Setiap tahun, topik ‘istikharah’ sentiasa mendapat perhatian di media sosial. Istikharah pula selalu dikaitkan dengan soal jodoh. Namun, adakah kita hanya memerlukan istikharah apabila mencari pasangan hidup?
Pertama sekali, ayuh kita kenal pasti – Apa maksud ‘istikharah’ yang sebenarnya?
Table of Contents
Makna sebenar ‘Istikharah’
Istikharah merupakan sebuah kata nama dalam bahasa Arab yang bermaksud, memohon kebaikan pada sesuatu perkara. Dalam bahasa Arab, perkataan yang bermaksud kebaikan ini ialah “khair”.
Daripada definisi bahasa ini, kita dapat tahu bahawa istikharah membawa erti, kita memohon kebaikan sebuah kebaikan pada keputusan yang akan kita ambil.
Ketika Nabi Musa AS berdoa kepada Allah SWT, baginda juga memohon agar dikurniakan kebaikan:

Istikharah sebagai sebuah ‘lifestyle’
Hakikat sebenarnya, istikharah bukanlah sepatutnya kita lakukan hanya apabila ada hal-hal besar sedang berlaku dalam hidup kita. Istikharah sebenarnya merupakan sebuah lifestyle (gaya hidup).
Maksudnya, kita menjadikan istikharah sebagai sebahagian besar daripada hidup kita — menggambarkan betapa tingginya pergantungan kita kepada Allah SWT.
Tahukah kalian, ada saintis mengatakan, seorang manusia membuat keputusan sebanyak 35 000 kali setiap hari?
Seluruh hidup kita berkisar kepada membuat keputusan. Seperti, nak makan apa hari ni? Nak pakai baju apa? Buku apa nak baca? Jadi wajarlah istikharah menjadi sebahagian besar dalam hidup kita.
Istikharah bukanlah sekadar dua rakaat solat dan untaian doa. Sesungguhnya, istikharah adalah simbol seorang hamba yang berserah kepada Tuhannya.
Macam mana nak buat istikharah?
Dalam buku Adakah Ini Yang Terbaik? karya Nazrin Nashir ada menerangkan perbahasan ulama, tentang 3 cara untuk melakukan istikharah.
Cara pertama
Cara ini yang paling disepakati oleh kesemua ulama 4 mazhab.
Caranya, dengan menunaikan solat sunat dua rakaat dan memasang niat istikharah, kemudian diikuti dengan doa, sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadis.
Cara kedua
Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i mengatakan, HARUS istikharah dilakukan dengan hanya doa sahaja.
Cara ketiga
Berdoa selepas solat. Ulama mazhab Maliki dan Syafi’i berpendapat bahawa, istikharah cara ini adalah HARUS.
Namun begitu, sudah semestinya melakukan istikharah dengan cara yang pertama, iaitu dengan melakukan solat sunat dua rakaat kemudian diikuti dengan doa, adalah paling baik dan sempurna.
Doa Istikharah

Jabar bin Abdillah RA menceritakan bahawa Nabi SAW mengajar para sahabat untuk beristikharah dalam semua perkara. Kalau belum mampu hafal, usahakanlah dengan membaca sambil melihat teks, supaya maknanya lebih terpelihara.
Penutup
Istikharah membuatkan hati kita sentiasa berhubung dengan Allah. Berdoalah kepada Allah pada bila-bila masa, dan tidak hanya terikat pada waktu solat sahaja, sebagai tanda pergantungan kita yang sepenuhnya kepada Allah.
Ada banyak lagi kupasan tentang istikharah yang diceritakan dalam buku Adakah Ini Yang Terbaik? karya Nazrin Nashir.
Miliki buku ini di imanshoppe.com