Jual Buku Di Media Sosial: 4 Strategi Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum kami mula ceritakan berkenaan strategi marketing yang telah kami gunakan, kami akan bercerita serba sedikit berkenaan syarikat IMAN Publication.

IMAN Publication bermula sebagai sebuah kedai buku dalam talian / online bermula tahun 2012. Sejak dari 2013 sehingga 2021, kami telah menerbitkan 21 judul buku yang mempunyai berbagai-bagai genre.

IMAN Publication berkembang tahun demi tahun dengan jayanya dan turut menarik perhatian ramai pihak berkenaan strategi marketing yang telah kami gunakan.

Disini, kami akan bercerita serba sedikit teknik dan pendekatan yang kami lakukan bagi mengembangkan syarikat kami sehingga ke hari ini.

Soalan Lazim Berkenaan Marketing IMAN Publication dan IMAN Shoppe

Buat pengetahuan anda, kami lebih menumpukan jualan buku menerusi Instagram. Selalu juga kami dapat pertanyaan,

“Kenapa gunakan Instagram untuk marketing?”

“Sebenarnya, cara marketing di Instagram ni sama atau tak dengan sosial media yang lain?”

“Adakah Instagram ni platform terbaik untuk setiap bisnes?”

Bagi menjawab pertanyaan di atas, terlebih dahulu kami akan mengemukakan fakta yang telah kami kaji.

Sebenarnya, 40% populasi di Malaysia menggunakan Instagram sebagai sosial media pilihan. Namun, Facebook pulak mempunyai hampir 2X ganda pengguna jika dibandingkan dengan Instagram.

Jadi, kalau nak ikutkan kepada statistik, semestinya Facebook yang akan dipilih jika hanya berdasarkan jumlah pengguna.

Tapi, kenapa kami pilih Instagram?

Kenapa Instagram?

Sebenarnya, kami menggunakan sosial media tertentu bergantung kepada target audiens kami yakni siapa pembaca kami. Jika anda masih tertanya-tanya, platform mana yang perlu anda guna bagi bisnes anda; maka anda perlu tentukan dulu siapa audiens anda.

Anda bercakap dengan siapa? Gen X, Gen Z atau Boomers?

Bila anda sudah tahu siapa audiens anda, maka anda akan lebih tahu platform sosial media mana yang anda patut gunakan untuk dekati audiens anda.

Sebagai contoh,
Gen X lebih minat kepada Instagram, Twitter, dan Youtube
Gen Z lebih cenderung kepada Tiktok, Twitter dan Instagram
Boomers pula lebih terarah kepada Facebook dan Youtube

Bila anda sudah kenalpasti siapa audiens anda, maka anda boleh gunakan sosial media tersebut untuk dekati mereka.

Hasil daripada strategi marketing di IMAN Shoppe sendiri; majoriti hasil jualan sebenarnya datang dari sosial media yang kami fokuskan bergantung kepada audiens tadi.

Jadi, sebelum anda pilih platform social media mana yang patut digunakan, kenali dulu siapa audiens anda dan serve mengikut keperluan mereka.

Teknik Strategi Marketing Yang Terbukti Berkesan

Jarang-jarang sebenarnya kami kongsikan teknik strategi marketing yang kami gunakan. Tapi pada kali ini, kami akan kongsi 4 rahsia marketing yang anda boleh turut gunakan bagi bisnes anda.


1. Tetapkan objektif dan positioning di Instagram

Di IMAN sendiri, kami mempunyai 2 akaun Instagram iaitu IMAN Shoppe dan IMAN Publication. Kedua-dua akaun Instagram ini pula mempunyai objektif yang tersendiri.

BACA JUGA  Hijrah - A Catch-All Term We Spend Little Time Understanding

Setelah itu, kami menggunakan teknik yang dinamakan AIDA Model.

Apa itu AIDA Model?

AIDA model ialah sebuah teknik dimana ianya mempunyai 4 tahap. Keempat-empat tahap ini akan dilalui oleh audiens sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli dari anda.

AIDA Model merangkumi fasa awareness (sedar) , interest (minat), desire (keinginan) dan action (tindakan).

Di IMAN, kami menetapkan bahawa akaun Instagram IMAN Publication akan menjurus ke arah awareness dan interest. Bagi akaun Instagram IMAN Shoppe pula, strategi terarah kepada desire dan action.


AIDA Model

Jadi, setiap post yang kami gunakan di Instagram sebenarnya direka khusus mengikut AIDA Model ini.

Sumber: Hubspot

Contoh bagi Awareness dan Interest:

Kami pernah adakan kempen bagi mempromosikan buku terbaru dari Ustaz Hasrizal yang bertajuk Erti Beragama yang Hilang. Di IMAN Publication, kami cuma letak 2 grid (carousel / swipe) bagi mempromosikan buku ini.

Pada grid pertama, kami letakkan gambar buku Erti Beragama Yang Hilang. Dan pada grid kedua pula, kami letakkan kesinambungan buku karya Ustaz Hasrizal juga iaitu Seni Berfikir yang Hilang

Pada fasa ini, kami cuma wujudkan Awareness dan Interest. Kami hanya mewar-warkan supaya audiens tahu buku terbaru kami serta cuba untuk pupuk rasa minat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan buku ini.

Untuk pengetahuan anda, kami tidak letakkan harga kerana audiens masih di dalam fasa Awareness dan Interest. Audiens di fasa ini tidak kisah dengan harga kerana mereka masih belum mempunyai minat untuk membeli.

Contoh bagi Desire dan Action:

Bagi Instagram IMAN Shoppe pula, fokus kami ialah untuk membuatkan audiens membeli buku tadi.

Jika lihat dari grid di Instagram, kami lebih melakukan hardselling iaitu dengan meletakkan lebih banyak post berkenaan buku tadi. Selain itu, kami juga letakkan harga supaya audiens tadi boleh terus mengambil inisiatif untuk membeli buku tersebut.


2. Fokus kepada interaksi dengan audiens

Rahsia kedua ialah setiap bisnes perlu fokus kepada interaksi dengan audiens. Kita perlu sedar, tujuan sosial media ialah sebagai medium untuk bersosial.

Teknik ini sangat penting bagi pemasaran di sosial media kerana view akan melonjak naik jika terdapat interaksi di post anda.

Jadi, kami gunakan pendekatan ini untuk berinteraksi dengan audiens sebagai seorang kawan. Pastikan anda tidak dilihat ‘terlalu menjual’ jika berinteraksi dengan audiens.

Sebagai contoh bagi kempen buku Light for The Lost Soul karya Mizz Nina, kami menggunakan pendekatan seperti ini untuk lebih dekat kepada audiens kami.

Buku Light for The Soul sebenarnya merupakan sebuah buku yang ditujukan buat mereka yang merasa ‘kosong’ di dalam jiwa walaupun mempunyai hampir segala-galanya dalam hidup.

Jadi, kami menggunakan pendekatan untuk bercerita sebagai seorang kawan, seperti “pernah tak rasa perasaan kosong…”.

Dengan cara ini, kami turut meminta audiens kami supaya bercerita pengalaman mereka mempunyai perasaan ‘kosong’ dengan menggunakan feature question di Instagram. 

BACA JUGA  Mental Load Ibu & Kepenatan Emosi: Beban Tak Terlihat dalam Kehidupan Seharian Ibu

Dari situ, kami telah menerima reply dari audiens yang turut bercerita berkenaan perasaan mereka.

Setelah itu, kami akan menggunakan ayat yang kami terima tadi untuk post seterusnya di Instagram. Dengan menggunakan ayat yang diberikan tadi, buku ini terasa seperti dekat dengan target audiens yang turut merasakan perasaan yang sama. 

Justeru, mereka akan merasa bahawa kita faham tentang apa yang mereka rasakan.

Akhir sekali, kami akan terus bawa audiens yang telah berminat tadi dengan melakukan pembelian ke landing page di website kami. Harga, bilangan muka surat, sinopsis dan nama penulis akan terpapar di landing page untuk rujukan audiens tadi.

3. Tahu apa untuk diukur

Langkah ketiga ialah dengan mengetahui apa yang anda perlu ukur.

Bagi kami di IMAN, kami akan mengukur keberkesanan campaign melalui sosial media kami. Anda juga boleh turut menggunakan third party apps bagi menilai keberkesanan campaign yang telah dilaksanakan.

Pastikan anda review dan sentiasa tambah baik setiap kekurangan yang anda dapati bagi setiap campaign yang telah dilancarkan.

Proses ini penting bagi memastikan anda sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak mudah puas hati dengan setiap campaign. Dengan cara ini, pastinya akan ada peningkatan bagi campaign yang seterusnya.

4. Be creative

Akhir sekali, kami setiasa melaksanakan pendekatan be creative.

Anda perlulah sentiasa kreatif dengan bisnes yang anda jalankan. Dengan cara ini, otak anda pasti akan berputar ligat tentang bagaimana untuk sentiasa stand out dan lain dari yang lain.

Di IMAN Shoppe sendiri, post yang dibuat tidak semuanya sentiasa bercerita berkenaan buku. Kadangkala, kami juga membuat post berkenaan masalah yang audiens hadapi, kaitkan buku dengan lagu serta filem.

Di samping itu, kami turut mempunyai post berkenaan game seperti bingo, teka silangkata dan teka watak di dalam buku.

Pastikan anda gunakan segala feature yang ada di dalam Instagram sebagai medium untuk berkomunikasi dengan audiens.

Penutup

Kami berharap agar perkongsian ini dapat membantu anda semua dalam merangka strategi marketing bagi bisnes anda.

Strategi yang kami gunakan ini terbukti berkesan bagi bisnes yang semakin menapak jauh dalam era digital ini.

Untuk lebih mudah, anda digalakkan untuk mempunyai kalendar Instagram supaya lebih berdisiplin dalam merangka plan bisnes anda di sosial media.

Sekiranya anda berminat untuk sertai bengkel penulisan buku, IMAN juga menyediakan sebuah Siri Masterclass Penulisan IMAN. Kursus online eksklusif bersama para Editor buku-buku ulung IMAN di mana anda akan menikmati mentorship yang unik.

Selamat mencuba!

Jika anda berminat untuk menonton perkongsian mengenai topik ini, anda boleh layari Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, dalam sesi Dialog Penerbit Dunia KL 2021 pada minit 1:55:00.

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Fatin Syazwani | Social media
I read. Sometimes I stack. I love to read at my own pace. 💻 A digital marketer and blogger

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *