Banyak kelebihan yang bakal diperolehi anak-anak daripada aktiviti membaca. Bukan setakat boleh menambahkan kosa kata dan memperkenalkan anak-anak kepada persekitaran tetapi ia juga merupakan aktiviti untuk mengukuhkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak.
Untuk membentuk budaya membaca dan cintakan ilmu dalam keluarga, ia perlu bermula seawal usia. Namun, kadang-kadang ibu bapa keliru untuk memilih buku terbaik buat anak-anak. Pelbagai jenis buku kanak-kanak di pasaran menjadikan ibu bapa rambang mata. Terutama buat ibu bapa baru.
Mari saya kongsikan beberapa tips untuk memilih buku buat kanak-kanak. Tips ini adalah hasil perkongsian dari rakan ibu bapa di IMAN.
Table of Contents
1. Pilih buku yang berkaitan dengan aktiviti harian anak-anak
Buku seperti ini sangat membantu anak-anak untuk mendengar serta mematuhi arahan ibu bapa. Misalnya cerita tentang ke sekolah, ke taman permainan, kongsi mainan, jerit atau pukul adik dan tak nak mandi.
Secara halus, buku-buku begini mengajarkan anak-anak tindakan yang sepatutnya.
2. Pilih buku yang ada elemen suspens atau aksi
Watak yang membawa elemen suspens atau aksi akan membangkitkan emosi atau keterujaan anak semasa bercerita. Contohnya : watak (biasanya haiwan) mengalami halangan atau cabaran semasa berbuat sesuatu, oleh itu watak tersebut akan menjadi kreatif menyelesaikan masalah.
Anak juga akan merasa berdebar-debar menantikan apakah yang bakal dilakukan oleh watak tersebut untuk menyelesaikan misinya.
3. Ilustrasi yang cantik dan warna terang
Warna memberi kesan terhadap emosi dan jiwa kanak-kanak. Warna-warna yang terang dapat menarik minat serta merangsang minda kreativiti anak-anak. Ilustrasi yang cantik juga akan menarik minat anak-anak untuk membaca buku tersebut.
4. Jumlah perkataan yang sesuai dengan peringkat umur
Semakin kecil kanak-kanak, semakin kurang jumlah perkataan yang perlu ada dalam buku tersebut. Selain itu, ibu bapa boleh mengenal pasti stamina membaca anak-anak. Kanak-kanak yang selalu di bacakan buku akan ada fokus yang lebih tinggi jadi boleh pilih buku yang ada jumlah perkataan yang lebih banyak dan begitu juga sebaliknya.
5. Buku yang bercerita tentang nilai
Buku- buku yang menceritakan tentang nilai sangat baik untuk dibaca anak-anak. Anak-anak akan dapat mengaitkan dengan perasaan. Misalnya buku yang menyentuh tentang mengenalpasti emosi dan mengurusakannya. Buku yang menunjukkan akhlak yang baik.
Demikianlah 5 tips utama dalam pemilihan buku buat kanak-kanak. Tips ini kebanyakannya sesuai untuk anak-anak berusia 1 tahun ke atas.

Secara asanya untuk anak-anak di bawah setahun, sedikit tips di bawah ini panduan para ibu bapa.
Bayi berusia 0-3 bulan mungkin tidak akan memahami gambar-gambar yang terdapat di dalam buku tetapi mereka boleh fokus, terutamanya muka, warna terang dan corak-corak. Membaca atau mendodoikan lagu akan menenangkan mereka. Ibu bapa boleh menggunakan buku atau flash card hitam putih atau yang menunjukkan objek satu satu.
Bayi berusia 4-6 bulan, akan mula menunjukkan minatnya kepada buku-buku. Dia akan memegang buku serta menggigit dan membaling buku. Pilihlah buku yang diperbuat daripada kain ataupun vinyl dengan warna yang terang dan perkataan yang berulang-ulang. Gambar pula bersaiz besar iaitu satu halaman , satu gambar. Buku bersaiz sederhana agar mampu dipegang oleh bayi.
Di antara 6-12 bulan pula, anak akan mula untuk memahami gmbar yang diwakili oleh objek dan akan menyukai sesetengah gambar, mukasurat ataupun cerita. Bayi akan memberi respon apabila kita membaca dengan merampas buku atauopun membuat bunyi.Apabila bayi kita sudah berusia 12 bulan dia sudah bermula untuk membelek mukasurat( dengan bantuan ibubapanya), menepuk atau menunjuk objek di mukasurat dan meniru bunyi kita. Pilih buku yang menggunakan kertas tebal seperti kadbod yang sesuai untuk di sentuh. Buku-buku yang menggunakan gambar ‘real’ bagi objek yang biasa dilihat anak-anak.
Dapatkan pelbagai koleksi buku kanak-kanak di Imanshoppe.com