Apa Itu Anxiety?

Ramai orang bercakap mengenai anxiety sekarang ini berbanding pada zaman nenek moyang kita. Kes anxiety juga meningkat jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Persoalannya, adakah nenek moyang kita tidak melalui anxiety? Apa bezanya kehidupan mereka dengan kehidupan kita?

Anxiety boleh menjadi positif, dan ia juga boleh menjadi negatif. Ia akan menjadi positif apabila ia mengarahkan kita untuk grow dan survive dalam kewujudan ancaman, dan ia akan menjadi negatif apabila ia merosakkan fungsi kita sebagai manusia. Namun, bagaimana kita ingin mengetahui perbezaan antara kedua-duanya?

Apa sebenarnya anxiety?

Anxiety adalah tindak balas badan kita apabila ada kemungkinan ancaman akan datang kepada kita. Merasakan ada kemungkinan perkara tak bagus akan berlaku, sama ada kita yang bayangkan atau perkara tersebut betul betul berlaku.


Jika ada acaman berlaku, otak kita akan mempersiapkan badan kita untuk hasilkan tindak balas kepada ancaman tersebut. Ia adalah fitrah alam. 

Contohnya: Masa kita ingin berucap di depan khalayak ramai, kita fikirkan “Macam mana kalau saya salah cakap? Apa orng akan fikir pasal saya?”

Contoh lain adalah apabila kita ternampak anjing, kita akan lari. Lari tu berlaku secara automatik. Inilah tindak balas dari anxiety.

Jika zaman nenek moyang kita menerima ancaman daripada binatang buas, hutan yang menakutkan dan pelbagai lagi ancaman fizikal yang lain. Tetapi di zaman moden ancaman boleh berlaku dalam bentuk nak bayar bil hujung bulan, dateline kerja dan pelbagai lagi.  

Semua punca ini merupakan situasi yang sama seperti ketika kita melihat anjing tadi dan rasa nak lari. Rasa cuak, risau dan takut. Perasaanya sama, tetapi puncanya berbeza.

BACA JUGA  Nilai Kejayaan Bukan Pada Habuan, tetapi Pengorbanan


Anxiety yang baik

Anxiety yang normal memberi ruang kepada kita untuk berfungsi dengan baik untuk memenuhi keperluan kehidupan. Bila ada anxiety, badan kita akan menyusun untuk menyelesaikan tugas-tugas harian dan membantu kita mengatasi had biasa kita, seperti mendorong kita untuk menepati deadline dalam pekerjaan dan pelajaran.

Anxiety kalau pada peringkat yang betul dan optimum adalah baik. Pelajar yang cuak akan membuat persediaan lebih awal, bertanya soalan ramalan dan akan menyebabkan dia berjaya berbanding pelajar yang tak rasa cuak lalu tidak membuat persiapan lebih awal.

Anxiety yang berlebihan itu yang tak baik. Contohnya seseorang itu dia dengar bunyi anjing menyalak, dia tak nampak pun anjing tersebut, dengar bunyi anjing menyalak tu dari televisyen sahaja. Tetapi dia dah gelabah dan menyebabkan dia bawak kereta terbabas. Ini yang bahaya.

Semakin kita gelisah atau cuak pada masa tersebut,ia dah tak lagi menjadi perkara yg baik. Kita akan buat banyak silap dan mengeluarkan keputusan yang tidak rasional.

Mesej utama

Anxiety adalah normal tapi terlalu rasa anxoius yang tak bersesuaian dengan kadar ancaman tersebut adalah benda yang tak bagus yang boleh bawak banyak kemudaratan. Kita semua ada anxiety, dan tak semestinya anxiety tu negatif. Mungkin adanya anxiety ni menjadi sebab kepada sesuatu yang penting dalam kelangsungan hidup kita.

Sosial media dan anxiety

Kewujudan media sosial dan internet menjadi antara punca anxiety kerana berlakunya lambakan informasi sehingga kita tidak sempat untuk tapis informasi yang tidak elok atau sesuai. Lambakan informasi ini menjadi trigger kepada anxiety, nak percaya yang mana atau macam mana untuk kita pastikan kesahihan sesebuah perkara. 

Selain itu sosial media menyebabkan wujudnya perbandingan yang dibuat oleh diri kita sendiri terhadap orang-orang di media sosial/internet. Di media sosial, semua yang menjadi tatapan ialah perkara-perkara yang extreme seperti, terlalu cantik, terlalu pandai, terlalu kaya. Unrealistic Comparison – Apabila kita bandingkan diri kita dengan mereka, kita akan rasa kita tidak sempurna, tidak cukup bagus, dan ini menjadi trigger kepada rasa anxiety.

Untuk para remaja pula mereka berada dalam fasa mencari identiti diri dan apabila mereka mula membanding-bandingkan diri mereka dengan influencers, mereka akan rasa tidak cukup sempurna dan menyebabkan mereka mencari jalan penyelesaian jangka masa pendek seperti tidak mahu makan atau memuntahkan makanan dan ini membawa kepada eating disorder.

Media sosial juga boleh menyebabkan ketagihan. Bila banyak likes, kita akan dapat boost of dopamine (hormon) dan kita akan rasa gembira. Setiap benda yang menggembirakan, kita akan melakukannya secara berulang-ulang, dan ini semakin lama akan membawa perubahan pada badan kita. Kita akan ketagih pada perasaan gembira ini. Media sosial telah direka untuk membuatkan kita menghabiskan masa di skrin.

BACA JUGA  Podcast Untuk Hati Yang Kosong

Kehidupan di sosial media menjadikan kita boleh cipta kehidupan yang kita mahu orang lain lihat. Bila kita luangkan masa yang lama untuk cipta kehidupan yang berasaskan pretense, bila kita kembali ke dunia nyata, akan ada perkara yang kita tidak boleh kawal, dan itu menyebabkan kita tidak boleh navigate realiti. Kerana, kehidupan di skrin tidak sama parameternya dengan kehidupan realiti.

*Artikel ini adalah olahan dari perkongsian podcast Dr Hazreen dalam siri ‘Perasaan Apa Ini’ terbitan IMAN Plus. Artikel ini hanyalah pengenalan awal mengenai topik anxiety. Perlu perbincangan lebih lanjut bagi memahami topik ini.

Boleh dapatkan buku terbaru Dr Hazreen bertajuk ‘Cuak’ di sini > https://www.imanshoppe.com/collections/august-2022-recommendation/products/cuak-by-dr-hazreen-a-rashid .

Buku ini datang bersama ‘online course’ untuk membantu pembaca lebih memahami dan mendalami isu ini. Boleh dapatkan di sini > https://www.imanshoppe.com/collections/august-2022-recommendation/products/online-class-menangani-punca-anxiety-dalam-kehidupan

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Hidayah Hamid | Social media
Content Writer IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *