target

“Apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup ni?” | Tujuan Hidup

Ramai orang yang hanya hidup sekadar hidup. Apa lagi dalam kesibukan dunia masa kini, ramai yang tak sempat membuat refleksi dan mengenali diri sendiri. Urusan ini dianggap tidak penting, sehinggalah akhirnya menemui jalan buntu.

Oleh itu, sangat penting untuk kita menetapkan tujuan hidup kerana ini yang akan menentukan tindakan kita dan jalan yang kita akan ambil. Orang yang mempunyai tujuan / misi hidup yang jelas, mereka akan lebih yakin untuk bergerak ke hadapan dan maju dalam setiap fasa kehidupan.

Ada 5 soalan yang kita kena tanya pada diri untuk mula membina tujuan hidup:

Apa nilai yang penting buat diri aku?

Hidup kita lebih mudah bila kita tahu NILAI yang kita pegang. Bila ada ‘clash’ dalam membuat keputusan, masa itulah kita kena balik kepada NILAI kita iaitu apa yang kita hargai.

Malah, banyak keputusan besar kita dalam hidup seperti kerjaya, dengan siapa kita berpasangan, tempat tinggal, kenderaan… semuanya perlu berbalik kepada NILAI.

Apa sumbangan aku kepada dunia?

Kita selalu menantikan orang-orang baik di sekeliling kita. Sebaiknya, daripada menCARI, ayuhlah kita menJADI orang baik. Orang baik adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain walau sekecil-kecil perkara.

Manusia adalah ciptaan Tuhan yang terbaik. Percayalah, setiap daripada kita ada potensi diri di atas muka bumi ini.

Kenalpasti AMAL BAIK yang kita lakukan dan KELEBIHAN yang ada pada diri kita. Lalu manfaatkanlah sebaiknya.

BACA JUGA  Chess Dan Organisasi

Contohnya, kalau anda seorang yang ramah dan mudah ‘masuk’ dengan orang lain, gunakanlah kelebihan itu menjadi penghubung persahabatan antara orang lain. Kalau anda pandai mengemas, gunakanlah kelebihan itu untuk menjaga kebersihan sekaligus memudahkan urusan orang lain.

Apa yang aku mahu capai dalam jangka masa panjang?

Bayangkan siapa yang anda akan jadi dalam jangka masa 5 tahun, 10 tahun, dan 20 tahun akan datang. Orang seperti apa yang anda mahu jadi?

Fikirkan, apa yang kita perlu UBAH, BUANG & TAMBAH dalam rutin hidup kita supaya kita dapat menjadi versi kita yang akan datang.

Apa peranan dan tanggungjawab aku?

Bila dikatakan PERANAN, ia boleh berkait dengan kerja yang kita pilih, posisi kita dalam masyarakat, atau peranan kita yang lebih peribadi dalam keluarga (seorang kakak, abang, ibu, ayah, sepupu, dan lain-lain).

Contohnya sebagai seorang abang sulung, apakah tanggungjawabnya pada adik-beradik yang lain dan dengan ibu bapa?

Apa urusan yang aku mahu utamakan dalam hidup?

Bila kita dah tahu apa tujuan hidup atau objektif kita, tanya pula, “Apa perkara penting yang aku mesti selesaikan untuk mencapai tujuan hidup ini?

Contohnya, jika tujuan hidup anda adalah untuk membantu orang, antara yang perlu diutamakan adalah, mesti usaha untuk masuk dalam organisasi NGO kebajikan seperti buat kajian, perbaiki kemahiran komunikasi dan ‘networking’ untuk meluaskan peluang kerja amal antara organisasi.

Dalam buku ‘Macam Mana Kalau Kali Ini Kita Berjaya’, penulis Dr Ashraf Rostam ada memberi panduan dan contoh ilutrasi supaya kita lebih jelas, bagaimana untuk menulis tujuan / misi hidup. Berikut merupakan contoh tujuan hidup yang boleh kita jadikan panduan.

BACA JUGA  Banyak Membaca adalah Satu Keajaiban Dunia Zaman Ini

Penutup

Tujuan hidup ibarat kompas kita sebagai tempat kita kembali apabila melakukan apa-apa keputusan. Kak Iman rekemen sangat buku ‘Macam Mana Kalau, Kali Ini Kita Berjaya’ kalau awak serius nak ubah hidup ke arah yang lebih baik.

Dapatkan buku ‘Macam Mana Kalau, Kali Ini Kita Berjaya’ di imanshoppe.com

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *