidak boleh diubah. (Dunia ini realiti, bukannya macam Back to the Future ya. Huhu)

Semua perkara yang berlaku pada kita, nikmatilah ia sebagai sebuah perjalanan yang membentuk diri.

Berada dekat dengan alam sekitar

Bak kata orang Barat, “Touch some grass.” Waktu petang selepas pulang bekerja tu, jalan-jalanlah di taman. Banyakkan tengok pohon hijau dan buat aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh.

Hormon dopamin yang dirembeskan melalui aktiviti senaman itu boleh memberi kebahagiaan kepada kita.

Penutup

Tidak mengapa kalau ‘overthinking’. ‘Ia bermaksud kita ambil berat dan hal itu penting untuk kita.

Dari perspektif lain, bagusnya ‘overthinking’ ini sebab, ia boleh menjadi pesanan untuk kita sentiasa tambah baik kehidupan kita.

Nak tahu lebih lagi? Ada banyak lagi tips menguruskan overthinking, ada diceritakan dalam buku ‘Overthinking, Tapi Buat-buat OK’ tulisan Aqila Masri. Yang bestnya, dalam buku ni banyak perkongsian sebenar daripada penulis yang membantu ‘validate’ overthinking anda — bahawa anda tidak bersendirian!

Dapatkan buku ni di sini!

Dapatkan buku ‘Overthinking, Tapi Buat-buat OK’ karya Aqila Masri di imanshoppe.com.

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *