10+ Kedai Buku Dengan Rekaan Menarik sekitar KL dan Selangor

Selari dengan keadaan semasa yang kembali normal, ramai yang mencuri peluang untuk keluar ke pusat beli-belah atau taman rekreasi bagi mengisi masa lapang. Bagi peminat buku, sudah tentu antara perkara yang sangat dirindui ialah untuk ke kedai buku.

Deretan buku yang tersusun kemas di atas rak digabung dengan aroma buku baharu mampu memberi ketenangan kepada para peminat buku. Artikel kali ini bakal berkongsi senarai kedai buku yang mempunyai rekaan menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

1. Powder Room by BookXcess

kedai buku

Istimewanya, kedai buku BookXcess cawangan ini ialah ianya dikhaskan untuk wanita. Suasana yang dihiasi candelier, corak batu marmar dan dinding bertona jingga membuatkan kedai buku tersebut kelihatan sungguh mewah sekali. Semestinya kedai ini merupakan ruang selamat untuk kaum Hawa mencuci mata dengan buku-buku yang telah dipilih khas buat mereka. Di dinding kedai, terdapat ungkapan motivasi yang menjadi inspirasi buat kaum wanita. Buku yang terdapat disini adalah seperti fiksyen, bukan fiksyen, dan buku bacaan kanak-kanak.

Alamat: G-231, Ground Floor, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

2. Tintabudi,KL

Tintabudi
Kredit: Timeout

Terletak di Zhongshan Building di Kampung Attap, Tintabudi merupakan sebuah kedai buku yang mempunyai suasana yang tenang dan sesuai untuk para pencinta buku. Meskipun tapak operasinya tidaklah sebesar kedai buku mega yang lain, namun kedai ini menawarkan koleksi buku yang unik. Antara pilihan buku yang ditawarkan termasuklah buku-buku dalam bidang kemanusiaan, sastera, puisi, falsafah, sejarah dan seni.

Alamat:  80, Jalan Rotan, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Kinokuniya

Kinokuniya

Kinokuniya merupakan nama yang tidak asing lagi bagi para bibliofil. Kedai buku mega yang terletak di tingkat paling atas Suria KLCC merupakan sebuah kedai buku yang bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis buku malah turut mempunyai rekaan dalaman yang menarik. Dilengkapi tingkap yang besar serta lantai kayu, ruangnya memberikan perasaan senang untuk pengunjung meneroka rak-rak buku di ruangaan seluas 30 ribu kaki itu. Meskipun harga buku-buku di sini agak tinggi berbanding kedai yang lain, tetapi anda pasti berasa puas hati kerana kedai ini menawarkan banyak koleksi buku-buku yang terhad dan turut mengadakan acara buku yang menarik seperti Harry Potter Nights.

Alamat: KLCC, 406-408 & 429-430, Level 4 Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

BACA JUGA  7 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah!

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

4. BookXcess REXKL

BookXcess RexKL merupakan ruang yang telah diubah dari panggung wayang ke kedai buku. Bookxcess di RexKL menempatkan kira-kira 80,000 buah buku yang disusun di rak daripada lantai hingga ke siling. Kedai buku BookXcess ini mempunyai tangga yang seakan-akan menyerupai rak buku besar dan mempunyai loteng tersembunyi. Bermain dengan konsep perspektif BookXcess REXKL berjaya membawa suasan vintaj dan menarik ramai pengunjung ke situ.

Alamat: Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

5. Tokosue

Image
Kredit: @LiemAdrian

Kedai buku Tokosue merupakan kedai buku dan seni yang membawa konsep minimalis. Kedai yang terletak di Wisma Central ini baru sahaja dibuka secara rasmi pada 26 Mac 2022. Antara genre buku yang ada disini adalah seperti buku fiksyen, puisi dan cerpen. Yang paling menarik di sini tentulah ruang seni dan kreatif yang tersedia. Dinding kedai buku ini mempamerkan hasil karya seni artis tempatan yang boleh dimiliki. Malah terdapat tote bag, beg batik, t-shirt, book sleeve, poskad dan lukisan. TokoSue juga memasarkan produk bawah bimbingan United Voice. Ada anyaman Saori hasil tangan kreatif individu OKU pembelajaran seperti autism, down syndrome & lembam. Ruang bacaan atau perpustakaan mini juga disediakan dan anda dialu-alukan untuk menyumbang buku jika anda inginkan.

Lokasi: Level 1, Wisma Central, Jalan Ampang, 50450, KL

Waktu Operasi: Isnin Tutup, Selasa – Ahad ,12 pm ke 8 pm.

6. LitBooks

Lit Books Petaling Jaya Selangor - Gambar Depan Kafe
Kredit: @mylitbooks

LitBooks mempunyai rekaan dalaman yang bertemakan minimalis dan kelihatan sangat kemas. Kedai yang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang juga merupakan bekas wartawan ini menawarkan pelbagai pilihan buku dari pelbagai bidang. Pasangan ini cukup arif tentang setiap buku yang ada di kedai mereka dan bersedia untuk membantu anda mencari buku yang anda idamkan. Selain rekaan kedainya yang menarik, kedai ini turut menyajikan kopi daripada bar kopi Nespresso yang membolehkan anda untuk membaca sambil bersantai bersama pengunjung yang lain.

Address: P-1-11 Tropicana Avenue, 12, Persiaran Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 1 petang – 7 malam

7. Book Xcess Sunsuria Forum, Shah Alam

BookXcess
Kredit: Hype

Keunikan yang dimiliki Book Xcess Sunsuria Forum terletak pada rak buku yang meninggi dan berbentuk bulatan yang hampir menyerupai suasana di perpustakaan terkenal di Seoul, Starfield Library. Anda bukan sahaja dapat menikmati suasana yang menarik dan Insta-worthy, tetapi anda juga ditawarkan dengan lebih 500, 000 tawaran buku dari pelbagai genre. Selain itu, tempat ini juga menempatkan ruangan santai yang selesa serta kafe untuk anda membaca sambil menghirup secawan kopi kegamaran anda.

Alamat: SB-1, Sunsuria Forum, No.1, Jalan Setia Dagang AL U13/AL, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

BACA JUGA  5 Tips Memupuk Minat Membaca

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

8. Cite Book Garden, Sri Petaling

Cite Book Garden
Kredit: Timeout

Cite Book Garden yang terletak di Bandar Baru Sri Petaling agak berbeza dengan kedai buku yang lain kerana pengunjung boleh mencuci mata dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan yang menghiasi kedai ini. Kedai buku ini dihiasi dengan tumbuhan yang hidup dalam pasu bergantung di luar tingkapnya yang besar. Cite Book Garden lebih dikenali dalam kalangan pembaca buku bahasa Mandarin kerana ia menempatkan pelbagai variasi buku dari Taiwan, Hong Kong dan China.

Alamat: 41, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

9. Kedai Fixi

Kedai Fixi
Kredit: Timeout

Kedai Fixi merupakan kedai yang menempatkan koleksi buku-buku terbitan Buku Fixi. Rekaan dalaman yang bertemakan batu bata dan mortar menampakkan kedai tersebut minimalis dan indie bersesuaian dengan tema buku-buku terbitannya.

Alamat: Sunway Putra Mall, L4.41, Level 4, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11 pagi – 7 malam

10.The Cube, Isetan The Japan Store

The Cube, Isetan The Japan Store
Kredit: Time Out

Kedai buku The Cube yang berlokasi di Isetan ini memberikan ‘vibe’ yang hampir sama dengan kedai buku Kinokuniya di Suria KLCC. Rak-rak buku di kedai ini dipenuhi dengan ribuan buku yang telah dipilih khas oleh kurator buku Yoshitaka Haba dari Syarikat BACH yang terkenal di Jepun. Anda boleh mendalami budaya Jepun bukan sahaja melalui pembacaan naskhah-naskhah yang disediakan, malah The Cube turut mengetengahkan zon “feel”“know” dan “create” yang akan memberikan pengalaman yang lebih menarik tentang budaya Jepun. Rekaan dalaman The Cube dihiasi dengan lukisan-lukisan dan seni yang menggambarkan budaya Jepun.

Alamat: Lot 10 Shopping Center, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

11. I Am Lejen

I Am Lejen
Kredit: Timeout

Di I Am Lejen, anda bukan sahaja akan dapat membeli buku-buku, malah kedai ini turut menjual barangan lain seperti hoodie dan baju T. Rak buku yang berbentuk tulisan LEJEN merupakan antara tarikan menarik di kedai ini. Ruang rehat yang menempatkan ‘bean bag’ serta meja kopi sangatlah sesuai untuk para pengunjung melabuhkan punggung dan membaca buku dengan santai di kedai ini. Meskipun ruangan kedai ini kecil, tetapi deretan buku arus indie memenuhi setiap ruangnya.

Alamat: 12-G, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi – 6 petang

Justeru,

Banyak kedai buku yang menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh anda kunjungi. Harap artikel ini memberi manfaat kepada peminat buku di luar sana.

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Adlan Khalidi | Social media
Penulis konten IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *