
Acap kali menjelang Ramadan, kita pasti sibuk dengan pelbagai persediaan menuju bulan yang mulia. Sibuk dengan menyusun menu berbuka, memikirkan di mana tempat berbuka dan merancang untuk beriktikaf di masjid. Namun kita sentiasa kita terlepas pandang suatu perkara, tentang persediaan rohani ahli keluarga kita terutama anak-anak.
Bulan Ramadan merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita mendidik anak-anak tentang rukun Islam bermula dengan solat, puasa dan juga doa. Sinonim dengan Madrasah Tarbiyah yang Allah kurniakan, ia hadir dalam suatu bentuk rahmah yang tidak dapat kita temui dalam bulan-bulan Islam yang lain.
Table of Contents
Siri Bestnya

Melalui Siri Bestnya, anak-anak dapat mengenali dan memahami asas-asas rukun Islam berkaitan dengan solat, doa dan puasa. Ia menampilkan imej yang segar dalam grafik yang menarik dan berwarna-warni. Sangat sesuai dijadikan bahan bacaan seisi keluarga dalam menyampaikan mesej Islam kepada anak-anak.
Siri ini terbahagi kepada tiga judul:
1. Bestnya Doa!

Buku ini mengandungi 33 doa harian yang sangat mudah untuk diamalkan oleh anak-anak seawal usia 4 tahun. Bestnya Doa ini adalah alat bantu mengajar bagi ibu bapa memupuk persekitaran yang berakhlak dan beradab sesama keluarga. Menariknya ia turut memuatkan pelbagai tips dan aktiviti doa harian bagi memudahkan anak-anak membaca dan menghafal doa.
Ramadan kali ini pasti mengujakan dengan kehadiran buku Bestnya Doa sebagai teman mereka. Bila mana setiap kali kita memulakan rutin harian dengan doa bersama keluarga, ia menjadi contoh untuk anak-anak meneladani dan memaknai doa secara tak langsung ia memberi keseronokan berpanjangan buat mereka dalam proses pembelajaran.

Ketika kali pertama pembaca membaca buku ini, saya teruja dan tak sabar mahu menghadiahkannya untuk anak bongsu saya Aliyah Hakimah yang berusia 10 tahun.
Kenapa? Aliyah suka melukis dan subjek komik mudah menarik perhatiannya.
Buku ini memiliki 3 daya tarikan utama; Pertama, grafik dan lukisan buku yang mampu “menjolok perhatian” kanak-kanak.
Kedua, buku ini mengumpulkan doa dari guru terbaik manusia, Rasulullah SAW dan ketiga, terdapat koleksi doa yang sahih daripada Hadith.
2. Bestnya Solat!
Dalam mendidik anak-anak untuk solat, agak sukar sekiranya mereka tidak diberikan kefahaman secara menyeluruh dari awal tentang kenapa dan bagaimana solat itu dilakukan.
Dengan buku Bestnya Solat ini, anak-anak akan lebih cepat belajar dan faham bersama tips dan nota dalam komik yang penuh dengan grafik berwarna ini. Setiap rukun solat diterangkan dengan langkah yang mudah untuk diikuti dan diamalkan.

Memahamkan anak-anak perlu disertakan dengan aktiviti yang menarik supaya mereka tidak mudah bosan dan tertarik untuk belajar. Illustrasi buku komik yang berwarna-warni menceriakan suasana pembelajaran anak-anak.
Tatacara dan bacaan yang jelas memudahkan mereka ingat akan setiap pergerakan dan rukun solat. Justeru, anak-anak tidak akan rasa terbeban menghafal bacaan dalam solat dan mereka akan lebih teruja untuk melakukan solat bersama keluarga.


3. Bestnya Puasa!
Ia berkisar tentang kisah seorang anak kecil bernama Fateh yang berazam untuk berpuasa penuh sebulan Ramadan buat pertama kali di dalam hidupnya.
Menjadikan Walid dan Ibu sebagai contoh ikutan sepanjang bulan Ramadan ditambah pula dengan sikap ingin tahu Fateh, membuatkan Ramadam pada tahun ini lebih bermakna buat diri Fateh.
Ingin melihat gelagat Fateh berpuasa pada tahun ini? Ikuti kisah Fateh di dalam buku ini Bestnya Puasa!


Buku ini didatangkan bersama poster checklist Ramadan dan panduan amalan harian untuk aktiviti bersama anak-anak di rumah sepanjang Ramadan. Semoga kisah puasa dan raya keluarga Fateh ini memberi keseronokan berpanjangan buat anda dan keluarga di bulan mulia.
Lahirnya benih agama dari rumah
Dari rumah lahirnya kasih sayang, benih agama yang telah tersemai sejak zaman Rasulullah SAW lalu bercambah menjadi satu hubungan yang mekar dan akrab antara anak-anak dan ibu bapa.
Di sini, tarbiyah dan ujian datang melengkapi hidup kita menuntut kita untuk belajar dan berkongsi kebahagiaan dengan keluarga dalam misi membina syurga bersama.
Bersama kita mengimarahkan Ramadan yang bakal menjelang tiba dengan Siri Bestnya ini di website imanshoppe.com dengan anak-anak supaya mereka dapat memaknai ibadah puasa ini dengan penuh ketaqwaan.
