feeling sad

5 Tahap Kesedihan Yang Anda Kena Tahu Bila Kehilangan Orang Yang Tersayang

Kita semua mesti pernah rasa kehilangan, kan? Dari kecil kita berdepan dengan kehilangan, seperti kehilangan haiwan peliharaan, orang tua, dan ahli keluarga kita sendiri.

Bila sebut tentang orang yang kita sayang, ini bermakna, mereka ini sangat penting dalam hidup kita.

Mereka ini yang beri kita semangat untuk pulang ke rumah.
Dan kebanyakan masa, mereka kerap menjadi sebab untuk kita kuat dan meneruskan kehidupan.

Namun sudah namanya manusia, apa yang kita ada, semuanya milik Tuhan.
Sebagai seorang manusia yang mempunyai kepelbagaian emosi, pastinya susah menghadapi sebuah kehilangan. Soal kesedihan ini kerap kali diolah dalam cerita novel IMAN. Contohnya, pasti ramai yang turut merasai kesayuan watak Ehsan apabila berhadapan dengan kehilangan ibunya di awal cerita.

Ehsan dalam novel ‘Jangan Kacau Aku Boleh Tak?’ bergelut dengan perasaan sedih yang sukar ditafsirkan sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.

Dapatkan novel “Jangan Kacau Aku Boleh Tak?” di sini

Untuk mengendalikan kesedihan kita, adalah wajar untuk kita kenali, apa tahap-tahap kesedihan ketika menghadapi kehilangan.

Mengikut Grief Cycle Model, berikut merupakan tahap-tahap kesedihan yang kita alami apabila berdepan dengan kehilangan:

Penafian (Denial)

Pada peringkat terawal, secara sedar atau tidak, kita enggan menerima maklumat atau berita yang baru kita terima. Contohnya seperti yang berlaku pada watak Ehsan dalam novel “Jangan Kacau Aku Boleh Tak?”, di mana dia susah menerima hakikat bahawa ibunya menghadapi kemalangan sehingga meragut nyawa.

Kemarahan (Anger)

Hal kedua yang alami adalah perasaan marah. Boleh jadi kita marah pada diri sendiri, pada orang lain, pada situasi dan takdir

BACA JUGA  Apa Yang Best Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)?

Tawar-menawar (Bargaining)

Pada tahap ini, timbul persoalan, “Bagaimana kalau kehilangan itu tidak berlaku? Bagaimana kalau ada sesuatu yang boleh dilakukan, yang boleh mengubah kehilangan daripada berlaku?”

Kemurungan (Depression)

Ini tahapnya di mana kita mula menerima hakikat yang sebenarnya berlaku kepada kita. Semua rasa datang menyerbu, menyelubungi kita. Ketika ini, barulah reaksi fizikal akan kelihatan. Contohnya, kita akan mula menangis dan mengasingkan diri.

Penerimaan (Acceptance)

Tahap terakhir adalah apabila kita benar-benar menerima hakikat bahawa orang yang kita sayang itu telah tiada. Bahawa kehilangan ini benar-benar berlaku. Ketika ini, fikiran kita telah rasional dan kita mampu bertindak untuk meneruskan kehidupan.

Apa Yang Kita Boleh Bantu?

Tahap-tahap kesedihan ini boleh jadi tidak berlaku secara berturutan, berlaku secara rawak atau melompat daripada satu tahap dan kembali ke tahap sebelumnya.

Jika yang mengalami kehilangan itu adalah diri kita sendiri, ambillah masa untuk memproses perasaan kita. Sekiranya ia berlaku kepada orang yang dekat dengan kita, cukup sekadar anda memberitahu, “Aku ada untuk mendengar luahanmu.” Dan sekiranya kesedihan semakin melarat dan berlarutan sehingga mengganggu fungsi hidup, carilah bantuan profesional seperti psikologis klinikal atau terapis.

Hubungi Befrienders Kuala Lumpur di 03 – 622929 atau layari https://www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *