10 buku best seller IMAN di PBAKL 2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)  2022 telah melabuhkan tirainya. Pesta yang berlangsung selama 10 hari 10 malam ini  telah mengumpulkan ramai pembaca dan pencinta buku dari seluruh Malaysia. Pilihan pembaca ketika di pesta buku ini boleh menjadi panduan buat rakan-rakan lain yang tercari-cari buku apa yang hendak dibaca. Mari saya kongsikan 10 buah buku yang menjadi pilihan ramai pembaca di reruai IMAN semasa PBAKL tempoh hari. Inilah antara buku best-seller pilihan pembaca.

1) Will You Stay

Ini merupakan sebuah novel dalam bahasa inggeris oleh Norhafsah Hamid. Ramai yang mencari buku ini setelah melihat ulasan dan perkongsian rakan pembaca di media sosial mengenai buku ini. Novel ‘cinta islamik’ kata mereka. Setiap hari buku ini ditanya di reruai IMAN semasa PBAKL. “Buku Will You Stay ada?” Sehingga tim IMAN terpaksa menggesa kilang cetak untuk mencetak lagi semasa PBAKL sedang berlangsung bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap buku ini. Tak sampai hati melihat ada yang datang dari jauh pulang tanpa mendapat buku yang diinginkan. 

Novel ini tentang apa sebenarnya?

Mengisahkan tentang perjalanan kehidupan seorang doktor yang bernama Amy. Ketika hadirnya seorang lelaki yang telah mencuri hatinya, adakah beliau masih mampu mengutamakan cintanya pada Tuhannya.

2. Healing The Heart


Ini merupakan buku terbaru terbitan IMAN Publication dari penulis baru IMAN. Iaitu Sharifah Nadirah. Beliau terkenal dengan buku-buku puisi dalam bahasa inggeris sebelum ini. Untuk buku kali ini, beliau menulis bersama suami beliau yang bernama Muhammad Anas. Bukan setakat sarat dengan himpunan ayat-ayat indah yang disusun mengenai persoalan- persoalan hati tetapi turut membawa konsep ‘self-acceptance’ dalam Islam, juga dihiasi dengan ilustrasi ilustrasi yang cantik.

Walaupun buku baru, namun sambutan yang diberikan adalah sangat mengujakan. Versi ‘hard-cover’ buku ini telah habis sebelum habisnya PBAKL. Oleh itu, tim IMAN terpaksa menjual versi ‘soft-cover’ yang sepatutnya dijual bermula selepas PBAKL.

BACA JUGA  Ramadan Reset | Pelancaran 4 buku terbaru peneman Ramadan anda

3) Faiinni Qarib 

Buku terbaru terbitan Jejak Tarbiah ini tidak kurang hebat juga sambutannya. Berebut-rebut orang mendapatkannya. Buku bertemakan tadabbur Al-Quran ini ditulis oleh seorang penulis baru yang masih muda iaitu Fakhri Fadzli. Seorang graduan dari Jordan. Buku ini merupakan rangkuman sinopsis dari setiap juz dalam Al- Quran. Sangat sesuai buat pembaca yang baru berjinak dalam ilmu tadabbur Al-Quran atau yang ingin memahami secara ringkas apa mesej di setiap juz dalam Al-Quran.

4) Empayar 3

Novel ini adalah novel terbaru dari Teme Abdullah sambungan kepada Siri Empayar sebelum ini. Siri ini merupakan novel berkonsepkan neo klasik. Bukan sekadar novel dengan jalan cerita yang menarik tetapi ia mengandungi kritikan sosial kepada masyarakat Malaysia hari ini dan juga sarat dengan mesej mengenai budaya masyarakat Melayu.

Jika dalam Empayar 1, pembaca mengembara bersama Pelatih 8492, Pelatih 1636 dan ramai lagi di Madrasah Taming Sari, dalam Empayar 2 pula banyak persoalan pembaca terjawab melalui dialog antara Adika dan Anding, dalam Empayar 3 ini pula pembaca akan terkejut dengan pengenalan watak baru dan terungkai rahsia kenapa sebenarnya Putera Mahkota lari dari istana.

5) Timeless Seeds of Advice

Ditulis dalam bab-bab yang pendek. Buku ini adalah kompilasi hadis dan nasihat dari Islamic Scholars seperti Ibn Al-Qayyim, Ibn al-Jawzi dan lain-lain. Nasihat dan panduan dalam buku ini boleh menjadi sumber harapan dan kekuatan buat pembaca melalui kesukaran dalam kehidupan.

6) Healing The Emptiness

Ini adalah karya terbaru dari Yasmin Mogahed. Antara penulis antarabangsa yang telah dikenali ramai. Buat penggemar buku-buku motivasi dalam bahasa inggeris, buku ini harus kalian miliki. Ditulis dengan begitu baik dalam memujuk hati yang sedang sedih, kecewa atau putus asa terhadap kegagalan dan ujian yang dihadapi.

7) Time To Heal

Novel tulisan Norhafsah Hamid terkenal dengan sentuhan beliau yang sangat unik. Beliau telah membantu ramai orang untuk memahami semula konsep asas dalam Islam melalui buku beliau Trying to Be Muslim dan Back to Basics. Walaupun buku ini adalah novel, namun jalan cerita yang ditulis beliau memberi pemahaman kepada pembaca mengenai konsep redha dan takdir. Bagaimana Hassan ingin berdamai dengan kematian orang yang dia sayangi.

BACA JUGA  5 Keistimewaan Kitab Al-Quran Yang Orang Islam Patut Tahu Pada Tahun 2024


8) Muhammad Riwayat Hidup


Buku terbitan IBDE ini walaupun telah diterbit 2 tahun lepas namun masih lagi menjadi pilihan ramai para pembaca. Buku ini telah meraih banyak anugerah di peringkat antarabangsa dan karya asalnya telah banyak diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Buku tebal ini merupakan biogarafi Nabi Muhammad SAW yang diterjemahkan dari karya asalnya oleh Martin Lings.

Buku ini agak terperinci tulisannya mengenai riwayat hidup Nabi Muhammad. Ditulis menggunakan sumber yang sahih. Oleh kerana penceritaannya yang agak teliti, wajarlah buku ini dimiliki oleh setiap keluarga. Boleh baca sikit-sikit.


9) Psikologi Si Kecil

Buku ini sangat perlu dimiliki oleh para ibu bapa mahupun sesiapa sahaja yang ingin berhadapan dengan kanak-kanak setiap hari. Ditulis dengan gaya penceritaan melalui pengalaman penulis sendiri iaitu Dr Rozanizam Zakaria ditambah dengan huraian dari ilmu psikologi sangat membantu pembaca untuk memahami apa yang sedang bermain di minda anak-anak. Membaca buku ini dapat menambah ilmu dan kemahiran orang dewasa dalam mengurus dan mendidik anak-anak.

10) Komik Asil


Komik pendidikan ini, baru berada di siri yang kedua. Namun begitu, sambutan yang diberikan tidak kurang hebatnya. Bukan sahaja kerana lukisannya yang menarik, tapi jalan ceritanya yang berkisarkan watak Asil, yang menyamar sebagai tukang masak di istana itu menarik perhatian ramai ibu bapa. Selain itu, komik ini juga berlatar belakangkan sejarah Turki Uthmaniah. Jadi ia sangat sesuai dibaca oleh semua golongan. Untuk yang dewasa pasti akan berpuas hati apabila dapat lebih memahami sejarah Turki melalui komik ini.

Ha, mana satu yang kawan-kawan dah dapatkan? Jika belum boleh dapatkan di Imanshoppe.com Jika sudah, dah baca ke tu? Jom #samasamabaca 

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Hidayah Hamid | Social media
Content Writer IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *