Pada hujung bulan Mac yang lepas telah berlangsung Malam Anugerah IMAN 2021 ataupun MAI yang telah memilih 7 orang penerima anugerah pada malam tersebut. Malam Anugerah IMAN merupakan satu acara wajib pada setiap tahun bagi mengiktiraf staf-staf IMAN berdasarkan kategori masing-masing.
MAI pada tahun ini berbeza dengan MAI tahun-tahun sebelumnya kerana MAI pada tahun ini 6 anugerahnya adalah berdasarkan undian oleh para staf IMAN sendiri. Berbeza dengan MAI tahun-tahun sebelumnya yang mana penerima anugerah adalah berdasarkan penilaian oleh pihak tertinggi di IMAN itu sendiri. Satu anugerah lagi adalah anugerah khas oleh Pengasas IMAN sendiri iaitu Dr. Aisyah Zainordin.
7 kategori anugerah tersebut ialah;
- Great Growth Award
- Great Attitude Award
- Great Teamwork Award
- Great Innovator (Leadership) Award
- Great Impact Award
- Best Employee Award
- Recognition Award
6 kategori teratas adalah berdasarkan undian rakan-rakan sekerja IMAN dan kategori terakhir adalah anugerah khas oleh Pengasas IMAN.

Kategori 1 hingga 5 sebenarnya adalah berdasarkan 5 Core Values yang sering diperkatakan dalam kalangan staf IMAN sendiri. 5 Core Values ini dirangka bagi memandu dan membentuk pertumbuhan pada staf IMAN itu sendiri.
Setiap syarikat yang bertumbuh dengan baik dan pesat sudah pasti mempunyai core values mereka yang tersendiri. Core values inilah yang akan membentuk budaya kerja dan kualiti dalam diri setiap staf. Selain itu, ini juga penting bagi memastikan sesebuah syarikat itu terus kekal berdiri dan kekal relevan sehingga ke akhirnya.
Tunjang utama sesebuah syarikat itu sudah pasti adalah stafnya. Jika tiada staf bagaimana sesebuah syarikat hendak beroperasi. Pertumbuhan syarikat perlulah selari dengan pertumbuhan staf di dalamnya.
Mari kita lihat input dan komen daripada beberapa penerima anugerah MAI yang sempat ditemuramah. Kami bertanyakan tentang bagaimana mereka melihat anugerah yang mereka dapat dan apa kata-kata yang menginspirasi mereka setiap hari.
Semoga perkongsian daripada mereka ini dapat memberi inspirasi kepada kita untuk lebih tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan kita.
Table of Contents
1. Great Growth Award

Nama: Salmah binti Md Saiful Islam
Jawatan: Product and Campaign Senior Executive
Tempoh bekerja di IMAN: 3 tahun
“Your skills don’t improve consistently but in steps”- Na Hee Do.
“Jika dulu faham growth tu level up to another position. But instead of levelling up to just another position, it is more than that. Saya pegang ini, growth is when you are able to see the whole overview when a decision is made and how it will impact others not just you. Growth also means you are able to keep yourself calm even in a heated moments. B.O.B. Bertenang. Objektif. Bertindak”
Ini merupakan makna Growth pada Salmah yang telah membawa dan menjadikan Salmah pada hari ini. Ayuh kita lihat penerima anugerah seterusnya pula.
2. Great Attitude Award

Nama: Hanan Fakhruldin
Jawatan: Customer Relationship Manager
Tempoh bekerja di IMAN: 3 tahun
“Sentiasa ikhlaskan hati dan niatkan yang kita sedang membantu mereka di luar sana mendekatkan diri dengan Tuhan.” – Anonymous
“Besar maksud great attitude ni, dalam ayat yang mudah ia menunjukkan peribadi akhlak seseorang. Bagaimana penampilan dan akhlak seorang itu memberi satu impak yang sangat besar buat orang sekeliling.
Melalui pertuturan dan perbuatan lahirnya satu rasa yang kita ingin contohi peribadi beliau sebagai contoh qudwah hasanah kita Nabi Muhammad SAW. Dari peribadi baginda, akan terpancar segala kebaikan yang membuatkan kita ingin dekat dan mencontohi setiap tingkah laku baginda.
Kadang kita tidak tahu sekecil-kecil perbuatan yang kita lakukan, ada mata-mata yang melihat dan kita tak tahu dengan sebaris ayat kita ungkapkan memberi makna yang besar buat mereka”
Ini pula merupakan makna Attitude pada Hanan. Ayuh kita lihat penerima anugerah seterusnya pula.
3. Great Teamwork Award

Nama: Syamil Hariza
Jawatan: Operation Senior Executive
Tempoh bekerja di IMAN: 2 tahun 10 bulan
“Great Teamwork bagi saya ialah mengenal cara bekerja rakan sepasukan dan menjadi pemudah cara untuk mereka. Memetik bait lirik dari sebuah lagu bertajuk Oh Dewiku yang didendangkan oleh kugiran Ramayan, “Kita bersama saling melihat cermin ‘tuk memahami, rasa-rasa yang mendamaikan”. Mungkin diluar konteks tapi ini refleksi saya untuk lagu tersebut. Itulah Great Teamwork bagi saya”
Ini pula adalah definisi great teamwork bagi Syamil. Ayuh kita lihat penerima anugerah yang terakhir pula.
4. Great Innovator (Leadership) Award

Nama: Adlan Khalidi
Jawatan: Head of Commerce and Marketing
Tempoh bekerja dengan IMAN: 21 bulan
“Insanity is doing the same thing over and over and expecting different results” – Anonymous
“Saya sentiasa ingin jadi seorang innovator sejak saya muda. Menyelesaikan masalah dan cari cara terbaik untuk buat sesuatu sentiasa membuatkan saya teruja. Apabila berdepan dengan cabaran di tempat kerja, kita perlu fikir dan optimumkan sumber kita untuk mencapai keputusan yang lebih baik”
Ini pula adalah definisi Great Innovator bagi Adlan.
Demikianlah input dan komen daripada 4 penerima anugerah MAI 2021 yang sempat dirakamkan. Setiap daripada mereka ini istimewa dan hebat dalam aspek masing-masing yang melayakkan mereka menerima anugerah-anugerah ini.
Semoga mereka terus memberi inspirasi kepada seluruh ahli pasukan IMAN untuk terus bersama membawa dan seterusnya membina IMAN berdasarkan 5 Core Values tersebut.