Konsep Kintsugi Dalam Kulit Buku Mizi Wahid

Siapa yang dah dapatkan koleksi buku karya Mizi Wahid keluaran Iman Publication? Perasan tak, reka bentuk pada kulit hadapan buku yang bertajuk The Art of Letting God, Call Upon Him dan ‘You Are Loved’, sungguh unik! Terutamanya apabila letak ketiga-tiga buah buku itu bersebelahan. Seperti ada perkara yang tersirat dan mesej tertentu yang hendak disampaikan.

Apa yang lebih menarik, reka bentuk ketiga-tiga buku itu mempunyai persamaan dan berkesinambungan di antara satu sama lain. Tahukah anda, reka bentuk kulit hadapan yang anda tengok itu adalah diinspirasikan daripada sebuah hasil seni Jepun yang dipanggil ‘Kintsugi! ‘Kin’ membawa maksud keemasan manakala ‘Tsugi’ adalah bercantum kembali. 

Jikalau kita menemukan tembikar yang sudah pecah atau rosak, mungkin kita akan terus membuangnya ke dalam tong sampah sebab kita rasa benda itu sudah tidak berguna, kan? Namun berlainan pula situasinya di negara Jepun suatu ketika dahulu, pasu-pasu seramik yang telah pecah tidak dibiarkan begitu saja. Mereka mengambil inisiatif untuk mengumpulkan semula kepingan-kepingan tersebut lalu dicantum dan digabungkan. Sementara lekukan yang masih tersisa itu ditutup dengan warnaan emas!

Hasilnya, pasu yang sebelum ini dianggap tiada nilai, berevolusi menjadi pasu yang cukup bernilai kerana keunikannya. Demikianlah keistimewaan hasil seni yang dipanggil ‘Kintsugi. Lantaran elemen emas yang menutup rekahan itu menempatkannya dalam kelas yang tersendiri. Membebaskan Kintsugi daripada dibuat perbandingan, juga membebaskan daripada persaingan. Iaitu apabila kekurangan itu dilihat sebagai suatu kelebihan lalu dimanfaatkan sehingga menjadi tembikar yang cantik. Maka tak peliklah kaedah Kintsugi ini disambut baik dan digunakan secara meluas oleh seluruh dunia.

Kintsugi secara tidak langsung memberikan peringatan kepada kita untuk kekal optimis walaupun dalam fasa sukar dan menghargai setiap kesilapan yang dilakukan dalam hidup. – BBC

Konsep Kintsugi ini dilihat sangat berkait rapat dengan kehidupan seorang manusia. Lantas menjadi inspirasi kepada pereka kulit buku untuk menzahirkannya dalam bentuk visual. Kita dapat perhatikan bermula dengan buku ‘The Art of Letting God’. Kulit hadapannya dihiasi dengan serpihan-serpihan hijau biru yang terpisah. Barangkali ada yang beranggapan itu hanyalah corak yang mahu mencantikkan buku sahaja.  Ya betul, tidak dinafikan sememangnya itulah salah satu fungsinya. Tetapi di sebalik itu, Ia sebenarnya adalah simbolik kepada kerapuhan hati manusia dalam mendepani asakan dan desakan kehidupan.

BACA JUGA  10 Buku Pilihan Hantaran Kahwin 2022

Yelah, sifat hati itu kan tidak tetap. Sentiasa saja ia berbolak balik. Kejap kotor, Kejap bersih. Kejap teguh, kejap rapuh. Seringkali kita dengar kisah orang yang patah hati apabila ditinggalkan oleh kekasihnya. Semua ini menunjukkan bahawa manusia itu lemah. Hati sendiri pun tidak mampu dijaga apatah lagi hendak menjaga hati orang lain. Hal ini kerana, hati bukan milik kita, ia punya empunya. Justeru itu, mintalah kepada-Nya untuk diseimbangkan hati kembali. Anas meriwayatkan Baginda SAW berdoa yang bermaksud:

“Wahai Allah yang membolakbalik hati-hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa berada diatas landasan agama-Mu.” (Riwayat Tirmizi).

Hal ini membawa kita kepada buku yang seterusnya iaitu ‘Call Upon Him’. Pada kulit hadapannya, terpapar serpihan-serpihan tembikar itu sudah mulai mendekat. Ilustrasi tersebut seolah menggambarkan jiwa manusia yang sebelum ini berkecai, kini kian memulih. Memang bertepatanlah dengan kandungan buku itu sendiri yang berkisarkan tentang seni dalam berdoa. Antaranya bagaimana cara kita memanggil keteguhan itu dengan cara kita memanggil 99 Nama Allah SWT. Ya, Itulah rawatan hakiki. Semakin banyak kita berkomunikasi dengan Allah SWT, semakin hati mulai bercantum.

Akhir sekali, adalah buku yang bertajuk ‘You are Loved’. Buku ini umpama penyudah dalam perjalanan seorang manusia yang membawa hati yang remuk. Saat dia mula faham dan selesa meminta pertolongan pada tempat yang betul, maka pada saat itu jugalah keluhan bertukar menjadi kesyukuran. Kepincangan pada diri sudah tidak dirasai apabila setiap masa berserah diri dan bergantung harap kepada Allah SWT Yang Maha Sempurna. Bahkan diri sentiasa rasa disayangi sekaligus dapat menyerlahkan potensi menggunakan hati yang baharu. Tuntasnya, menerima ketidaksempurnaan itulah merupakan kesempurnaan. Firman Allah SWT yang bermaksud;

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah bagiku, dan Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penjaga (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”. (Surah Al-Imraan : 173)

Fuh! tidak sangka kulit hadapan yang ringkas sebegitu pun ada maksud yang sangat mendalam. Hal ini membuktikan syarikat IMAN Publication begitu mementingkan setiap aspek dalam penghasilan sebuah buku. Penuh dengan perincian bukan sahaja dalam aspek kandungan buku, malah dalam pembuatan kulit buku sekalipun.

BACA JUGA  Nilai Kejayaan Bukan Pada Habuan, tetapi Pengorbanan

Mari kita dengar reviu daripada kawan-kawan yang sudah membaca koleksi buku nukilan Mizi Wahid edisi soft cover ini. Apa kata mereka, adakah mereka perasan dan berjaya menelusuri konsep Kintsugi yang diketengahkan?

“Kepingan tembikar pecah tu nampak seperti kita ‘break down’ and start to pray to Allah – Anis Izzaty

Pendapat saya, first tu ‘The Art of Letting God’ kan, kepingan dia bertaburan. Mungkin maksudnya let God handle everything and slowly the broken pieces akan bercantum semula ha gitu. Like kita dah buat yang terbaik dalam hidup and serah kan selebihnya dekat Allah SWT untuk plan hidup kita macam mana. – Puteri Farrah

“This is what we called beautiful scars” – @Fasyamoya (Twitter)

Dari kiri dia ikut first series, ‘The Art of Letting God’, kepingan yang pecah tu seperti hati yang tengah terluka perlu melepaskan semuanya kepada Tuhan sebab dia yang menentukan. Seterusnya second ‘Call Upon Him’, dah start terubat dengan bercerita dekat Tuhan bukan manusia. Lepastu last lepas dah baca semua, dah mampu faham yang hidup ni ujian, so ‘You are Loved’ tu macam tolong pulihkan sikit serpihan hati yang sedih tu dengan warm words yang diri tu masih disayangi – Ummi Syafiqah

Teruja saya membaca komen mereka. Konsep ini telah memberi inspirasi bukan sahaja kepada tim IMAN tapi malah turut dirasai oleh pembaca buku-buku ini. Anda boleh dapatkan buku-buku ini di Imanshoppe.com. Versi soft-cover ni RM30 je tau sebuah.

Selamat menyambung serpihan-serpihan yang ada dan bangkit dengan lebih yakin!

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Amirul Amin | Social media
Pelatih Industri IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *