Anda suka menulis dan berkongsi pandangan? Ingin menulis tapi tidak tahu untuk hantar di mana? Ingin mengasah bakat penulisan anda?
Mari hantar artikel anda kepada kami untuk diterbitkan. Artikel terpilih akan dapat baucer buku bernilai RM30.
Terma & syarat untuk artikel di blog IMAN Shoppe
- Artikel boleh ditulis dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris bertemakan budaya membaca atau tips-tips yang sesuai, refleksi kehidupan atau buku dan motivasi. Hantarkan sahaja artikel yang dirasakan sesuai. Boleh tengok contoh di https://blogiman.com/
- Artikel yang dihantar ke IMAN mestilah karya asli, tidak diciplak dari individu lain.
- Panjang artikel hendaklah antara 650 – 1000 patah perkataan. Menggunakan format Microsoft Word dan ejaan penuh.
- Artikel yang dihantar dan terpilih akan disunting dan disesuaikan mengikut kesesuaian pembaca dan akan menerima baucer buku bernilai RM30 untuk anda gunakannya di imanshoppe.com. Boleh pilih buku yang anda inginkan. (Anda akan dihubungi dalam tempoh 3 bulan selepas artikel anda diterima)
- Sertakan maklumat anda
- Nama (boleh sertakan nama pena jika ada),
- Nama akaun FB/ IG/ Twitter,
- No phone / whatsapp
- Alamat surat-menyurat
- Hantarkan karya anda ke : hello@imanshoppe.com
Related search: guest blogging, submit article, write for us, submit your guest post,
Gambar kredit: CNN Underscored