Kelah Buku: Tempat peminat buku bertemu!

Membaca biasanya dilihat seperti aktiviti yang dilakukan sendiri, kan? Kita jumpa orang yang minat membaca seperti kita, hanya bila orang itu ‘upload’ tentang buku di media sosial. Untungnya baru-baru ini, inisiatif Kelah Buku ini diadakan untuk mengumpulkan orang yang sama-sama minat buku pada satu tempat, di mana kelab pembaca buku, penggiat industri buku, dan peminat buku boleh sama-sama berinteraksi, berkongsi idea dan meluaskan jaringan sosial.

Dan semestinya, agar membaca terlihat jelas sebagai aktiviti yang menyeronokkan ketika bersantai.

Pada 22 November 2024 (Sabtu) yang lalu, program Kelah Buku telah diadakan di Taman Botani Putrajaya. Seharian peminat buku berkampung di sana, dari 7 pagi hingga 7 malam. Kelah Buku dianjurkan dengan kerjasama oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Booktube Malaysia, Perbadanan Kota Buku, Perbadanan Putrajaya dan Zonnique Creative Solutions.

Berikut merupakan atur cara sepanjang Kelah Buku berlangsung:

Sumber daripada Instagram: @booktubemy

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang Kelah Buku:

  • Pertandingan Mewarna Rara & Riri @ Kelah Buku, Putrajaya
  • Pertandingan Fotografi
  • Pertandingan Hamparan Kelah Terbaik (IMAN menang apa? tanya balik)
  • Persembahan khas dari Sani Sudin
  • Aktiviti Kanak-kanak: Dongeng Interaktif Bersama
  • Persembahan Silat daripada Akademi Silat Setia Fatani
  • Sesi Bual Bicara bersama penerbit di Pentas Utama
  • Dan banyak lagi aktiviti menarik daripada pihak pempamer.

IMAN Publication juga tidak ketinggalan menyertai acara Kelah Buku ini, bersama-sama penerbit lain seperti Manes Woodworks, Karangkraf, Hilal Asyraf Resources, Cereka, FIXI, Hikayat Fandom, PTS Bookcafe, Jejak Tarbiah, Dewan Bahasa dan Pustaka, KataPilar Books & PNI Neuron (M) Sdn Bhd.

Walaupun dalam keadaan cahaya mentari yang terik, ditemani angin yang sekali-sekala bersepoi, boleh tahan ramai juga yang datang mengunjungi booth IMAN.

BACA JUGA  Ramadan Reset | Pelancaran 4 buku terbaru peneman Ramadan anda

IMAN meraikan pengunjungnya dengan beberapa aktiviti menarik seperti mewarna, DIY Bookmark sendiri, dan aktiviti pinjam buku. Jualan buku juga ada diadakan di semua booth penerbit.

‘Standee’ yang ditayangkan pada pintu masuk ‘booth’ IMAN di Kelah Buku.
Tiga pengunjung seronok menunjukkan bookmark yang mereka hias sendiri.
Close up bookmark bertulis quote pilihan pengunjung.
Rak yang dikhususkan untuk aktiviti Pinjam Buku di booth IMAN, sempena Kelah Buku.
Kad Perpustakaan yang dikelipkan pada buku-buku untuk dipinjam para pengunjung

Antara tarikan utama di booth IMAN adalah sudut mewarna. Terutamanya di sebelah petang, ramai anak-anak kecil ramai-ramai mewarna, sambil ditemani ibu bapa di sisi.

Seisi keluarga bergambar di bawah pohon di bahagian mewarna
Kelah Buku juga dimeriahkan dengan ibu bapa muda yang menemani anak mewarna
Pengunjung juga dijemput mewarna di bawa booth IMAN di Kelah Buku.

Penutup

Secara keseluruhan, program Kelah Buku ini mendapat sambutan yang baik dari para penggemar buku, termasuklah remaja-remaja dan keluarga yang ingin meluangkan masa bersama di hari minggu. Terima kasih juga kepada pihak penganjur yang menganjurkan Kelah Buku. IMAN teruja untuk menyertai lagi aktiviti buku seperti ini di masa hadapan.

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *